• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dikenali Sebagai Kopi Dayak, Ketahui Kopi Liberica Sejenis Kopi Tempatan Dari Sarawak

Oleh
Aina Musa
26 Jun 2024
Kongsi
5 Min Bacaan

Asalnya ditanam bagi menggantikan kopi Arabica

Dikenali Sebagai Kopi Dayak, Ketahui Kopi Liberica Sejenis Kopi Tempatan Dari Sarawak. Sarawak terkenal dengan sejarah panjangnya dalam penanaman kopi, bermula sejak era pemerintahan Brooke pada abad ke-19. Kisah ini bermula pada tahun 1866, di mana Rajah Charles Brooke telah mendirikan ladang kopi dan teh di Matang, dekat Kuching. Di sana, percubaan pertama penanaman kopi Arabica dijalankan, namun malangnya tidak membuahkan hasil yang diharapkan.

Menyedari keperluan alternatif yang lebih sesuai dengan iklim dan tanah Sarawak, maka kopi Liberica diperkenalkan pada tahun 1870-an. Liberica ternyata lebih sesuai dengan keadaan tempatan, sekali gus menjadi tanaman tunai pertama yang diusahakan oleh masyarakat Iban, kaum peribumi Sarawak. Kopi Liberica ini juga dikenali dengan nama “Kopi Dayak”, yang membawa erti warisan kopi dari kaum Dayak.

Dikenali Sebagai Kopi Dayak, Ketahui Kopi Liberica Sejenis Kopi Tempatan Dari Sarawak
Dikenali Sebagai Kopi Dayak, Ketahui Kopi Liberica Sejenis Kopi Tempatan Dari Sarawak. Sumber: Earthling Coffee Workshop

Walaupun pernah mengalami zaman kurang mendapat perhatian, kopi Liberica Sarawak tetap menjadi minuman kegemaran penduduk tempatan. Ia terus ditanam dan dipelihara oleh pemilik-pemilik tanah secara individu. Kini, dengan usaha gigih untuk memelihara kualiti dan memperkenalkan kembali kopi ini, Kopi Liberica Sarawak kembali mendapat tempat di persada dunia, menarik minat para pecinta kopi yang dahagakan pengalaman baharu dan rasa yang autentik.

Beberapa kelebihan menjadikan Kopi Liberica Sarawak istimewa berbanding kopi Arabica dan Robusta. Biji kopi Liberica terkenal dengan bentuk yang lebih besar dan gemuk. Pokok Liberica juga matang dengan lebih pantas, membolehkan penuaian dilakukan lebih awal.

Selain itu, pokok Liberica mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit dan serangga perosak. Namun, yang paling memikat para peminat kopi pastinya adalah rasanya yang unik. Kopi Liberica memiliki aroma yang tersendiri serta rasa yang kompleks dengan sentuhan buah-buahan, kacang-kacangan, dan ‘aftertaste’ yang meninggalkan kesan lama di mulut.

Menjelajahi Warisan Kopi Liberica di Black Bean Coffee & Tea, La Promenade

Bagi para pecinta kopi yang ingin merasakan sensasi kopi Liberica Sarawak yang istimewa, Black Bean Coffee & Tea di La Promenade Mall, merupakan destinasi yang tepat. Sebagai cawangan ketiga dari roastery Sarawak yang terkenal, Black Bean Coffee & Tea menawarkan kopi Liberica yang harum dan beraroma, menghadirkan warisan kopi Dayak dalam secangkir kopi yang memikat.

Sejak tahun 2001, dedikasi Puan Han dan Encik Chang, pengasas Black Bean, dalam memanggang biji kopi mereka sendiri dan melatih barista dengan teliti, telah menghasilkan pengalaman kopi yang tiada tandingannya. Kegigihan mereka diakui di peringkat global, dengan Black Bean Coffee & Tea terpilih sebagai salah satu dari dua tempat di Malaysia dalam Lonely Planet’s Global Coffee Tour untuk pengalaman kafe terbaik di dunia.

Black Bean Coffee & Tea juga menyajikan kopi dari berbagai penjuru dunia, seperti Brazil, Indonesia, Kolombia, Ethiopia, dan banyak lagi. Para pecinta kopi dapat menjelajahi beragam rasa dan aroma kopi yang ditawarkan, sesuai dengan selera masing-masing.

Baru-baru ini, ILOVEBORNEO mendapat kesempatan istimewa untuk mencuba beberapa menu signature Black Bean Coffee & Tea, termasuk kopi Liberica yang diseduh sendiri oleh barista berpengalaman. Pengalaman ini diawali dengan gula apong latte, di mana gabungan harum kopi dengan rasa karamel gula apong menghasilkan kombinasi yang sempurna.

Black Bean Coffee & Tea bukan sekadar syurga kopi Liberica Sarawak yang terkenal, tetapi kini turut menawarkan kejutan menerusi menu “western series” mereka. Siri ini menawarkan pelbagai pilihan hidangan Barat yang menyelerakan, antaranya beef dan chicken lasagna, mac and cheese, beef pie, dan banyak lagi.

Bintang utama menu ini pastinya beef lasagna. Ia bukan sekadar hidangan biasa, malah menawarkan pertembungan rasa yang menarik. Rasa tomato yang kompleks dan sedikit masam diimbangi dengan daging cincang yang padat. Setiap suapan menjanjikan tekstur padu yang memuaskan.

Lebih hebat? Saiz hidangan pun jumbo!

Sekiranya anda pencinta kopi, apa kata anda cuba pula kopi Liberica yang dihidangkan di sini. Nak lagi umph jangan lupa try espresso shot yang dihidangkan bersama sekeping biskut kacang dari Black Bean Coffee!

Baca lagi artikel menarik:

Kenali Black Bean Coffee, Starbucks Tempatan Kuching Yang Original
Kilang Kopi Yit Foh, Pit Stop Paling Best Buat Coffee Lovers Di Tenom
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ashley Lau Cipta Sejarah, Pemain Golf Sarawak Pertama Layak Ke Olimpik Paris 2024
Next Article Kastam Tumpaskan Cubaan Seludup Minuman Keras Bernilai RM270K Ke Sarawak Kastam Tumpaskan Cubaan Seludup Minuman Keras Bernilai RM270K Ke Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?