• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Lihat Pemandangan 2-In-1 Sunrise Dan Bunga Matahari Atas Bukit Kimondou, Sabah

Oleh
Ismail NA
21 Ogos 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Lagi best sebab boleh tengok pemandangan dari atas bukit dan bunga matahari sekali!

Lihat Pemandangan 2-In-1 Sunrise Dan Bunga Matahari Atas Bukit Kimondou, Sabah. Bercerita tentang keindahan Sabah, begitu banyak tempat menarik yang unik dan rare yang boleh anda lawati di Sabah.

Isi Isi Penting
  • Lagi best sebab boleh tengok pemandangan dari atas bukit dan bunga matahari sekali!
  • Ambil masa 20-25 minit sahaja daki puncak Bukit Kimondou
  • Lihat pemandangan matahari terbit, bukit berkabus dan bunga matahari sekaligus!
  • Pakej hiking day trip di Bukit Kimondou
  • Perlu bertolak jam 4.30 pagi jika ingin lihat matahari terbit
  • Selain itu, anda juga boleh mengunjungi lokasi menarik yang lain di Ranau seperti ini :

Siapa sangka anda boleh melihat pemandangan bukit dan bunga matahari dalam masa yang sama di Sabah? Pemandangan unik ini hanya boleh anda dapati jika anda melawat ke Bukit Kimondou, Sabah.

Bukit Kimondou terletak di Ranau, Sabah. Untuk ke sini, anda hanya perlu cari Kampung Kibbas (simpang masuk ke Arnab Village) di aplikasi Waze atau Google Maps kemudian parkir di gelanggang bola tampar.

Ambil masa 20-25 minit sahaja daki puncak Bukit Kimondou

Bagi penggemar aktiviti mendaki, pendakian ke puncak bukit ini tidak lah lama iaitu sekitar 20-25 minit sahaja. Dengar khabar, hiking trail baru juga telah dibuka untuk pengunjung. Trail ini mempunyai jarak perjalanan sejauh 1.6 km sahaja.

Menurut pengunjung yang pernah ke sini, anda tidak memerlukan pakaian dan kasut yang lasak. Memadai jika anda menggunakan kasut sukan biasa memandangkan tanah jalan bukit nya kering dan tidak berlumpur.

Lihat pemandangan matahari terbit, bukit berkabus dan bunga matahari sekaligus!

Tarikan utama di Bukit Kimondou ini ialah anda boleh menikmati pemandangan stunning matahari terbit dari atas bukit sambil ditemani bunga matahari yang mekar di waktu pagi.

Mana nak dapat pemandangan best macam ni kat tempat lain weh!

Lihat Pemandangan 2-In-1 Sunrise Dan Bunga Matahari Atas Bukit Kimondou, Sabah
Lihat Pemandangan 2-In-1 Sunrise Dan Bunga Matahari Atas Bukit Kimondou, Sabah
Sumber foto : Facebook Sofia Atiqah
Lihat Pemandangan 2-In-1 Sunrise Dan Bunga Matahari Atas Bukit Kimondou, Sabah
Sumber foto : Facebook Dlenny Lia
Sumber foto : Facebook Sofia Atiqah
Lihat Pemandangan 2-In-1 Sunrise Dan Bunga Matahari Atas Bukit Kimondou, Sabah
Sumber foto : Facebook Olga Simon

Bukan itu sahaja, jika anda pergi pada waktu yang tepat, anda berpeluang untuk melihat pemandangan bukit dan Gunung Kinabalu yang masih berkabus yang diserikan dengan bunga matahari. Cantiknya!

Pakej hiking day trip di Bukit Kimondou

Yuran kemasukan ke bukit ini berbeza mengikut pakej kunjungan anda. Ada yang berkunjung untuk hiking sahaja dan ada juga yang berkunjung untuk melihat matahari terbit.

Bagi pakej hiking (day trip), masa buka adalah pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu sahaja. Yuran yang dikenakan ialah sebanyak RM 3 untuk dewasa, kanak-kanak RM 1 manakala kanak-kanak di bawah umur 6 tahun boleh masuk secara percuma.

Selain itu, anda juga akan ditemani juru pandu tempatan dengan upah sekitar RM 25 untuk 10 orang. Waktu yang disarankan untuk hiking ke sini pula adalah pada jam 5 pagi hingga 8 pagi bergantung pada keadaan cuaca.

Lihat Pemandangan 2-In-1 Sunrise Dan Bunga Matahari Atas Bukit Kimondou, Sabah
Sumber foto : Facebook Sofia Atiqah

Perlu bertolak jam 4.30 pagi jika ingin lihat matahari terbit

Individu yang ingin melihat matahari terbit sambil ditemani pemandangan bunga matahari pula perlu membayar yuran masuk sebanyak RM 3 dan upah juru pandu tempatan sebanyak RM 35 untuk pakej 10 orang. Bukan itu sahaja, anda perlu bertolak lebih awal iaitu sekitar jam 4.30 hingga 5 pagi serta membawa baju tebal dan lampu suluh.

Best betul lah! Jangan lupa masukkan Bukit Kimondou ini dalam wish list anda. Rugi pergi ke Ranau kalau tak singgah tengok bunga matahari atas bukit.

Untuk maklumat lanjut tentang lokasi terbaru ini, anda boleh layari laman Facebook mereka iaitu Bukit Kimondou, Kg. Kibbas.

Selain itu, anda juga boleh mengunjungi lokasi menarik yang lain di Ranau seperti ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Rekod 1 Kluster Baru, Kluster Stutong Tamat Hari Ini
Next Article KPM Umum Pentaksiran Khas Kemasukan Ke Sekolah Khusus 2021 Diadakan Oktober Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?