Hadiah juara dalam Samarahan Bike Challenge adalah wang tunai RM22,800
Bekas Pelumba Basikal Profesional Malaysia, Anuar Manan Bakal Sertai Samarahan Bike Challenge. Lebih 219 peserta berbasikal termasuk bekas pelumba kebangsaan, Anuar Manan bakal berebut gelaran juara dan meraih sebahagian daripada jumlah hadiah wang tunai RM22,800 dalam Samarahan Bike Challenge.
Acara ini akan diadakan di The Summer Shopping Mall, Kota Samarahan pada 26 Mei. Ia dianjurkan oleh Pejabat Daerah Samarahan dengan kerjasama Persatuan Berbasikal Sarawak (SCA) dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan.
Bekas Pelumba Basikal Profesional Malaysia, Anuar Manan Bakal Sertai Samarahan Bike Challenge
Pertandingan dibahagikan kepada tujuh kategori: Sarawak Tertutup, Terbuka Lelaki, Wanita, Master A Lelaki, Master B Lelaki, Pembangunan Belia dan Junior.
Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, kategori Belia dan Junior baharu diperkenalkan untuk memberi peluang kepada pelumba muda menguji kemampuan dan ketahanan mereka menjelang Sukma XXI. Ia juga berpotensi mengetengahkan bakat baharu.
Jumlah hadiah wang tunai yang ditawarkan adalah RM22,900 dengan 10 pemenang teratas setiap kategori menerima wang tunai.
Daripada 219 peserta yang mendaftar, 193 dari Malaysia, 11 dari Brunei, seorang dari Kanada, Jerman dan New Zealand, dua dari British Virgin Islands, dan 10 dari Indonesia.
Antara pasukan besar menghantar pelumba ialah Kembar Melaka, Julpha Perlis, Elmi KL, dan PDRM-G.
Menteri berkata sambutan menggalakkan dengan penyertaan pelumba muda kategori Junior dan Pembangunan Belia. Ia juga menjadi acara sukan pelancongan yang menarik peserta luar Sarawak dan luar negara serta mengalakkan ekonomi Samarahan.
