• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bagaikan Jackpot, Nelayan Bertuah Ini Peroleh Ikan Empurau 16.5 Kg Di Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
9 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Boleh makan besar ni nanti!

Bagaikan Jackpot, Nelayan Bertuah Ini Peroleh Ikan Empurau 16.5 Kg Di Sarawak. Siapa saja yang tidak mengetahui ikan kayangan termahal di Malaysia yang harganya boleh mencecah gaji sebulan ini.

Ikan empurau atau nama saintifiknya Tor tambroides, merupakan sejenis spesis ikan bersisik tebal yang hanya boleh didapati di kawasan sungai bersih dan memakan buah-buahan liar yang jatuh ke sungai.

Bagaikan Jackpot, Nelayan Bertuah Ini Peroleh Ikan Empurau 16.5 Kg Di Sarawak
Bagaikan Jackpot, Nelayan Bertuah Ini Peroleh Ikan Empurau 16.5 Kg Di Sarawak. Kredit gambar: The Borneo Post

Berjaya memperoleh ikan Empurau dengan berat 16.5 Kg

Dilaporkan seorang nelayan bertuah dari Sarawak ini telah berjaya memperoleh ikan Empurau dengan berat mencecah 16.5 Kg pada Sabtu lalu.

Menurut Firstelly Anthony, dia menjaring ikan tersebut bersama abangnya di Sungai Katibas. Ikan tersebut kemudiannya dijual kepada pembeli di bazar Song namun harga jualannya tidak didedahkan.

Spesis ikan Empurau ini amat sukar ditemui kerana ia hanya hidup di kawasan sungai dengan aliran air yang deras.

Bagaikan Jackpot, Nelayan Bertuah Ini Peroleh Ikan Empurau 16.5 Kg Di Sarawak
Kredit foto: SAYS
Bagaikan Jackpot, Nelayan Bertuah Ini Peroleh Ikan Empurau 16.5 Kg Di Sarawak
Kredit gambar: Borneo Media Solutions

Rasa enak penuh lemak

Rahsia bagi keenakan isi ikan Empurau ini pula adalah diet pemakanannya di mana makanan ruji ikan ini adalah buah engkabang jantung. Tak hairanlah rasa ikan ini penuh dengan lemak!

Di Sarawak ikan Empurau menjadi santapan istimewa harga kayangan namun di Sumatera Indonesia, ikan ini dianggap suci dan tidak boleh dimakan.

Ketahui lebih lanjut lagi mengenai ikan Empurau di sini:

Sekilo Cecah Ribuan Ringgit, Ikan Empurau Adalah Ikan Paling Mewah di Malaysia
Harga Beribu Di Malaysia, Ikan Empurau Dianggap Suci Dan Tidak Dimakan Di Sumatera Indonesia
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Video 2 Pelajar Sekolah Menyeberang Sungai Menggunakan Tali Dan Tong Di Sabah, Netizen Pertikaikan ‘Kemajuan’
Next Article Video TikTok Pelajar Sekolah Di Keningau Menyantuni Pengawal Keselamatan Dapat Pujian Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?