I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Dituduh Curang, Wanita Ini Dakwa Dia Diberi Racun Oleh Suaminya Selama Bertahun-Tahun Sebagai ‘Hukuman’
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Dituduh Curang, Wanita Ini Dakwa Dia Diberi Racun Oleh Suaminya Selama Bertahun-Tahun Sebagai ‘Hukuman’

Oleh Kedung BK 23 Januari 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Dituduh Curang, Wanita Ini Dakwa Dia Diberi Racun Oleh Suaminya Selama Bertahun-Tahun Sebagai 'Hukuman'

Suami wanita itu telah menuduh wanita tersebut curang semasa perkahwinan mereka

Dituduh Curang, Wanita Ini Dakwa Dia Diberi Racun Oleh Suaminya Selama Bertahun-Tahun Sebagai ‘Hukuman’. Seorang wanita dari China mendakwa suaminya telah memberinya racun menyamar sebagai ubat sejak beberapa tahun lalu, menyebabkan dia menghidap penyakit berpanjangan.

Lelaki itu mendakwa dia memutuskan untuk berbuat demikian sebagai ‘hukuman’ selepas mengesyaki isterinya telah berlaku curang terhadapnya semasa perkahwinan mereka.

Dituduh Curang, Wanita Ini Dakwa Dia Diberi Racun Oleh Suaminya Selama Bertahun-Tahun Sebagai ‘Hukuman’

Menyebabkannya ketagih dadah berasaskan hormon

Menurut laporan, wanita tersebut telah mengalami ketagihan dadah berasaskan hormon dan mendakwa ia telah merosakkan hidupnya.

Liu Chang, seorang doktor dari China, mula-mula menuduh bekas suaminya, yang juga seorang doktor, secara perlahan-lahan meracuninya pada tahun 2019.

Liu menuduh bekas suaminya telah meracuninya yang menyebabkannya mengalami masalah kesihatan. Kredit: Oddity Central

Pada masa itu, Liu menyiarkan di media sosial bahawa suaminya, Gao Zhisen, telah secara rahsia memberikan ubat berasaskan hormon sejak tahun 2016 dan telah menyebabkan kecacatan fizikal serta kecederaan tahap kedua yang teruk.

Pasangan itu bercerai pada tahun 2017 dan Liu telah berusaha untuk membawa bekas suaminya untuk diambil tindakan undang-undang semenjak itu. Liu hanya berjaya mendapatkan tarikh mahkamah pada awal bulan Januari 2023, empat tahun selepas pendedahan pertamanya.

Saya telah menjadi kurang upaya dan tertekan teruk akibat insiden ini. Dia telah memusnakan hidup saya. Saya tidak mahu wang dan saya telah berputus asa dengan ganti rugi sivil. Dia telah merosakkan hidup saya dan saya hanya mahu keadilan,”

katanya

Berasa tidak sihat pada Oktober 2016

Mengenai perbuatan bekas suaminya terhadapnya, Liu mengatakan bahawa perbuatan suaminya telah menyebabkannya mengalami pelbagai jenis masalah kesihatan.

Antara masalah kesihatan yang dialaminya adalah penglihatan kabur, kekejangan kaki, penambahan berat badan yang serius serta rekahan luar biasa pada kulitnya.

Kesan pada kulit Liu setelah diberi ubat hormon tanpa rela hati oleh bekas suaminya. Kredit: Oddity Central

Dia hanya mengesahkan bahawa dia mengalami gejala seseorang yang telah diberi terlalu banyak ubat berasaskan hormon dalam tempoh yang singkat apabila mendapatkan pemeriksaan daripada rakan doktornya.

Liu hanya menyedari suaminya telah memberinya beberapa ‘ubat selesama’ beberapa bulan sebelum itu kerana Liu tidak pernah mengambil sebarang ubat berasaskan hormon atas kerelaan sendiri.

Beberapa ubat dipercayai digunakan untuk meracuni wanita itu ditemui tidak lama kemudian

Liu dan bekas suaminya berpisah tidak lama kemudian, tetapi pada September 2017, ibu wanita itu menemui beberapa ubat yang disimpan lelaki itu, termasuk tujuh dexamethasone (ubat hormon) di bekas rumah mereka. Liu kemudian menuduh bekas suaminya telah meracuninya dan mereka bercerai secara sah pada Disember 2017.

Kes tersebut dilaporkan oleh Liu kepada polis selepas penceraian tetapi diberitahu bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk melakukan siasatan rasmi.

Ubat ditemui ibu Liu selepas pasangan itu berpisah. Kredit: Oddity Central

Untuk beberapa bulan kemudian, Liua telah cuba merayu kepada pihak berkuasa yang berbeza tetapi hanya menyiarkan kisahnya di media sosial pada tahun 2019.

Akibat insiden tersebut ditularkan, polis akhirnya memberitahu Liu bahawa ‘kesnya layak’ untuk difailkan pada tahun 2022 dan siasatan akan dibuat oleh pihak polis ke atas kes tersebut.

Bekas suaminya telah ditahan polis pada tahun yang sama tetapi mendakwa bahawa ubat yang ditemui Liu hanya digunakan untuk merawat keadaan Liu dan dia tidak boleh meracuninya kerana mereka berdua ‘minum segelas air dan kotak susu yang sama.’

Bekas suaminya juga memberitahu polis bahawa Liu pernah curang dengan seorang pegawai tempatan semasa perkahwinan singkat mereka tetapi tuduhan tersebut dinafikan Liu.

Pihak berkuasa kini percaya bahawa syak wasangkanya mungkin menjadi motif di sebalik dakwaan keracunan tersebut.

Lagi di sini:

Tertusuk Pisau Pemotong, Tukang Sembelih Meninggal Dunia Akibat Diserang Babi
Dilayan Biadap Oleh Pekerja Sebuah Outlet Pastri Di Miri, Wanita Luah Kekecewaan Di Media Sosial
SUMBER : ODDITY CENTRAL
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tertusuk Pisau Pemotong, Tukang Sembelih Meninggal Dunia Akibat Diserang Babi Tertusuk Pisau Pemotong, Tukang Sembelih Meninggal Dunia Akibat Diserang Babi
Next Article Anwar Akui Sabah Sarawak Terpinggir Dalam Penerimaan Bajet Setiap Tahun Anwar Akui Sabah Sarawak Terpinggir Dalam Penerimaan Bajet Setiap Tahun

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?