I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Aset RM 17 Juta Dirampas Susulan Tangkapan Pegawai TV Berkenaan Pengubahan Wang Haram

Oleh Ismail NA
10 Januari 2025
Kongsi
4 Min Bacaan

Tangkapan turut dibuat atas tuduhan penipuan, pecah amanah dan salah guna kuasa

Aset RM 17 Juta Dirampas Susulan Tangkapan Pegawai TV Berkenaan Pengubahan Wang Haram. Serbuan terbaru Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman telah mengejutkan ramai, apabila tujuh individu, termasuk seorang pegawai kanan sebuah stesen televisyen, ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram.

Operasi yang dikenali sebagai ‘OP Ragada’ ini dilaksanakan secara berasingan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, dan Sarawak.

Aset RM 17 Juta Dirampas Susulan Tangkapan Pegawai TV Berkenaan Pengubahan Wang Haram
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. Aset RM 17 Juta Dirampas Susulan Tangkapan Pegawai TV Berkenaan Pengubahan Wang Haram

7 individu ini di bawah radar polis sejak akhir tahun lalu

Memetik laporan media, tangkapan ini melibatkan individu berusia antara 20-an hingga 60-an. Pihak AMLA turut menyerbu pejabat sebuah stesen televisyen di Sarawak dan merampas dokumen-dokumen penting. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan kes ini dan memaklumkan bahawa kesemua suspek ditahan bukan sahaja untuk kes pengubahan wang haram, tetapi juga untuk membantu siasatan berhubung penipuan, pecah amanah, dan salah guna kuasa.

Aset RM17 juta dibekukan

Lebih mengejutkan, hasil serbuan berjaya merampas dan membekukan aset bernilai RM17,434,217.36. Antara aset yang disita termasuk kenderaan mewah, akaun bank, serta dokumen-dokumen berkaitan. “Modus operandi mereka adalah menggunakan transaksi kewangan mencurigakan serta menyeleweng tender dengan menganugerahkan projek kepada diri sendiri atau ahli keluarga,” jelas Tan Sri Razarudin.

STR dan langkah Pengesanan

Kes ini mula dibongkar melalui laporan Suspicious Transaction Report (STR) yang diterima pada Oktober 2024. Hasil risikan mendapati beberapa akaun bank telah digunakan untuk kegiatan mencurigakan sejak 2017 hingga September 2024. Pihak AMLA kemudian bertindak pantas dengan melancarkan siasatan dan tangkapan terhadap suspek berusia antara 25 hingga 61 tahun.

Seksyen 4(1) Akta 613 Jadi Sandaran

Semua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613). Jika sabit kesalahan, hukuman yang menanti cukup berat.

Penerangan mudah tentang AMLA

Menurut Bank Negara Malaysia, AMLA atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 bertujuan untuk melawan dua jenayah utama:

1. Pengubahan Wang Haram (money laundering) – Proses “mencuci” duit hasil daripada aktiviti haram seperti dadah, rasuah, atau penipuan, supaya nampak seperti duit halal.
2. Pembiayaan Keganasan (terrorism financing) – Tindakan menyalurkan duit untuk menyokong aktiviti keganasan, contohnya membeli senjata atau membiayai kumpulan pengganas.

Bagaimana AMLA Berfungsi?

• Institusi Kewangan (contohnya bank) wajib melaporkan sebarang aktiviti transaksi yang mencurigakan kepada Bank Negara Malaysia (BNM).
• Jika seseorang disyaki terlibat, harta mereka boleh dibekukan, disita, atau dirampas.
• Mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman penjara, denda besar, atau kedua-duanya sekali.

Siapa yang Biasanya Didakwa di Bawah AMLA?

1. Penjenayah Rasuah dan Politik
• Contoh: Individu yang menerima rasuah berjuta-juta ringgit dan cuba sembunyikan hasil tersebut melalui akaun luar negara atau aset seperti hartanah.

2. Pengusaha Perniagaan Haram
• Seperti sindiket dadah, pelacuran, judi haram, atau penjualan barang seludup yang menggunakan wang tersebut untuk beli kereta mewah, rumah, atau perniagaan.

3. Ejen atau Orang Tengah
• Yang membantu memindahkan atau “membersihkan” duit haram melalui akaun perniagaan atau syarikat.

4. Penyokong Kumpulan Keganasan
• Contohnya, individu atau organisasi yang memindahkan dana kepada kumpulan pengganas di luar negara.

AMLA membantu memastikan ekonomi negara tidak terjejas oleh aktiviti haram. Ia juga melindungi rakyat daripada menjadi mangsa penipuan kewangan atau keganasan ekonomi dan rakyat daripada jenayah kewangan serta ancaman keganasan.

Baca juga artikel sebelum ini tentang penahanan pegawai stesen TV tempatan

TERKINI – Pegawai Pengurusan Tertinggi Stesen TV Tempatan Ditahan Polis

SUMBER :Astro AwaniBerita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI - Pegawai Pengurusan Tertinggi Stesen TV Tempatan Ditahan Polis TERKINI – Pegawai Pengurusan Tertinggi Stesen TV Tempatan Ditahan Polis
Next Article Permohonan Bazaar Ramadan MBKS 2025 Kini Dibuka

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?