• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

‘Maharaja’ Soloz Pecah Rekod, Orang Malaysia Pertama Dipilih Jadi Suara Latar Emote Mobile Legend

Oleh
Ismail NA
27 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Hero suara Soloz ini edisi terhad tau!

‘Maharaja’ Soloz Pecah Rekod, Orang Malaysia Pertama Dipilih Jadi Suara Latar Emote Mobile Legend. Jika anda merupakan peminat permainan telefon pintar, mustahil jika anda tidak mengenali streamer paling popular di Malaysia iaitu Soloz. Soloz yang kini mempunyai 2.5 juta pengikut di laman Facebook dan 1.46 juta pengikut di Youtube kini dikhabarkan menjadi rakyat Malaysia pertama dipilih menjadi suara latar untuk salah sebuah karakter emote dalam permainan Mobile Legend Bang Bang.

Bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-64, pihak pembangun permainan Mobile Legends telah memilih Soloz selaku streamer nombor 1 negara untuk dijadikan suara eksklusif karakter emote Badang.

'Maharaja' Soloz Pecah Rekod, Orang Malaysia Pertama Dipilih Jadi Suara Latar Emote Mobile Legend
Soloz atau nama sebenarnya, Fariz Zakaria. Sumber : FB Soloz

Rakyat Malaysia pertama jadi suara latar dalam permainan kegilaan remaja di dunia

Lebih membanggakan, Soloz merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang menyumbangkan suaranya untuk salah satu karakter dalam permainan mobil ‘wajib ada’ untuk anak muda di negara ini!

Bukan itu sahaja, karakter emote Badang yang bakal dipadankan dengan suara Soloz ini akan ditampilkan dengan elemen tambahan iaitu elemen kibaran bendera Jalur Gemilang. Badang merupakan karakter hero yang diangkat dari kisah legenda rakyat Malaysia dan dijadikan sebagai salah satu karakter rasmi dalam permainan Mobile Legends Bang Bang pada Januari 2019.

'Maharaja' Soloz Pecah Rekod, Orang Malaysia Pertama Dipilih Jadi Suara Latar Emote Mobile Legend

Emote Badang edisi terhad suara Soloz ini boleh didapatkan secara percuma bermula 26 Ogos sehingga 1 September 2021. Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu log masuk ke platform permainan tersebut di telefon pintar anda dan tebus emote tersebut.

'Maharaja' Soloz Pecah Rekod, Orang Malaysia Pertama Dipilih Jadi Suara Latar Emote Mobile Legend
‘Maharaja’ Soloz Pecah Rekod, Orang Malaysia Pertama Dipilih Jadi Suara Latar Emote Mobile Legend

Selain emote rare ini, anda juga boleh mendapatkan Kad Percubaan Skin dan Kad BP Berganda secara percuma.

Peminat tegar Soloz, jangan lepaskan peluang ini dan anda boleh bermegah dengan rakan anda menggunakan emote bersuara idola anda!

Sebelum era kegemilangan Mobile Legend dan seangkatan dengannya, pernahkah anda bermain permainan ini? Klik pautan di bawah untuk membaca :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Isu Pekerja Positif Dipaksa Turun Kerja, Polis Sarawak Gesa Mangsa Tampil Buat Laporan Polis
Next Article ‘Badang’ Sarawak, Bonnie Bunyau Rangkul Emas Pertama Untuk Malaysia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?