• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Atlet Kebangsaan Berasal Dari Sarawak, Atlet Pertama Disahkan Positif Covid-19

Oleh
ILB - AI
16 Mac 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
Atlet Kebangsaan Pertama Disahkan Positif Covid-19

Atlet Baling Tukul Besi Negara Disahkan Positif Covid-19

Atlet Kebangsaan Berasal Dari Sarawak, Atlet Pertama Disahkan Positif Covid-19. Hari ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengesahkan Jackie Wong menjadi atlet pertama didapati positif Covid-19. Beliau, yang berasal dari Sarikei, dipercayai dijangkiti menerusi ayahnya yang sebelum ini disahkan positif Covid-19.

Atlet Kebangsaan Berasal Dari Sarawak, Atlet Pertama Disahkan Positif Covid-19
Atlet Kebangsaan Pertama Disahkan Positif Covid-19. Kredit: Podium Olahraga

Fasiliti Sukan Diarah Untuk Tutup Buat Sementara Waktu

Sebagai langkah segera untuk keselamatan dan kesihatan atlet lain, Menteri KBS, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, telah mengarahkan penutupan fasiliti Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) yang dikunjungi atlet tersebut.

Menteri KBS, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, telah mengarahkan penutupan fasiliti. Kredit: Media Adil

Menurut beliau lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menasihatkan mereka yang berhubung rapat (close contact), terdiri daripada atlet, jurulatoh dan pegawai yang lain, dengan Jackie Wong, untuk mengasingkan diri dan dinasihatkan untuk kuarantin diri di asrama serta menjalankan ujian saringan dan menunggu nasihat KKM selanjutnya.

Atlet Kebangsaan Berasal Dari Sarawak, Atlet Pertama Disahkan Positif Covid-19
Jackie Wong tengah beraksi. Kredit: sports247

Atlet Yang Memegang Rekod Kebangsaan Acara Baling Tukul Besi

Jackie Wong terkenal sebagai atlet yang memegang rekod kebangsaan dengan jarak 68.22 meter untuk acara baling tukul besi. Beliau berjaya memecahkan rekod kebangsaan tahun lepas sebanyak empat kali, iaitu dua kali ketika beraksi di Kejohanan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Terbuka Korea Selatan dan Kejuaraan Olahraga Asia.

Beliau berjaya meraihkan pingat perak ketika di Sukan SEA Filipina tahun lalu, manakala dipercayai menggondol emas ketika temasya yang sama di Kuala Lumpur tahun lalu.

Atlet Kebangsaan, Jackie Wong, adalah seorang pemegang rekod negara untuk acara baling tukul besi. Kredit: Stadium Astro

Semoga beliau dan ayah beliau akan sembuh dari penyakit ini!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Video Sekumpulan Lelaki Pecah Kereta Di Siang Hari Guna Senjata Tajam Di Kuching
Next Article Ini Adalah Tindakan Diambil Oleh Negara Lain Terhadap Mereka Yang Enggan Bekerjasama Membendung COVID-19 COVID-19 : Ini Hukuman Berat Yang Dikenakan Oleh Negara Lain Untuk Rakyat Yang Enggan Bekerjasama

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?