• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cantik Tapi Seram, Rumah Terbiar Di Saratok Ini Memang Sebiji Macam Dalam Filem The Conjuring

Oleh
Ismail NA
15 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Cantik Tapi Seram, Rumah Terbiar Di Saratok Ini Memang Sebiji Macam Dalam Filem The Conjuring

Memang sebijik wehhh!

Cantik Tapi Seram, Rumah Terbiar Di Saratok Ini Memang Sebiji Macam Dalam Filem The Conjuring. Ramai yang mengatakan bahawa rumah ini seram dan berhantu. Namun demikian, menurut sebuah sumber tempatan, rumah yang diberi jolokan ‘De Konjourieng’ oleh masyarakat tempatan ini pada asalnya dimiliki oleh seorang individu yang bernama Sandai.

Isi Isi Penting
  • Memang sebijik wehhh!
  • Ketahui asal-usul rumah De Konjourieng ini
  • Wahh boleh tahan yaa struktur rumah ni
  • Tempat ini tidak seperti yang kalian fikirkan yaaa

Sandai yang berasal dari Nanga Melupa, Saratok telah menjual tanah yang menempatkan rumah tersebut kepada seorang lelaki berbangsa Cina yang bernama Abin pada penghujung tahun 1960-an.

Cantik Tapi Seram, Rumah Terbiar Di Saratok Ini Memang Sebiji Macam Dalam Filem The Conjuring
Sumber foto : FB Blackboxstudio

Ketahui asal-usul rumah De Konjourieng ini

Walau bagaimanapun, akibat kesukaran mendaftarkan nama sebagai pemilik tanah, Abin telah menjual tanah tersebut semula kepada orang tempatan yang bekerja sebagai penjawat awam iaitu Rolland Renggie.

Bermula dari situ, Rolland telah mendirikan rumah De Konjourieng tersebut pada tahun 1990-an. Rumah tersbeut pada asalnya hanyalah rumah setingkat sahaja. Namun, ia diubah suai menjadi rumah dua tingkat oleh seorang tukang yang bernama Jabu Usang yang berasal dari Rumah Ukik Sungai Brangan Panjai, Saratok.

Cantik Tapi Seram, Rumah Terbiar Di Saratok Ini Memang Sebiji Macam Dalam Filem The Conjuring
Cantik Tapi Seram, Rumah Terbiar Di Saratok Ini Memang Sebiji Macam Dalam Filem The Conjuring. Sumber foto : FB Blackboxstudio
Cantik Tapi Seram, Rumah Terbiar Di Saratok Ini Memang Sebiji Macam Dalam Filem The Conjuring
Sumber foto : FB Blackboxstudio

Wahh boleh tahan yaa struktur rumah ni

Struktur rumah ‘De Konjourieng’ ini juga dibina menggunakan sepenuhnya kayu belian iaitu kayu yang paling tahan di dunia dan tidak mudah reput walaupun telah terdedah dengan hujan dan panas selama berpuluh-puluh tahun. Kayu belian atau nama saintifiknya, Eusideroxylon zwageri ini juga merupakan pokok rasmi negeri Sarawak.

Namun demikian, penduduk tempatan di kawasan Saratok menafikan bahawa rumah yang mirip dengan rumah seperti dalam filem The Conjuring ini berhantu dan dihuni oleh makhluk halus seperti yang diperkatakan di media sosial.

Cantik Tapi Seram, Rumah Terbiar Di Saratok Ini Memang Sebiji Macam Dalam Filem The Conjuring
Sumber foto : FB Blackboxstudio
Cantik Tapi Seram, Rumah Terbiar Di Saratok Ini Memang Sebiji Macam Dalam Filem The Conjuring
Sumber foto : FB Blackboxstudio
Cantik Tapi Seram, Rumah Terbiar Di Saratok Ini Memang Sebiji Macam Dalam Filem The Conjuring
Sumber foto : FB Blackboxstudio

Tempat ini tidak seperti yang kalian fikirkan yaaa

Jelas pemilik rumah tersebut yang juga merupakan penduduk Nanga Melupa, Digat Jilum, rumah ini hanyalah rumah tinggal biasa yang tidak lagi berpenghuni.

Disebabkan keunikannya, rumah ini dahulunya menjadi tumpuan orang ramai yang ingin menyaksikan sendiri rumah seperti dalam filem The Conjuring ini di Saratok. Namun, terdapat khabar berita bahawa rumah ini sudah diroboh oleh pihak berkuasa.

Tahukah anda, dahulu terdapat satu tempat ini dikatakan tempat yang agak ‘keras’ kini telah di ubah suai menjadi Sky Bar yang pertama di Kuching! Baca lebih lanjut di bawah:

Bakal Menjadi Sky Bar Pertama Di Kuching, Hotel Impiana Yang Terbengkalai Kini Diubah Suai

‘Punyalah Cantik!’ – Tangkap Gambar Sky Mirror Waktu Malam Yang Menakjubkan Di Resort Lahad Datu Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Port Breakfast Yang Muslim-Friendly, Jom Ke Sadiqin Lim Kampua Di Kuching! Port Breakfast Yang Muslim-Friendly, Jom Ke Sadiqin Lim Kampua Di Kuching!
Next Article Buat Khianat Dan Ugut Bunuh Kakak, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo Buat Khianat Dan Ugut Bunuh Kakak, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?