• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali SMDX, Girlgroup Baharu Sabah Yang Debut Dengan Rentak Segar Original Sabahan

Oleh
Farisha
17 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Nafas baru ‘Original Sabahan’ oleh kumpulan gadis baharu Sabah

Kenali SMDX, Girlgroup Baharu Sabah Yang Debut Dengan Rentak Segar Original Sabahan. XIOKK Entertainment, sebuah syarikat rakaman dan agensi bakat baharu di Sabah memperkenalkan penyanyi berkumpulan gadis baharu iaitu SMDX atau disebut Sumandax.

SMDX terdiri daripada 3 orang gadis, iaitu Crystal Vanessa John (bekas pemenang Unduk Ngadau Labuan), Deveygrayc (bekas pemenang Unduk Ngadau Likas) dan Elle Thong (seorang penyanyi dan penari dari Sabah).

Kenali SMDX, Girlgroup Baharu Sabah Yang Debut Dengan Rentak Segar Original Sabahan
Kenali SMDX, Girlgroup Baharu Sabah Yang Debut Dengan Rentak Segar Original Sabahan

Untuk lagu debut mereka, SMDX hadir dengan lagu saduran masyarakat Sabah iaitu ‘Original Sabahan’, sebuah lagu yang tidak asing bagi penduduk Sabah dan juga seluruh Malaysia.

Lagu tersebut yang dicipta oleh Hezron Rayner, diberikan susunan baharu. Versi saduran ini tampil lebih bernada rancak atau lebih up-beat oleh penerbit tempatan Sabah, Sa.tugram manakala bahagian rap ditulis oleh rapper tempatan, Yunnk-G.

SMDX adalah artis pertama di bawah naungan XIOKK Entertainment di Sabah. Walau bagaimanapun, XIOKK mempunyai impian besar untuk membangun dan mengukuhkan ekosistem muzik di Sabah.

XIOKK selalu syarikat naungan SMDX juga bertekad untuk mengeluarkan lebih banyak lagu dalam bahasa Sabah, Dusun dan juga Kadazan. Untuk makluman, XIOKK adalah anak syarikat XENO Entertainment, yang menempatkan artis popular Malaysia seperti Ayda Jebat, Elizabeth Tan, Alyssa Dezek, Intan Najuwa dan ramai lagi.

Selain Sabah, XENO juga telah berkembang maju dalam persada muzik Dayak di Sarawak dengan anak syarikat mereka, XIBO Entertainment yang baru-baru ini mengeluarkan ‘Bujang Sarawak‘ lagu Iban pertama yang layak ke Muzik-Muzik.

Bukan itu sahaja, difahamkan MV tersebut ditaja oleh Hotlink, sebuah penyedia telekomunikasi terkemuka di Malaysia.

Kenali juga KMJX, penyanyi berkumpulan terbaharu yang berasal dari Sarawak:

Kenali KMJX, Duo Sarawak Yang Beri Nafas Baru Lagu Bekikis Bulu Betis

SUMBER :Facebook
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bekas Pelumba Basikal Profesional Malaysia, Anuar Manan Bakal Sertai Samarahan Bike Challenge Bekas Pelumba Basikal Profesional Malaysia, Anuar Manan Bakal Sertai Samarahan Bike Challenge
Next Article Kisah Lagenda Huminodun, Filem Berbahasa Dusun Pertama Malaysia Bakal Ditayangkan Kisah Lagenda Huminodun, Filem Berbahasa Dusun Pertama Malaysia Bakal Ditayangkan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?