• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

Anwar Akui Sabah Sarawak Terpinggir Dalam Penerimaan Bajet Setiap Tahun

Oleh
Aina Musa
24 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Anwar Akui Sabah Sarawak Terpinggir Dalam Penerimaan Bajet Setiap Tahun

Selain Sabah dan Sarawak, Pulau Pinang turut terpinggir

Anwar Akui Sabah Sarawak Terpinggir Dalam Penerimaan Bajet Setiap Tahun. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebenaran bahawa Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak terpinggir daripada segi penerimaan peruntukan bajet daripada kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, keluhan pimpinan kerajaan negeri berhubung perkara itu akan mendapat perhatian sewajarnya meskipun terdapat kekangan dalam aspek pendapatan dan perbelanjaan kerajaan.

Anwar Akui Sabah Sarawak Terpinggir Dalam Penerimaan Bajet Setiap Tahun
Anwar Akui Sabah Sarawak Terpinggir Dalam Penerimaan Bajet Setiap Tahun. Kredit: Berita Harian

“Bajet itu dalam pertimbangan saya, walaupun ada kekangan dari segi pendapatan dan perbelanjaan kerana memang benar Pulau Pinang telah dipinggirkan dari segi peruntukan dan sama juga bila saya pergi ke Sabah serta Sarawak memang ada kekurangan besar.

Kekurangan dana untuk menambah baik infrastruktur

“Peruntukan di Pulau Pinang membabitkan infrastruktur besar manakala Sabah dan Sarawak termasuk prasarana kecil iaitu klinik, hospital, perumahan rakyat, sekolah-sekolah daif itu yang harus kita beri tumpuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri porgam kenduri rakyat di Cherok Tok Kun di sini, malam ini.

Anwar Akui Sabah Sarawak Terpinggir Dalam Penerimaan Bajet Setiap Tahun

Beliau menjawab persoalan sama ada Pulau Pinang akan menerima peruntukan lebih pada Bajet 2023 susulan pimpinan negeri mendakwa selalu dipinggirkan meskipun mereka antara penyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Terdahulu media melaporkan Anwar berkata Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula pada 24 Februari ini, tidak akan terikat dengan bajet yang dibentangkan oleh kerajaan terdahulu iaitu pada Oktober 2022.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang sering dipinggirkan dan negeri kedua paling rendah menerima peruntukan bajet 2022 daripada kerajaan Persekutuan.

Kon Yeow, tindakan tersebut adalah tidak wajar jika dibandingkan dengan jumlah sumbangan kerajaan negeri Pulau Pinang kepada KDNK.

Selain itu, Perdana Menteri juga berkata, kerajaan akan terus memberi tumpuan dalam memastikan pengeluaran bekalan makanan dalam negara mencukupi.

Kerajaan terkini akan bersungguh-sungguh menanggani isu ini

Beliau berkata, ia meliputi usaha kerajaan memberi dukungan kepada pengeluaran dalaman membabitkan telur, ayam atau sayur-sayuran bagi memenuhi keperluan rakyat.

“Saya pun mampu banding dalam tempoh sebulan setengah menteri-menteri berkenaan yang bekerja, kalau itu kita nak bandingkan saya boleh akui yang dilakukan sekarang ini lebih bersungguh-sungguh.

“Tidak apalah kita dengar pandangan dia,” katanya.

Anwar Akui Sabah Sarawak Terpinggir Dalam Penerimaan Bajet Setiap Tahun

Anwar mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bahawa menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menangani isu berbangkit dengan memikirkan cara untuk menurunkan harga barangan.

Ismail Sabri dilaporkan berkata demikian ketika menyentuh isu saranan pihak tertentu yang menggesa supaya memboikot peniaga kedai makan kerana tidak mahu menurunkan harga makanan dan berpandangan tindakan itu bakal menyusahkan golongan berkenaan.

Baca lagi artikel berkaitan:

Abang Jo: Hak Sarawak Yang Termaktub Dalam MA63 Tidak Boleh Dirunding
RM1 Billion Untuk Pembangunan Sabah Sarawak Bakal Dibentang Dalam Belanjawan 2023- PM Anwar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dituduh Curang, Wanita Ini Dakwa Dia Diberi Racun Oleh Suaminya Selama Bertahun-Tahun Sebagai 'Hukuman' Dituduh Curang, Wanita Ini Dakwa Dia Diberi Racun Oleh Suaminya Selama Bertahun-Tahun Sebagai ‘Hukuman’
Next Article Umpama Dalam Filem Aksi, Suspek Rusuhan Bersenjata Di Siburan Kini Diburu Polis Umpama Dalam Filem Aksi, Suspek Rusuhan Bersenjata Di Siburan Kini Diburu Polis

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?