• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Arnab Village Di Ranau Sabah Yang Anda Perlu Lawati

Oleh
Farisha
31 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Menikmati keindahan di Arnab Village, Ranau. Destinasi ideal untuk pencinta haiwan dan keluarga

Arnab Village Di Ranau Sabah Yang Anda Perlu Lawati. Kampung Arnab di Ranau, Sabah, Malaysia, dikenali sebagai tarikan pelancong yang popular, terutamanya bagi mereka yang berminat dengan arnab. Kampung ini menyediakan pengalaman unik bagi pengunjung untuk berinteraksi dengan arnab dalam suasana yang indah dan alami.

Peminat haiwan yang comel ini pasti tidak akan lepaskan peluang untuk berkungjung ke sini. Taman arnab ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat apabila berkungjung ke Ranau.

Arnab Village Di Ranau Sabah Yang Anda Perlu Lawati
Arnab Village Di Ranau Sabah Yang Anda Perlu Lawati. Sumber foto: facebook

Walaupun hanya arnab sahaja tetapi anda pasti akan tertarik kerana pelbagai jenis arnab terdapat di sini. Aksi-aksi arnab pasti dapat menghilangkan tekanan yang dialami. Anda berpeluang untuk pegang dan memberi arnab makan. Ianya pasti satu aktiviti yang seronok dan menarik.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke Arnab Village sekiranya datang ke Ranau Sabah. Si comel pasti menunggu kedatangan anda.

Maklumat penting

  • Alamat : Kg. Kibas,89308 ranau Ranau, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 010-955 0019
  • Waktu Operasi : 8:00am – 5:00pm
  • Facebook : Arnab Village Ranau

Aktiviti Sesuai

Kampung Arnab menawarkan suasana yang sesuai untuk dilawati keluarga dan merupakan tempat yang ideal untuk pencinta haiwan dan mereka yang ingin menikmati alam semula jadi. Pengunjung berpeluang untuk memberi makan, bermain, dan mengambil gambar bersama arnab selagi ianya tidak mendatangkan kemudaratan atau kecederaan terhadap arnab-arnab ini. Fasiliti ini biasanya menyediakan maklumat pendidikan mengenai arnab dan penjagaannya, menjadikannya pengalaman yang informatif juga.

Difahamkan tiada masa yang dihadkan dalam memasuki taman ini, bermakna anda boleh berada di taman ini sebaik dibuka sehingga ditutup pada waktu petang. Arnab yang terdapat dalam taman ini sangat jinak dan akan berusaha mendekati anda dengan harapan diberikan makanan.

Arnab Village Di Ranau Sabah Yang Anda Perlu Lawati
Arnab Village Di Ranau Sabah Yang Anda Perlu Lawati. Sumber foto: orang sabah

Kemudahan

  • Tempat Meletak Kereta – Tempat letak kereta yang luas disediakan.
  • Kedai Cenderahati

Kampung Arnab di Ranau, Sabah, merupakan destinasi pelancongan yang menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur, terutamanya bagi mereka yang menyukai haiwan dan alam semula jadi. Tempat ini bukan sahaja menawarkan peluang untuk berinteraksi secara dekat dengan arnab, tetapi juga memberikan pengalaman pendidikan mengenai cara penjagaan arnab. Dengan suasana yang indah dan mesra keluarga, ia menyediakan ruang yang sempurna untuk bersantai dan belajar tentang haiwan yang comel ini.

Namun, penting untuk para pengunjung untuk memastikan mereka memeriksa sebarang maklumat terkini dan mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh pengurusan Arnab Village untuk memastikan pengalaman yang menyeronokkan dan selamat bagi semua.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan tempat percutian di Sabah:

Lihat Pemandangan 2-In-1 Sunrise Dan Bunga Matahari Atas Bukit Kimondou, Sabah
https://www.iloveborneo.my/ini-4-tempat-penginapan-airbnb-mantap-dengan-permandangan-indah-di-ranau/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kalah Harga Hotel, Wanita Terkedu Beli Laksa Sarawak Harga Kayangan Dari Gerai Biasa Kalah Harga Hotel, Wanita Terkedu Beli Laksa Sarawak Harga Kayangan Dari Gerai Biasa
Next Article Seni Bermukun, Salah Satu Tradisi Yang Masih Diwarisi Di Sarawak Hingga Kini Seni Bermukun, Salah Satu Tradisi Yang Masih Diwarisi Di Sarawak Hingga Kini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?