• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bagaimana Pemain Bola Sepak Korea Ini Begitu Fasih Cakap Sabah?

Oleh
Ismail NA
20 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Dah macam orang Sabah bah!

Bagaimana Pemain Bola Sepak Korea Ini Begitu Fasih Cakap Sabah? Pernah tular tahun lalu selepas rembatan gol jarak jauhnya mendapat perhatian FIFA, nama Park Tae Su mula meledak dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

Isi Isi Penting
  • Dah macam orang Sabah bah!
  • Nama Melayunya adalah ‘Karim Park’
  • Mudah belajar Bahasa Melayu sebab banyak perkataan yang berbunyi hampir sama dengan perkataan Korea
  • Minat tomyam udang
  • Macam mana boleh dapat nama ‘Karim Park’?

Namun demikian, nama pemain bola sepak asal Korea ini benar-benar meletup selepas beliau muncul dalam wawancara dan berbahasa Melayu dengan begitu lancar!

Bagaimana Pemain Bola Sepak Korea Ini Begitu Fasih Cakap Sabah?
Park Tae Su, pemain bola sepak Korea Selatan di Sabah FC. Kredit foto: Aswadi Alias via HMetro

Nama Melayunya adalah ‘Karim Park’

Park Tae Su, atau digelar sebagai ‘Karim’ dalam kalangan rakan sepasukan dan peminat merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang berasal dari Incheon, Korea Selatan. Beliau beraksi bersama pasukan Sabah FC dalam saingan Liga Super Malaysia sejak musim 2018/2019 yang lalu.

Menerusi wawancaranya bersama Youtube Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Astro Arena tahun lalu, siapa sangka ‘oppa Korea’ ini juga rupanya begitu fasih berbahasa Melayu loghat Sabah! Malah, setiap soalan yang diajukan oleh wartawan atau hos juga lancar dijawab menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia.

Menceritakan tentang bagaimana asal usulnya beliau fasih berbahasa Melayu, Tae Su yang mula menjejakkan kaki ke Sabah ingin mempelajari bahasa rakyat tempatan bagi memudahkannya berkomunikasi.

Mudah belajar Bahasa Melayu sebab banyak perkataan yang berbunyi hampir sama dengan perkataan Korea

Hal ini juga kerana beliau hanya memiliki kemahiran berbahasa Korea pada waktu itu dan tidak mahir bertutur dalam Bahasa Inggeris. Jadi, bagi mengatasi kekangan berkenaan, beliau berazam untuk mempelajari Bahasa Melayu.

Tae Su mengakui bahawa Bahasa Melayu juga agak mudah untuk dipelajari kerana terdapat beberapa perkataan Melayu yang kedengaran sama seperti Bahasa Korea. Disebabkan beliau tinggal di Sabah, maka Bahasa Melayunya memiliki loghat Sabah yang agak pekat.

Bagaimana Pemain Bola Sepak Korea Ini Begitu Fasih Cakap Sabah?
Bagaimana Pemain Bola Sepak Korea Ini Begitu Fasih Cakap Sabah? Sumber: IG @taesu28

Minat tomyam udang

Ditanya tentang makanan kegemarannya sepanjang menetap di Sabah, pemain bahagian pertahanan dan ‘centre-back’ Sabah FC ini menggemari hidangan tomyam terutamanya tomyam udang. Mungkin kerana rasa masam-masam yang mengingatkan beliau dengan citarasa makanan rumah di Korea Selatan.

Selain itu, beliau juga bermain golf bersama isterinya pada masa lapang meskipun mengakui bahawa beliau tidak begitu arif dengan sukan tersebut.

Macam mana boleh dapat nama ‘Karim Park’?

Bercakap mengenai gelaran ‘Karim’ yang melekat padanya sehingga kini, pemain berusia 33 tahun ini menceritakan bahawa gelaran tersebut diberikan oleh CEO Sabah FC sewaktu sesi ‘briefing’ sempena permulaan musim 2021.

"Saya baru bangun lepastu kawan dan pengurusan text saya, ini tweet FIFA". 🤣 🤣 😍

Rembatan deras Park Tae Su mendapat respon di media sosial persekutuan bola sepak antarabangsa (@FIFAcom @brfootball) 🔥🔥🔥@SabahFCofficial pic.twitter.com/URMeW8EYlk

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 28, 2021

Pasukannya turut menggunakan nama tersebut dalam hantaran di Instagram menyebabkan penyokong-penyokongnya turut menggelarnya dengan nama Melayu, ‘Karim Park’.

Park Tae Su kini sudah menetap di negeri di bawah bayu itu selama hampir 4 tahun sekarang bersama isteri dan anaknya. Malah, beliau juga menganggap bahawa Sabah seperti rumah keduanya selepas Korea Selatan.

Bagaimana Pemain Bola Sepak Korea Ini Begitu Fasih Cakap Sabah?
Sumber: IG @taesu28

Anda juga boleh mengikuti perkembangan Park Tae Su di laman Youtube peribadi beliau di pautan berikut: Youtube KARIM PARK 카림박

Kenali juga pemain bola sepak berdarah Sarawak yang mula menempa nama di benua Eropah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Keunikannya Digemari Ramai, Kenali 4 Jenis Durian Hutan Di Borneo Keunikannya Digemari Ramai, Kenali 4 Jenis Durian Hutan Di Borneo
Next Article Diadakan Pada Hujung Minggu Ini, Jom Ke Food Festival Yang Berlangsung Di The Hills! Diadakan Pada Hujung Minggu Ini, Jom Ke Food Festival Yang Berlangsung Di The Hills!

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?