• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Video Sekumpulan Lelaki Pecah Kereta Di Siang Hari Guna Senjata Tajam Di Kuching

Oleh
Ismail NA
16 Mac 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Hello Polis? Ada Orang Fight Ni!

Tular Video Sekumpulan Lelaki Pecah Kereta Di Siang Hari Guna Senjata Tajam Di Kuching. Sebuah video berdurasi 13 saat tular pada hari ini apabila ia memaparkan adegan sekumpulan lelaki bertindak ganas dengan memukul dan memecahkan cermin sebuah kenderaan. Perbuatan tersebut dilakukan dengan menggunakan senjata yang panjang dan tajam.

Seorang pengguna laman sosial Facebook hari ini memuat naik video tersebut sekitar jam 4 petang. Apa yang pelik, sekumpulan lelaki tersebut dengan selamba berkelakuan ganas di tempat terbuka dan pada waktu siang sedangkan ramai orang awam yang berada di tempat kejadian pada ketika itu. Di dalam video ini juga, tiga orang lelaki dilihat membawa senjata tajam tersebut lalu salah seorang daripada mereka sempat dirakam memukul dan memecahkan kenderaan terbabit.

Scary kuching!

Posted by Krystal Chong on Monday, March 16, 2020

Muat naik tersebut disertakan sekali dengan kapsyen, “Scary Kuching” atau Kuching menakutkan. Video tersebut telah mendapat 106 tanda sukaan dan 944 perkongsian.

Kejadian Dilaporkan Berlaku Di Taman Hui Sing, Kuching

Tular Video Sekumpulan Lelaki Pecah Kereta Di Siang Hari Guna Senjata Tajam Di Kuching
Tular Video Sekumpulan Lelaki Pecah Kereta Di Siang Hari Guna Senjata Tajam Di Kuching. Kredit : Facebook

Menerusi tinjauan di laman komen video ini pula, pengguna Facebook mengesyaki bahawa kejadian ini berlaku di Taman Hui Sing, Kuching (berhadapan Fu Sen Court). Tidak lupa, ada juga yang meletakkan tanda pagar #PDRM agar situasi ini mendapat perhatian pihak polis secepat mungkin. Setakat ini, punca kejadian masih belum diketahui.

Haihh, agak-agak lah nak fight pun kan? Siang hari pula tu. Alangkah bagusnya kalau kita fight COVID-19 pun agresif macam ini. Barulah semua orang dapat hidup aman dan sihat sentosa.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kematian COVID19 Pertama Di Malaysia Dicatat Di Sarawak 125 Lagi Kes Baru COVID19 Dilaporkan Di Malaysia, Kekal Tertinggi Di Asia Tenggara
Next Article Atlet Kebangsaan Pertama Disahkan Positif Covid-19 Atlet Kebangsaan Berasal Dari Sarawak, Atlet Pertama Disahkan Positif Covid-19

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?