fbpx
Cerita Borneo

Raih 30K Views Dalam Masa 16 Jam, Lagu Sabah Bangkit Suntik Semangat Berani Buat Anak Muda Sabah

Bila elemen budaya dan moden bergabung untuk sebuah lagu semangat.

Raih 30K Views Dalam Masa 16 Jam, Lagu Sabah Bangkit Suntik Semangat Berani Buat Anak Muda Sabah. Baru 16 jam sejak tayangan perdana muzik video Sabah Bangkit, lagu yang dicipta khas buat anak muda Sabah ini telah mendapat sebanyak 30 ribu views! Malah, angka ini semakin laju bergerak.

Sempat trending di laman Twitter dengan #SBHBGKT, lagu baru yang dibawakan oleh artis kelahiran Sabah seperti S.B.H, Fareed K-Clique, Noki K-Clique, Tuju K-Clique, Elica Paujin, Velvet, Marsha Milan, Rich Estranged, MKNK, Brie, Andrea, Elle & Sipsofcola ini dilihat sebagai lagu bergenre segar dan bukan dengan lirik awang-awangan.

Lagu berunsur kesedaran yang bukan biasa-biasa, segar, dan ‘uplifting’

Menggabungkan elemen bunyi dan lirik patriotisme diselangi dengan rentak moden seperti rap dan pop, lagu Sabah Bangkit ini juga turut mengetengahkan kepelbagaian budaya dan keindahan negeri Sabah.

Raih 30K Views Dalam Masa 16 Jam, Lagu Sabah Bangkit Suntik Semangat Berani Buat Anak Muda Sabah
Raih 30K Views Dalam Masa 16 Jam, Lagu Sabah Bangkit Suntik Semangat Berani Buat Anak Muda Sabah
Sumber foto : Sabah Bangkit
Raih 30K Views Dalam Masa 16 Jam, Lagu Sabah Bangkit Suntik Semangat Berani Buat Anak Muda Sabah
Sumber foto : Sabah Bangkit

Lihat sahaja kostum yang digunakan, lokasi penggambaran serta alat muzik tradisional yang dipamerkan dalam lagu ini. Begitu kreatif!

Lagu serta lirik lagu ini dihasilkan secara kolaboratif oleh Aizat Amdan, Satugram, Anas Amdan, Fareed K-Clique, Noki K-Clique, Tuju K-Clique, MKNK & Faezah Saddi.

Bawa mesej kebangkitan anak muda Sabah walaupun dicabar oleh situasi politik, sosial dan ekonomi

Secara keseluruhannya, Sabah Bangkit membawa mesej yang kuat untuk anak muda Sabah supaya berani bangkit walau pun menghadapi cabaran dari segi politik, sosial dan ekonomi pada masa kini. Bukan itu sahaja, lagu ini juga menyeru agar anak muda Sabah untuk tetap bersatu bagi melawan apa jua halangan dan kekangan demi kemakmuran dan kemajuan negeri kelahiran mereka iaitu Sabah.

Malah, visual anak muda yang ditunjukkan dalam video ini merangkumi belia seawal usia peringkat menengah sehinggalah kepada golongan anak muda yang telah berkecimpung dalam pelbagai kerjaya seperti bidang seni, sukan dan sebagainya.

Muzik video ini juga membawa konsep yang segar dan di luar stereotaip muzik-muzik berunsurkan semangat dan patriotisme. Malah, video berdurasi sepanjang 5.08 minit ini tidak jemu untuk ditonton kerana setiap saat boleh diibaratkan sebagai ‘kejutan’.

Sumber foto : Sabah Bangkit
Raih 30K Views Dalam Masa 16 Jam, Lagu Sabah Bangkit Suntik Semangat Berani Buat Anak Muda Sabah
Sumber foto : Sabah Bangkit
Raih 30K Views Dalam Masa 16 Jam, Lagu Sabah Bangkit Suntik Semangat Berani Buat Anak Muda Sabah
Sumber foto : Sabah Bangkit

Sinematografi Sabah Bangkit papar keindahan Sabah dengan begitu cemerlang

Paling win, sinematografi muzik video yang dihasilkan oleh Huntwo Studios yang diterajui oleh Al Hanafi Juhar dan Candy Yik merupakan faktor utama yang mengangkat muzik video lagu Sabah Bangkit ini secara tidak langsung sebagai promosi kawasan pelancongan di Sabah.

Anda boleh tonton lagu Sabah Bangkit di laman Youtube. Ikuti juga perkembangan mereka di laman Twitter, Sabah Bangkit.

Apa komen anda? Kongsikan pendapat anda tentang lagu Sabah Bangkit ini di ruangan komen, okay?

Selain itu, lihat juga karya anak-anak kelahiran Sabah dan Sarawak yang menggegar dunia :

Artikel Berkaitan

Back to top button