I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Kenali Ashman Rizal, Pemain Bola Sepak Sarawak Yang Kini Berkelana Di Eropah
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Ashman Rizal, Pemain Bola Sepak Sarawak Yang Kini Berkelana Di Eropah

Last updated: 02/07/22 4:07 PM
Husna Hazmi
Kongsi
4 Min Bacaan
Kongsi

Semoga maju jaya Ashman Rizal!

Kenali Ashman Rizal, Pemain Bola Sepak Sarawak Yang Kini Berkelana Di Eropah. Anak kelahiran Sarawak, Ashman Rizal merupakan antara pemain bola sepak terbaru di Malaysia yang sedang mengembara di luar negara. Dilahirkan pada tahun 2008 di Miri, Ashman menetap di Bandaraya tersebut sehingga berusia 8 tahun sebelum berpindah ke Denmark kerana bapanya telah mendapat tawaran pekerjaan di sana.

Menurut bapa Ashman, oleh kerana minatnya yang mendalam terhadap sukan bola sepak, dia mencuba untuk menyertai sebuah kelab Superliga Denmark, Esbjerg fb dan diterima masuk kerana bakatnya. Ashman telah bermain bola sepak bersama kelab tersebut seawal usia 9 tahun!

Kenali Ashman Rizal, Pemain Bola Sepak Sarawak Yang Kini Berkelana Di Eropah
Kenali Ashman Rizal, Pemain Bola Sepak Sarawak Yang Kini Berkelana Di Eropah. Kredit gambar: JNET PHOTOGRAPHY. Diperoleh dari sumber: Bapa Ashman

Kelab bola sepak terkenal di Denmark

Memegang posisi pertahanan, anak muda ini beraksi dalam liga bawah 15 tahun dalam pasukan Esbjerg fB yang merupakan antara kelab bola sepak terkenal di Denmark dan sedang bersaing di liga divisyen kedua negara tersebut.

Buat pengetahuan anda, antara pemain bola sepak terkenal yang pernah bermain bersama pasukan ini adalah bekas pemain pasukan bola sepak terkenal dunia Real Madrid, Rafael van der Vaart dan penjaga gol Newcastle United FC, Martin Dubravka.

Apa yang lebih menarik adalah, kelab ini juga telah menghasilkan beberapa orang pemain yang berjaya mewakili pasukan kebangsaan Denmark di Piala Dunia seperti Martin Braithwaite yang kini bersama pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona!

Kelab ini dimiliki oleh pelabur terkenal Eropah, Chien Lee, merupakan seorang ahli perniagaan, beliau juga turut memiliki beberapa kelab lain sekitar Eropah yang terkenal seperti AS Nancy di Perancis dan Barnsley di England.

Kenali Ashman Rizal, Pemain Bola Sepak Sarawak Yang Kini Berkelana Di Eropah
Sumber foto: Baapa Ashman

Tekun mengasah bakat dalam sukan bola sepak

Tekun mengasah bakat dalam sukan bola sepak, Ashman berlatih secara purata 3 kali seminggu dan pada hujung minggu pula beliau akan bermain untuk perlawanan liga di bandar/pekan lain di Denmark. Selain itu, Ashman juga diberikan pendedahan awal kepada Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa di mana pengalaman terkini bagi dirinya adalah di Holland, Arnhem Football Cup 2022.

Kini menyambung pelajarannya di International Baccalaureate (IB) Middle Years, anak muda kelahiran Miri ini juga fasih berbahasa Inggeris, Mandarin, Denmark dan boleh juga bertutur asas bahasa Sepanyol!

Kenali Ashman Rizal, Pemain Bola Sepak Sarawak Yang Kini Berkelana Di Eropah
Ashman Rizal (kiri) bersama pemain prolifik Sarawak, Joseph Kallang Tie. Kredit foto: Twitter @harimau_abroad & @itsarifraf

Memegang azam bermain bersama pasukan bola sepak negara

Pada suatu hari kelak, Ashman memegang azam bermain bersama pasukan bola sepak negara dan baru-baru ini ketika Ashman ke tanah air dia berpeluang berjumpa pemain bola sepak terkenal Malaysia iaitu Joseph Kalang Tie dalam sesi latihan bersama Kuching City FC.

Peluang untuk beraksi di kelab Eropah ini boleh dijadikan sebagai ‘batu loncatan’ kepada pemain muda di negara kita untuk meningkatkan kualiti permainan yang dimiliki oleh mereka.

Dalam masa yang sama, situasi ini juga akan memberikan kelebihan kepada pasukan negara dalam mencari pemain yang mampu menggalas cabaran di kejohanan-kejohanan antarabangsa nanti.

Lagi di sini cerita menarik buat anda:

SUMBER : Harimau Malaya
Husna Hazmi 2 Julai 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menyediakan Pelbagai Hidangan Western Grill, Tempat Makan Toko Daging Di Satok Ini Digemari Ramai! Menyediakan Pelbagai Hidangan Western Grill, Tempat Makan Toko Daging Di Satok Ini Digemari Ramai!
Next Article Lagenda Nkadis Nyiruk, Roh Mengamuk Dijadikan Belalang Legenda Bidayuh Nkadis Nyiruk, Amarah Roh Pelindung 7 Beradik Mati Dipenggal

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Cerita Borneo

Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Fasih 5 Bahasa Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda Dari Sabah Ini Buat Netizen Terpegun

7 Ogos 2022
"Demam Kunafa", Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan
Cerita Borneo

‘Demam Kunafa’, Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?