fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Check-In Di Kaunter Bakal Dikenakan Caj, AirAsia Galak Untuk Daftar Secara Online Atau Kiosk

Kedung BK Oleh Kedung BK
1 September 2020
Check-In Di Kaunter Bakal Dikenakan Caj, AirAsia Galak Untuk Daftar Secara Online Atau Kiosk
Share on FacebookShare on Twitter

Tak perlu pergi ke kaunter lagi, hanya menerusi kiosk atau aplikasi mudah alih

Check-In Di Kaunter Bakal Dikenakan Caj, AirAsia Galak Untuk Daftar Secara Online Atau Kiosk. Terkini dilaporkan syarikat penerbangan AirAsia telah melaksanakan caj daftar masuk melalui kaunter di beberapa buah negara dan bandar terpilih.

Perkara ini dilaksanakan untuk menggalakkan penggunaan kiosk daftar masuk tanpa sentuhan atau daftar melalui aplikasi mudah alih.

Check-In Di Kaunter Bakal Dikenakan Caj, AirAsia Galak Untuk Daftar Secara Online Atau Kiosk
Check-In Di Kaunter Bakal Dikenakan Caj, AirAsia Galak Untuk Daftar Secara Online Atau Kiosk

Caj sebanyak RM20 untuk penerbangan domestik dan RM30 untuk penerbangan antarabangsa

Para tetamu akan dikenakan caj untuk kedua-dua penerbangan domestik dan antarabangsa. Namun, mereka tidak perlu membayar caj jika mereka mendaftar masuk menerusi laman web rasmi AirAsia iaitu AirAsia.com, aplikasi mereka atau kiosk sedia ada di lapangan terbang.

ArtikelBerkaitan

PKP Di Sarawak? Pengerusi SDMC Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi Esok

MKN Padam Poster Umum PKP Di Kuching, Bintulu, Miri, Sibu, Meradong

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia, Javed Malik, beliau berkata,

“Kami telah melihat respons yang amat baik bagi penggunaan perkhidmatan daftar masuk sendiri melalui web, aplikasi mudah alih dan kiosk di lapangan terbang sejak kebelakangan ini.”

Beliau kemudian berkata perkara ini menyebabkan syarikat penerbangan terbabit mempertimbangkan penggunaan teknologi digital ini sebagai langkah untuk menelan belanja besar serta menyokong dan meningkatkan kecekapan operasi dan juga untuk kemudahan para tetamu.

Check-In Di Kaunter Bakal Dikenakan Caj, AirAsia Galak Untuk Daftar Secara Online Atau Kiosk
Kiosk AirAsia sedia ada di lapangan terbang

Menggalakkan perkhidmatan tanpa sentuh

Para tetamu digalakkan untuk daftar diri melalui kiosk atau aplikasi mudah alih sebagai langkah untuk mengurangkan kontak fizikal.

Berikutan Covid-19, kemudahan daftar masuk sendiri amat penting bagi menggalakkan perkhidmatan tanpa sentuh antara para tetamu dan kakitangan AirAsia.

Malah, dalam masa dua bulan, beribu-ribu tetamu yang melakukan perjalanan penting telah menggunakan prosedur ini sebagai langkah keselamatan dan sekuriti tambahan bagi kesejahteraan dan keselamatan para tetamu dan kakitangan syarikat berkenaan.

Menurut Javed Malik lagi,

“Kami juga merupakan salah satu syarikat penerbangan pertama yang membolehkan laporan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) dipaparkan di laman web AirAsia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.”

Untuk pengetahuan anda, para tetamu boleh memuat naik laporan PCR mereka atau dokumen perjalanan terpilih dan mendaftar masuk sebelum tiba di lapangan terbang untuk pengalaman perjalanan tanpa sentuhan yang lebih lancar.

“Kami menggalakkan semua tetamu untuk menggunakan kemudahan dan perkhidmatan daftar masuk sendiri yang tersedia bagi membiasakan diri dengan cara perjalanan baharu,” ujarnya lagi.

Pengecualian caj daftar masuk

Ada pengecualian caj daftar masuk melalui kaunter iaitu untuk tetamu kurang mobiliti, Premium Flex atau Premium Flatbed, tetamu yang terjejas oleh gangguan penerbangan atau gangguan kiosk di lapangan terbang serta beberapa pengecualian lain.

Check-In Di Kaunter Bakal Dikenakan Caj, AirAsia Galak Untuk Daftar Secara Online Atau Kiosk
AirAsia Premium Flatbed

Hanya tetamu yang mendaftar masuk melalui kaunter lapangan terbang di Malaysia, Vietnam, Brunei, Kemboja, Laos, serta Taipei, Kaohsiung dan Honolulu, untuk penerbangan domestik dan antarabangsa akan dikenakan caj daftar masuk melalui kaunter sebanyak RM20 untuk penerbangan domestik dan RM30 untuk penerbangan antarabangsa (atau nilai yang sama dalam mata wang tempatan, tertakluk kepada kadar pertukaran mata wang yang telah ditentukan).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada Soalan-Soalan Lazim.

Lagi di sini:

Share515Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy