• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ashley Lau Cipta Sejarah, Pemain Golf Sarawak Pertama Layak Ke Olimpik Paris 2024

Oleh
Farisha
26 Jun 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Anak Sarawak, Ashley Lau bakal beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 pada bulan Ogos

Ashley Lau Cipta Sejarah, Pemain Golf Sarawak Pertama Layak Ke Olimpik Paris 2024. Pemain golf Sarawak, Ashley Lau Jen Wen telah mencapai satu lagi pencapaian besar dalam kerjaya golfnya pada hari Isnin apabila beliau melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada bulan Ogos.

Pemain profesional berusia 24 tahun dari Bintulu ini akan membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik selepas menduduki tangga ke-50 dalam Kedudukan Golf Olimpik (OGR) bagi kategori wanita, yang berakhir pada hari Isnin dan diumumkan secara rasmi oleh Persekutuan Golf Antarabangsa semalam.

Ashley Lau Cipta Sejarah, Pemain Golf Sarawak Pertama Layak Ke Olimpik Paris 2024
Ashley Lau Cipta Sejarah, Pemain Golf Sarawak Pertama Layak Ke Olimpik Paris 2024

Beliau juga mencipta sejarah sebagai pemain golf Sarawak pertama yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan pemain golf wanita Malaysia kedua berbuat demikian selepas Kelly Tan di Olimpik Tokyo.

Ashley akan berada di antara 60 pemain golf wanita yang akan bermain di Le Golf National pada bulan Ogos.

Ashley ialah pemain golf profesional Sarawak pertama yang mewakili Malaysia di Sukan Olimpik

“Ia sentiasa menjadi satu penghormatan untuk mewakili Malaysia dalam mana-mana acara, tetapi untuk melakukannya di Olimpik di mana semua orang impikan, ia sangat luar biasa. Saya masih belum dapat menerima hakikat ini sepenuhnya, tetapi ia sesuatu yang mengagumkan bahawa saya akan ke Paris dalam masa lebih kurang sebulan lagi,” katanya kepada sumber.

“Saya akan berusaha sedaya upaya untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan megah dan membanggakan Malaysia di Paris.

“Kami bangga dengannya. Kemenangannya dalam Kejohanan Terbuka Victoria awal tahun ini menyumbang kepada kedudukan dunianya hari ini,” ujar bapanya, Cecil Lau.

Antara pemain golf Malaysia yang lain turut layak ke Olimpik Paris

Pemain golf Malaysia lain yang berjaya melayakkan diri ke Olimpik Paris ialah Gavin Green, yang berada di kedudukan ke-53 dalam OGR bagi kategori Lelaki.

Kemenangan besar Ashley berlaku pada Kejohanan Terbuka Vic pada bulan Februari, acara PGA Wanita Australasia yang diadakan di 13th Beach Golf Links di Barwon Heads.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Anak Muda Sarawak Ini Jadi Atlet Malaysia Pertama Layak Ke Olimpik Paris 2024
Pelajar MRSM Betong Rangkul Gangsa Pertandingan Robot Antarabangsa Olimpik Di Greece
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Festival WAK Sibu Satellite Bakal Berlangsung Di Sibu Heritage Centre Julai Ini Festival WAK Sibu Satellite Bakal Berlangsung Di Sibu Heritage Centre Julai Ini
Next Article Dikenali Sebagai Kopi Dayak, Ketahui Kopi Liberica Sejenis Kopi Tempatan Dari Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?