• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI – Pegawai Pengurusan Tertinggi Stesen TV Tempatan Ditahan Polis

Oleh
Nazihah AN
10 Januari 2025
Kongsi
1 Min Bacaan
TERKINI - Pegawai Pengurusan Tertinggi Stesen TV Tempatan Ditahan Polis

Penahanan dibuat sekitar tengah hari 10 Januari 2025

TERKINI – Pegawai Pengurusan Tertinggi Stesen TV Tempatan Ditahan Polis. Sarawak hari ini digemparkan dengan penangkapan seorang eksekutif kanan dari pengurusan tertinggi stesen TV tempatan oleh sepasukan polis Bukit Aman.

Penahanan ini telah menimbulkan pelbagai persoalan memandangkan pihak polis mahupun media utama masih belum mendedahkan sebab penahanan tersebut.

Sumber gambar: Sin Chew Daily

Pegawai tersebut ditahan dan dibawa ke pejabatnya untuk penggeledahan

Menurut laporan akhbar tempatan, polis Bukit Aman tiba di pejabat stesen TV berkenaan sekitar jam 2:15 petang bersama eksekutif tersebut dalam keadaan bergari. Mereka dilihat memasuki ibu pejabat stesen TV itu , dipercayai untuk melakukan penggeledahan. Setelah kira-kira sejam berada di lokasi, eksekutif tersebut dibawa keluar semula pada jam 3:15 petang.

Rakaman video dan gambar yang dikongsikan di laman Facebook menunjukkan eksekutif tersebut memakai topi dan pelitup muka semasa diiring keluar dari pejabat.

Difahamkan, beliau baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah sebelum penahanan ini dibuat.

Cubaan untuk mendapatkan kenyataan daripada Ketua Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata tidak berjaya memandangkan beliau masih dalam tempoh tidak bertugas.

Berita susulan akan kami kemas kini di sini.

Baca juga artikel semasa di bawah

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kebakaran Di Sibu, Blok Rumah Pekerja Lenyap Dijilat Api
Next Article Aset RM 17 Juta Dirampas Susulan Tangkapan Pegawai TV Berkenaan Pengubahan Wang Haram

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?