• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Atlet Muda Sabah Hampir Terlepas Kejohanan Antarabangsa, Netizen Sepakat Kumpul Derma Beli Tiket

Oleh
Nazihah AN
29 Februari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Atlet Muda Sabah Hampir Terlepas Kejohanan Antarabangsa, Netizen Sepakat Kumpul Derma Beli Tiket

Keghairahan atlet muda dari Sabah untuk berentap di kejohanan antarabangsa hampir tidak kesampaian

Atlet Muda Sabah Hampir Terlepas Kejohanan Antarabangsa, Netizen Sepakat Kumpul Derma Beli Tiket. Semangat membara untuk mengharumkan nama Sabah di Kejohanan Taekwondo Antarabangsa Hwarang Warrior 2024 di Kuala Lumpur hampir berubah menjadi episod duka apabila atlet muda dari Sabah terlepas penerbangan dari Sandakan ke Kuala Lumpur akibat penerbangan yang ditunda secara tiba-tiba.

Jurulatih Pasukan Taekwondo Sabah, Safuan Fathy Amran, yang membawa 14 atlet dari Pitas dan 3 atlet dari Kota Marudu berkongsi pengalaman pahit ini di Facebook. Mereka telah bersiap sedia di lapangan terbang sejak awal pagi, namun kelewatan penerbangan dari Kota Kinabalu ke Sandakan menyebabkan mereka terlepas untuk menaiki penerbangan seterusnya.

Atlet Muda Sabah Hampir Terlepas Kejohanan Antarabangsa, Netizen Sepakat Kumpul Derma Beli Tiket
Atlet Muda Sabah Hampir Terlepas Kejohanan Antarabangsa, Netizen Sepakat Kumpul Derma Beli Tiket

Peserta-peserta ini hampir tidak menyertai kejohanan antarabangsa namun berjaya ‘diselamatkan’ oleh netizen

Penerbangan tambang murah yang dijadualkan pada jam 9.30 pagi dari Kota Kinabalu ke Sandakan gagal mengikut perancangan asal, menyebabkan mereka tiba di Sandakan sedikit lewat daripada waktu asal.

Namun, setibanya di Sandakan, penerbangan mereka ke Kuala Lumpur pula ditolak oleh sebuah lagi pihak syarikat penerbangan Malaysia meskipun mereka telah mendaftar masuk secara dalam talian. Jelas Safuan, penerbangan tersebut tidak dibenarkan masuk ke pelepasan disebabkan waktu mereka tiba yang kurang 40 minit daripada waktu keberangkatan.

Kejadian yang berpunca daripada kelewatan pesawat pertama syarikat tambang murah yang memberitahu penundaan di saat akhir ini telah mengundang kekecewaan mengecewakan peserta yang telah bersedia untuk bertanding selepas berbulan-bulan bersusah payah berlatih. Kekecewaan ini turut dirasai oleh ibu bapa peserta yang telah berusaha mencari dana untuk menyokong keperluan kejohanan.

Pihak syarikat penerbangan Malaysia yang sudah mendaftar awal tidak mahu mengambil tindakan walaupun mereka hadir sebelum waktu berlepas. Alasan kelewatan penerbangan tidak diterima dengan baik oleh pihak penerbangan.

Keadaan ini menyebabkan beberapa ibu bapa terpaksa membayar lebih dari RM3000 untuk mendapatkan tiket penerbangan esok hari agar anak-anak mereka masih dapat menyertai pertandingan, walaupun dengan kos tambahan yang besar.

Beberapa ibu bapa lain pula terpaksa menarik diri kerana tidak mampu menanggung kos tambahan yang begitu tinggi, walaupun kos keseluruhan untuk menyertai kejohanan ini tidak melebihi RM1500 seorang.

Atlet Muda Sabah Hampir Terlepas Kejohanan Antarabangsa, Netizen Sepakat Kumpul Derma Beli Tiket

Individu ini berusaha mengumpul sumbangan RM10 demi bantu pelajar terlepas penerbangan

Namun, terdapat sinar harapan apabila Riniejene Anthony, seorang individu dari Sabah, memulakan usaha untuk mengumpulkan sumbangan serendah RM10 bagi membantu peserta yang terlepas penerbangan. Usaha ini telah mendapat sambutan hangat dan kini hampir separuh daripada jumlah yang diperlukan telah terkumpul.

Dalam masa yang singkat, Sabah dan Sarawak telah menunjukkan semangat kesatuan yang tinggi untuk membantu peserta yang terkesan. Semoga sumbangan ini dapat membantu mereka ke Kuala Lumpur dan menyaksikan kejayaan Sabah di pentas Kejohanan Taekwondo Antarabangsa Hwarang Warrior 2024. Sabah, komonnnn!

Baca juga artikel menarik di bawah:

Pernah Cuba Banyak Pekerjaan, Lelaki Di Sarawak Ini Kongsi Kisah Inspirasi Untuk Orang Ramai
[VIDEO] Dapat Tahu Rumah Terbakar Di Kuching, Netizen Sayu Lihat Insan OKU Ini Cari Ibunya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Permohonan UPU ONLINE Dibuka Hari Ini Permohonan UPU ONLINE Dibuka Hari Ini
Next Article Netizen Geram Influencer China Ini Selar Orang Semporna Tak Fasih Mandarin

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?