• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
#innovatesarawak

Ingin Menjadi Pengasas Muda? Sertai Program Terbaru TEGAS Youth Founder Mentoring Sekarang

Oleh
Ismail NA
23 Februari 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Program mentor 6 bulan untuk anda kembangkan perniagaan kecil anda!

Ingin Menjadi Pengasas Muda? Sertai Program Terbaru TEGAS Youth Founder Mentoring Sekarang. Anda ingin menjadi pengasas syarikat tapi masih muda dan kurang pengalaman? Hei, tiada orang yang terlalu muda untuk memulakan sebuah syarikat! Jika anda merupakan seorang graduan baru atau masih lagi pelajar universiti (yang bercita-cita untuk menjadi pengasas), ini adalah artikel yang tepat untuk anda!

Isi Isi Penting
  • Program mentor 6 bulan untuk anda kembangkan perniagaan kecil anda!
  • Pengasas muda yang menyertai YFMP akan dihubungkan dengan pengasas startup dari Malaysia, Indonesia dan Singapura
  • FutureLab jadi platform mentoring dalam talian rasmi program YFMP
  • YFMP sebagai pelaburan kerajaan Sarawak suburkan bakat anak muda
  • Jika anda ingin mengetahui bagaimana Virtual Demo Day TEGAS selalunya dijalankan, baca juga artikel ini :

Tabung Gagasan Ekonomi Anak Sarawak (TEGAS) kini menganjurkan sebuah lagi program iaitu TEGAS Youth Founder Mentoring (YFMP). Program YFMP ini julung kali diadakan sebagai platform mentor khas untuk pengasas muda Sarawak yang berpotensi tinggi dan masih belajar di institusi pengajian awam ataupun yang baru sahaja bergraduat.

Program mentor yang diadakan selama 6 bulan ini selaras dengan misi kerajaan Sarawak untuk mempromosikan inovasi digital dan keusahawanan di negeri ini.

Ingin Menjadi Pengasas Muda? Sertai Program Terbaru TEGAS Youth Founder Mentoring Sekarang
Ingin Menjadi Pengasas Muda? Sertai Program Terbaru TEGAS Youth Founder Mentoring Sekarang

Pengasas muda yang menyertai YFMP akan dihubungkan dengan pengasas startup dari Malaysia, Indonesia dan Singapura

Bukan itu sahaja, selama 6 bulan ini, peserta akan dihubungkan dengan pengasas syarikat pemula atau startup muda dari seluruh negara dan rantau Asia Tenggara seperti Indonesia dan Singapura. Bahkan, pengasas muda ini juga bakal bergelar mentee kepada pengasas startup dan pemilik perniagaan yang berpengalaman dari Indonesia, Malaysia dan Singapura yang bertindak sebagai mentor sepanjang program ini.

Selain itu, pengasas muda ini juga akan dilengkapkan dengan ilmu yang bernilai dan pandangan dalam keusahawanan. Mereka juga akan menerima maklum balas dalam waktu sebenar (real-time) terhadap idea perniagaan dan pelan bagi melahirkan usahawan yang berdaya tahan.

Ingin Menjadi Pengasas Muda? Sertai Program Terbaru TEGAS Youth Founder Mentoring Sekarang

Di akhir program ini kelak, para peserta atau pengasas muda ini akan bersedia untuk menghadapi Virtual Demo Day. Pada hari tersebut, mereka berpeluang untuk melakukan sesi pitching bagi menarik perhatian angel investors, agensi pembiayaan dan rakan ekosistem yang berpotensi. Program ini juga menyediakan laluan hijau untuk mereka menyertai program pecutan lanjutan seperti TEGAS Startup Lab (Accelerator), Social Impact Accelerator dan Sarawak Shell Livewire.

FutureLab jadi platform mentoring dalam talian rasmi program YFMP

Untuk pengetahuan anda, FutureLab merupakan rakan kongsi teknologi untuk program ini dan platform ini bakal digunakan oleh peserta untuk menempah sesi mentoring daripada pengasas startup dan pemilik perniagaan yang berpengalaman.

“Kami berasa bangga menjadi rakan kongsi teknologi untuk program ini dan kami akan terus menyokong TEGAS dalam misi mereka untuk memperkasakan syarikat pemula peringkat awal di Sarawak,”

Brian Tan, CEO dan pengasas FutureLab
Ingin Menjadi Pengasas Muda? Sertai Program Terbaru TEGAS Youth Founder Mentoring Sekarang

YFMP sebagai pelaburan kerajaan Sarawak suburkan bakat anak muda

Jelas Pengerusi TEGAS, YB Datu Haji Len Talif Salleh yang juga merupakan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, pelajar institusi pengajian tinggi serta graduan baru digalakkan untuk memohon program mentor yang julung kali diadakan di Sarawak ini. Kerajaan Sarawak percaya bahawa pelaburan dalam menyuburkan bakat anak Sarawak boleh membantu pertumbuhan negeri ini.

TEGAS juga akan sentiasa membantu menyediakan sokongan dan memperkasakan usahawan tempatan untuk berkembang secara global melalui Perkampungan Digital TEGAS yang bakal dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak pertengahan tahun ini.

Program YFMP ini dibuka kepada semua pelajar Sarawak sama ada yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi, graduan baru mahupun syarikat pemula dengan sekurang-kurangnya seorang daripada pengasas merupakan rakyat Sarawak.

Untuk memohon, layari pautan http://bit.ly/YFMP2021.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Mac 2021.

Jika anda ingin mengetahui bagaimana Virtual Demo Day TEGAS selalunya dijalankan, baca juga artikel ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lebih Dari 97,000 ‘Frontliners’ Di Sarawak Daftar Untuk Terima Fasa Pertama Vaksin
Next Article Aplikasi MySejahtera Kini Telah Dikemaskini Dengan Pendaftaran Vaksin COVID-19

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?