Pingat Emas Waikru, Sarawak Menang Kategori Lelaki
Sarawak Raih Emas Dalam Acara Waikru lelaki Di SUKMA. Atlet Sarawak, Mifdhal Wafiy Ayatullah, telah berjaya meraih pingat emas dalam acara akhir solo Waikru lelaki di Sukma XXI 2024.
Menurut laporan, Mifdhal mencatatkan skor 9.00 mata, mengatasi pencabar terdekatnya dari Sabah, Muhammad Iftikharsyahlan As Roslan, yang memperoleh 8.80 mata.

Manakala, Sabah ranggul emas dalam kategori wanita
Dalam kategori wanita pula, Sabah mengungguli acara solo Waikru dengan Yan Jia Chi merangkul pingat emas.
Beliau mencatat skor cemerlang sebanyak 9.70 mata, menewaskan wakil Sarawak, Nur Iklil Zarifah Mohamad Affandi, yang meraih pingat perak dengan 9.30 mata.

