• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Asal Usul Nama Lebuh Wayang (Wayang Street) Di Bandaraya Kuching

Oleh
Ismail NA
13 Februari 2024
Kongsi
35 Min Bacaan

Jalan yang penuh warna warni di tengah Bandaraya Kuching

Asal Usul Nama Lebuh Wayang (Wayang Street) di Bandaraya Kuching. Lebuh Wayang merupakan sebuah jalan di tengah-tengah Bandaraya Kuching yang memiliki nilai pelancongan yang tinggi. Malah, kawasan ini sering kali menjadi tumpuan ramai kerana di sinilah terletaknya tokong Cina yang megah dan masih utuh di bandaraya ini.

Namun, tahukah anda cerita di sebalik nama jalan ini?

Menurut Dr. Elena Chai, pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), jalan ini dinamakan sebagai Lebuh Wayang atau Wayang Street kerana kawasan jalan ini dahulu terkenal dengan persembahan opera Cina.

Asal Usul Nama Lebuh Wayang (Wayang Street) di Bandaraya Kuching
Asal Usul Nama Wayang Street (Lebuh Wayang) Di Kuching
Sumber : Youtube Matthew Wong

Persembahan opera, ritual masyarakat Cina sempena ulang tahun dewa

Pada zaman dahulu, masyarakat Cina mengadakan persembahan opera sebagai salah satu upacara ritual untuk dewa-dewa kepercayaan mereka. Opera ini akan diadakan semasa hari kebesaran ataupun hari ulang tahun dewa masyarakat Cina.

Oleh yang demikian, sebuah pentas akan didirikan dan dilengkapi dengan sebuah skrin wayang yang besar. Pentas ini terletak betul-betul di bertentangan hadapan tokong Feng Shan Shi (鳳山寺)/ Hong San Si dan dinamakan sebagai pentas Daguantai.

Untuk pengetahuan anda, tokong Hong San Si adalah tokong bagi masyarakat Cina Hokkien yang didedikasikan buat dewa mereka yang bernama Guang Ze Tian Wang (廣澤天王). Ia dibina pada tahun 1848 dan mula-mula diubah suai pada tahun 1897.

Asal Usul Nama Lebuh Wayang (Wayang Street) di Bandaraya Kuching
Asal Usul Nama Lebuh Wayang (Wayang Street) di Bandaraya Kuching
Tokong Feng Shan Si, Lebuh Wayang, Kuching

Pada waktu dahulu, opera tersebut menyaksikan pasukan opera Ming Hokkien akan membuat persembahan. Opera ini dibuat bagi meraikan hari kelahiran para dewa dalam masyarakat Cina. Persembahan opera kebiasaannya diiringi dengan alunan alat muzik. Kebiasaannya, jenis muzik yang mengiringi muzik orkestra ini adalah muzik klasikal.

Asal Usul Nama Lebuh Wayang (Wayang Street) di Bandaraya Kuching
Persembahan opera cina. Sumber : bnr.bg

Tambah meriah apabila masyarakat Melayu turut sama menonton

Disebabkan wayang besar yang didirikan di jalan ini, maka hal ini telah menarik minat masyarakat Melayu di kawasan berdekatan untuk turut sama menonton persembahan opera ini. Masyarakat Melayu yang datang melihat persembahan ini kemudiannya menganggap opera ini sebagai satu persembahan wayang. Teater Lishi ditubuhkan di sini pada tahun 1952 dan menjadi kawasan tumpuan peminat seni teater.

Maka, daripada situ, nama jalan tersebut dinamakan sebagai Lebuh Wayang ataupun Wayang Street sehingga ke hari ini.

Namun sebenarnya, kisah jalan ini sebenarnya lebih daripada itu.

Asal Usul Nama Lebuh Wayang (Wayang Street) di Bandaraya Kuching
Gambar hiasan. Sumber : Harian Metro

Huaxiang Street, jalan tempat letak lembu dan penuh dengan aktiviti mencurigakan

Menurut sebuah sumber, sebelum nama jalan ini dipanggil sebagai Lebuh Wayang, masyarakat Cina terlebih dahulu menggelarnya sebagai Huaxiang Street. Huaxiang Street ini dahulunya tidak kurang daripada hanya sekadar sebuah lorong belakang yang tersembunyi, dengan deretan kedai lama, tokong lama dan sebuah pentas lama kepunyaan tokong tersebut.

Di hadapan deretan kedai lama ini pula, terdapat sebuah lot kosong yang sering menjadi tempat meletakkan lembu dan dipenuhi dengan najis lembu sehingga ia digelar dengan satu lagi nama iaitu ‘Niu Shi Street’.

Asal Usul Nama Lebuh Wayang (Wayang Street) di Bandaraya Kuching
Keadaan Lebuh Wayang masa kini. Foto : Google Maps

Disebabkan lorong ini seringkali menjadi kawasan untuk individu atau kumpulan menyembunyikan sesuatu ataupun melakukan aktiviti yang mencurigakan, maka kawasan ini pernah menjadi kawasan merah di Kuching dan menarik perhatian kumpulan gang untuk berkeliaran di kawasan rumah pelacuran. Dari sinilah gelaran ‘flower fragrance’ muncul dan dikaitkan dengan gelaran untuk jalan ini.

Kini, kawasan jalan ini hanya dipenuhi dengan deretan kedai lama serta tokong Feng Shan Shi yang masih utuh dan cerah. Bukan itu sahaja, mural-mural gergasi yang cantik dan instagrammable juga boleh dilihat di sepanjang jalan ini.

Sekali sekala, anda boleh menikmati jamuan di kedai-kedai makan ala-ala antik dan tradisional di sepanjang lorong berdekatan iaitu di Carpenter Street.

Menarik bukan?

Terdapat sebuah perkampungan Melayu di tengah bandaraya Kuching yang hanya dinamakan dengan nombor. Tapi tahukah anda kisah di sebaliknya? Baca selanjutnya di sini:

Sejarah Asal Usul Nama Kampung Nombor Di Kuching
Ini Sejarah Masjid Bandaraya Kuching, Masjid Pertama Dan Tertua Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah Sarawak Jadi Destinasi Popular Di Kalangan Pelancong Brunei Sabah Sarawak Jadi Destinasi Popular Di Kalangan Pelancong Brunei
Next Article Gagal Ke Olimpik Paris, Pandelala Mohon Maaf Dan Janji Bangkit Semula Gagal Ke Olimpik Paris, Pandelala Mohon Maaf Dan Janji Bangkit Semula

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?