• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kalah Harga Hotel, Wanita Terkedu Beli Laksa Sarawak Harga Kayangan Dari Gerai Biasa

Oleh
Aina Musa
31 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Kalah Harga Hotel, Wanita Terkedu Beli Laksa Sarawak Harga Kayangan Dari Gerai Biasa

Kecewa betul beli laksa dari gerai biasa tapi kalah harga hotel

Kalah Harga Hotel, Wanita Terkedu Beli Laksa Sarawak Harga Kayangan Dari Gerai Biasa. Anda pernah tak rasa tertipu dengan harga sesuatu makanan? Contohnya, beli yong tau foo di mall dengan harga ‘cekik darah‘. Tak masuk akal betul kadang-kadang sampaikan semangkuk yong tau foo boleh mencecah harga hingga berpuluh ringgit.

Perkara yang lebih kurang sama dilaporkan berlaku kepada seorang wanita hingga menjadi tumpuan netizen baru-baru ini.

Menerusi hantarannya di Facebook, suaminya telah membeli dua bungkus laksa Sarawak dari sebuah gerai yang difahamkan hanyalah sebuah gerai biasa.

Kalah Harga Hotel, Wanita Terkedu Beli Laksa Sarawak Harga Kayangan Dari Gerai Biasa
Kalah Harga Hotel, Wanita Terkedu Beli Laksa Sarawak Harga Kayangan Dari Gerai Biasa. Kredit: Facebook

Menariknya, harga yang dikenakan tidak masuk akal di mana laksa tersebut berharga RM 18 sebungkus.

Tambahnya, dia terkejut dan rasa tertipu dengan harga yang dikenakan kerana harga yang ditawarkan persis harga makanan standard dari sebuah hotel.

“Kalau mahal tapi kualiti dan persembahan cun, takpe. Ni harga macam beli kat hotel tapi sebenarnya beli dari stall”

katanya menerusi hantarannya

Menurutnya lagi, cara hidangan laksa tersebut juga kurang memuaskan.

Rasa pun mengecewakan”

tambahnya lagi

Mana tidaknya, dengan harga RM 18 sebungkus beliau hanya mendapat selonggok kecil bihun, sedikit hirisan ayam dan telur, sambal dan limau.

Sepatutnya, untuk semangkuk laksa Sarawak yang sempurna laksa tersebut hendaklah dilengkapi dengan haruman dari daun ketumbar, tauge, dan kuah yang pekat dan kaw!

Barulah puas! Pelanggan pun suka.

Ni, bayangan tauge pun tiada dalam gambar huhu

Tambah wanita itu, beliau yang juga peniaga kecewa dengan pemilik gerai itu kerana menawarkan kualiti makanan yang tidak setanding harga.

‘Harga barang naik’ bukanlah alasan untuk mengenakan harga sesuka hati kepada pelanggan dengan kualiti makanan tidak dijaga serta memberi ‘imej’ buruk kepada laksa Sarawak lebih-lebih lagi sajian ini mendapat nama ‘breakfast of the god’.

Baca lagi artikel menarik:

Dicas Harga Kayangan Di Sabah, Ramai Kongsi Pengalaman Sama Di Kedai Makan Seafood Ini
Terkejut Nasi Putih RM8, Individu Geram Kedai Makan Cas Pelanggan Harga ‘Cekik Darah’
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Saksikan Keunikan Seni Gendang Melayu Di Festival Gendang Sarawak 2023
Next Article Arnab Village Di Ranau Sabah Yang Anda Perlu Lawati

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?