I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Boleh Memabukkan Apabila Dimakan Mentah, Kenali Buah Kepayang Yang Hanya Ditemui Di Asia Tenggara
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Boleh Memabukkan Apabila Dimakan Mentah, Kenali Buah Kepayang Yang Hanya Ditemui Di Asia Tenggara

Last updated: 30/06/21 2:13 PM
Husna Hazmi
Kongsi
3 Min Bacaan
Kongsi

Buah ni kalau direbus lepastu letak garam sikit memangg perghh!

Boleh Memabukkan Apabila Dimakan Mentah, Kenali Buah Kepayang Yang Hanya Ditemui Di Asia Tenggara. Buah Kepayang atau juga dikenali sebagai buah keluak adalah spesis asli yang tumbuh di kawasan hutan paya bakau di Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, Papua New Guinea).

Boleh Memabukkan Apabila Dimakan Mentah, Kenali Buah Kepayang Yang Hanya Ditemui Di Asia Tenggara
Boleh Memabukkan Apabila Dimakan Mentah, Kenali Buah Kepayang Yang Hanya Ditemui Di Asia Tenggara

Mengandungi racun Hydrogen cyanide yang boleh memabukkan

Buah ini mengandungi racun Hydrogen cyanide yang boleh memabukkan apabila dimakan mentah. Tetapi anda jangan lah khuatir, kerana buah kepayang yang telah diproses dan dibersihkan ini sememangnya boleh dimakan tanpa ragu-ragu.

Racun buah kepayang boleh dibuang dengan proses penyediaan dan pembersihan yang betul dan teliti. Kerja ini tidak lain tidak bukan hanya mahir dilakukan oleh penduduk tempatan yang berpengalaman. 

Kalau anda ingin lihat cara memproses buah kepayang singgah di saluran Youtube “Entigis Life Sarawak”

Kalau anda ingin lihat cara memproses buah kepayang ini dengan lebih lanjut boleh lah singgah di saluran Youtube “Entigis Life Sarawak”. Di saluran Youtube tersebut, anda boleh tonton video yang bertajuk “BUAH KEPAYANG – Cara ngintu buah kepayang” untuk melihat sendiri usaha penduduk tempatan di Sarawak memproses hasil hutan yang unik ini. 

Walaupun proses penyediaan buah ini agak rumit dan memakan masa, namun hasilnya amat memuaskan kerana rasanya yang enak, rangup dan lemak masin. Selain rasanya yang sedap, buah ini kaya dengan Vitamin C, Ferum dan pelbagai mineral yang berkhasiat.

Boleh Memabukkan Apabila Dimakan Mentah, Kenali Buah Kepayang Yang Hanya Ditemui Di Asia Tenggara

Di Sarawak, buah kepayang dinikmati dengan cara merebus dan menggaulnya dengan sedikit garam

Di Sarawak, buah kepayang lazimnya dijual dalam bentuk yang sudah dipotong nipis, dinikmati dengan cara merebus dan menggaulnya dengan sedikit garam sahaja.

Cara penyediaan begini adalah ringkas dan anda boleh merasa rasa asli buah ini. Di Semenanjung pula, ada yang memasak hirisan buah ini dengan cara menggorengnya dengan sedikit kunyit dan garam. Ada juga yang menumisnya dengan sambal ataupun dibuat lauk ayam.

Negara jiran kita, iaitu Indonesia juga menggunakan buah ini di dalam pelbagai masakan seperti nasi rawon, sambal rawon dan sebagainya. Ada juga di antara mereka menghasilkan buah ini sebagai minyak masak bebas kolesterol untuk menggantikan minyak kelapa sawit.

Namun begitu, buah ini jarang didapati kerana pokoknya yang semakin berkurang dek kerana hutan yang semakin ditebang. Memang benar lah peribahasa orang-orang dulu “Sayang sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang”. Jika pokok buah kepayang ini semakin berkurang, mungkin tidak sempat generasi muda dan yang akan datang untuk mengenali buah yang unik ini.

Lagi di sini:

Husna Hazmi 30 Jun 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Luaskan Pasaran, Cawangan Ke-10 Pasaraya Emart Summer Mall Samarahan Dibuka Secara Rasmi Jumaat Ini
Next Article Penarikan Diri Dari Masyarakat, Hikikomori Jepun Boleh Luangkan Masa Bersendirian Selama Bertahun Penarikan Diri Dari Masyarakat, Hikikomori Jepun Boleh Luangkan Masa Bersendirian Selama Bertahun

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Berita Malaysia

Semudah ABC, Ini Langkah Untuk Daftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter

7 Ogos 2022
Berita Malaysia

Seminggu Lagi Mahu Bertunang, Gadis Ini Minta Putus Gara-Gara Ibu Mahu Menantu Kerja Kerajaan

7 Ogos 2022
Berita Malaysia

Skuad Dota 2 Wanita Negara Raih Emas Kejohanan E-Sukan Komanwel

7 Ogos 2022
Berita Malaysia

Malaysia Berpotensi Jadi Pengeluar Besar Graphene Diperbuat Dari Isirung Kelapa Sawit

6 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?