I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Atlet Sabah, Gabriel Gilbert Daim Raih Pingat Perak Di Sukan Komanwel 2022 Birmingham
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Atlet Sabah, Gabriel Gilbert Daim Raih Pingat Perak Di Sukan Komanwel 2022 Birmingham

Oleh Aina Syafiqah Musa 6 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Atlet Sabah, Gabriel Gilbert Daim Raih Pingat Perak Di Sukan Komanwel 2022 Birmingham

Tahniah anak jati Sabah, Gabriel Gilbert Daim!

Atlet Sabah, Gabriel Gilbert Daim Raih Pingat Perak Di Sukan Komanwel 2022 Birmingham. Kontinjen Malaysia meraih satu lagi pingat perak pada temasya Sukan Komanwel 2022 di Birmingham semalam menerusi acara terjun di Pusat Akuatik Sandwell.

Menurut laporan Berita Harian, pingat perak untuk Malaysia dihasilkan gandingan penerjun Muhammad Syafiq Puteh dan atlet Sabah, Gabriel Gilbert Daim bagi acara 3 meter papan anjal seirama.

Gabriel Gilbert Daim (kiri) menang pingat perak di Commonwealth Games Birmingham 2022 melalui acara 3m Papan Anjal Seirama bersama pasangan beliau Muhammad Syafiq Puteh. Kredit foto: FB Olympic Council Of Malaysia

Kejayaan itu boleh dianggap sebagai satu kejutan berikutan kedudukan mereka bukan pilihan selain kehadiran gandingan utama, Ooi Tze Liang-Chew Yiwei.

Muncul naib juara selepas mengumpulkan 376.77 mata menerusi enam terjunan.

Gandingan Syafiq-Gabriel berjaya memenangi pingat perak selepas mengumpulkan 376.77 mata menerusi enam terjunan.

Pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, Gabriel dan Muhammad Syafiq menduduki tempat ke 7 bagi acara 3 meter papan anjal seirama.

Gabriel Gilbert Daim-Muhammad Syafiq Puteh raih perak acara terjun 3m papan anjal seirama lelaki. Kredit Foto: Bernama

Pada Kejohanan Dunia ke 19 FINA yang berlangsung pada 17 Jun hingga 3 Julai lalu di Budapest, Hungary, Gabriel, 20, yang berasal dari Kota Kinabalu, menduduki tangga ke 46 acara terjun papan anjal 1 meter individu.

Pernah merangkul pingat emas!

Antara kejayaan Gabriel sebelum ini adalah pingat emas acara 3 meter papan anjal seirama pada kejohanan FINA Diving Grand Prix 2019 di Australia, dan pingat gangsa kejohanan FINA Diving Grand Prix 2017 di Australia bagi acara 3 meter papan anjal seirama campuran.

Gabriel turut memenangi pingat emas dalam acara terjun campuran berpasukan pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, bergandingan dengan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg.

Sebagaimana atlet lain, aspirasi Gabriel adalah memenangi pingat emas Sukan Olimpik acara terjun.

Idolanya adalah bekas penerjun Olimpik negara, Bryan Nickson Lomas dan pemenang 3 pingat emas Sukan Olimpik London, Rio De Janeiro dan Tokyo acara terjun, Cao Yuan dari China.

Kenali atlet yang mewakili Malaysia ke Sukan Komanwel 2022 Birmingham:

SUMBER : Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Malaysia Berpotensi Jadi Pengeluar Besar Graphene Diperbuat Dari Isirung Kelapa Sawit
Next Article Dua Deret Kedai Ranap Dalam Kebakaran Di Pasar Lama Sebuyau

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?