• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Artis Muda Sabah, Sandra Dianne Meninggal Dunia Setelah Koma 5 Hari

Oleh
Ismail NA
11 September 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Al-Fatihah.

Artis Muda Sabah, Sandra Dianne Meninggal Dunia Setelah Koma 5 Hari. Industri muzik tanah air kehilangan seorang lagi permata seni apabila artis muda meningkat naik yang berasal dari Sabah, Sandra atau nama penuhnya Alessandra Dianne Ampuria meninggal dunia awal pagi.

Isi Isi Penting
  • Al-Fatihah.
  • Meninggal pada jam 1 pagi di Hospital Putrajaya
  • Terkenal dengan lagu Hey Kau!, Terkemuka
  • Artikel lain :

Allahyarhamah telah terlibat dalam sebuah kemalangan semasa dalam perjalanan untuk menghadiri raptai penuh sebuah program realiti TV, Big Stage 2020.

Meninggal pada jam 1 pagi di Hospital Putrajaya

Akibat kemalangan tersebut, Sandra telah dimasukkan ke unit kecemasan kerana mengalami kecederaan parah dan berada dalam keadaan kritikal. Setelah bertarung nyawa selama 5 hari dalam keadaan koma, Sandra akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 1 pagi di Hospital Putrajaya.

Artis Muda Sabah, Sandra Dianne Meninggal Dunia Setelah Koma 5 Hari
Artis Muda Sabah, Sandra Dianne Meninggal Dunia Setelah Koma 5 Hari

Berita pemergian tersebut telah disahkan oleh rakan artis yang turut sama dalam program realiti TV tersebut melalui akaun sosial media masing-masing dengan ucapan takziah dan doa agar Allahyarhamah ditempatkan dalma kalangan orang-orang yang beriman.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kauluan, Tuaran Sabah petang ini juga.

Terkenal dengan lagu Hey Kau!, Terkemuka

Sandra merupakan seorang artis muda yang terkenal dengan lagu Hey Kau! serta lagu Terkemuka yang didendangkan bersama Zizi Kirana dan Benzoloo. Beliau yang lahir pada 16 September 1994 dan baru sahaja berusia 26 tahun merupakan artis yang lahir dari sebuah program realiti iaitu Mentor Legend 2014.

Memiliki 4 buah single, Allahyarhamah Sandra juga aktif menulis lagu dan bekerja di belakang tabir dalam bidang penerbitan lagu. Di samping itu, beliau juga menjalankan perniagaan ikan masin.

Sama-sama kita doakan semoga urusan keluarga dipermudahkan serta Allahyarhamah Sandra dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Aminn.

Artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gaduh Gara-Gara Mabuk Langkau, 5 Individu Termasuk Remaja Bawah Umur Ditangkap
Next Article Pernah Digelar The Next Steve Jobs, Wanita Ini Menipu Pelabur Untuk Jadi Pengasas Berstatus Jutawan Pernah Digelar The Next Steve Jobs, Wanita Ini Menipu Pelabur Untuk Jadi Pengasas Berstatus Jutawan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?