• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Permohonan Bazaar Ramadan MBKS 2025 Kini Dibuka

Oleh
Husna Hazmi
11 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Para peniaga di luar sana, korang dah sedia ke?

Permohonan Bazaar Ramadan MBKS 2025 Kini Dibuka. Dilaporkan, peniaga yang berminat nak berniaga di Bazaar Ramadan MBKS 2025, ini berita baik untuk anda! Permohonan untuk mendapatkan tapak gerai kini dibuka sehingga 24 Januari 2025.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, mengumumkan bahawa Bazaar Ramadan MBKS tahun ini akan diadakan di kawasan parkir Pasar Komuniti Stutong dari 2 hingga 30 Mac.

Permohonan Bazaar Ramadan MBKS 2025 Kini Dibuka
Permohonan Bazaar Ramadan MBKS 2025 Kini Dibuka. Sumber gambar: MBKS

Cara Permohonan

  1. Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Khidmat Sehenti 9, lobi bangunan MBKS, bermula 13 Januari, waktu pejabat.
  2. Borang lengkap perlu dihantar sebelum jam 4 petang, 24 Januari. Borang lewat hantar, tak layan ya!

Dokumen wajib yang perlu disertakan

  • Gambar bersaiz pasport
  • Salinan kad pengenalan (IC)
  • Sijil kursus pengendalian makanan
  • Pemeriksaan kesihatan bersama vaksinasi typhoid (kos sendiri)
  • Jika memohon sebagai pasangan berkahwin, lampirkan salinan sijil nikah.

Yuran sewa tapak adalah RM250, dengan deposit tambahan RM100. Peniaga yang berjaya akan dimaklumkan dan perlu hadir untuk sesi undian tapak serta taklimat pada 24 Februari.

Permohonan Bazaar Ramadan MBKS 2025 Kini Dibuka
Sumber gambar: I Love Borneo

Pilihan Tapak Gerai

Tahun ini, sebanyak 160 tapak gerai disediakan:

  • 54 gerai untuk kuih-muih tradisional
  • 60 gerai makanan dimasak
  • 24 gerai minuman
  • 22 gerai makanan panggang

Majlis pelancaran rasmi Bazar Ramadan akan berlangsung pada 2 Mac.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai bazaar paling meriah di Kuching ini! Mark kalendar anda dan pastikan borang dihantar tepat pada masanya!

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Kuching Bandar Kedua Selepas Copenhagen Dengan Udara Paling Bersih Di Dunia
Dominos Bakal Buka Cawangan Pertama Di Samarahan

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Aset RM 17 Juta Dirampas Susulan Tangkapan Pegawai TV Berkenaan Pengubahan Wang Haram
Next Article Tekanan Dan Anxiety Di Usia Muda, Pengusaha Ini Kongsi Detik Cemas Hampir Hilang Nyawa

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?