• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bagi Mencegah Varian Baharu COVID-19, Sarawak Laksanakan Sekatan Masuk Ke Atas 5 Negara

Oleh
Husna Hazmi
27 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Sarawak telah memutuskan untuk menyekat kemasukan pengembara dari lima negara itu dalam tempoh 30 hari.

Bagi Mencegah Varian Baharu COVID-19, Sarawak Laksanakan Sekatan Masuk Ke Atas 5 Negara. Dilaporkan bahawa, Sarawak telah melaksanakan sekatan kemasukan pengembara dari India, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan Pakistan berkuat kuasa 26 May 2021, iaitu semalam.

Bagi Mencegah Varian Baharu COVID-19, Sarawak Laksanakan Sekatan Masuk Ke Atas 5 Negara
Bagi Mencegah Varian Baharu COVID-19, Sarawak Laksanakan Sekatan Masuk Ke Atas 5 Negara

Perkara ini dilakukan bagi mencegah penularan varian baharu COVID-19

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan berkata, perkara ini dilakukan bagi mencegah penularan varian baharu COVID-19.

“Bagi mencegah jangkitan Variant of Concern (VOC) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), JPBN Sarawak telah memutuskan untuk menyekat kemasukan pengembara dari lima negara itu dalam tempoh 30 hari berkuat kuasa 26 Mei 2021,” menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan empat (4) kluster baharu iaitu di Daerah Kuching(3) dan Saratok (1). Jumlah kluster yang masih aktif pula adalah sebanyak 87 kluster dan 14 kluster telah merekodkan 95 penambahan kes baharu manakala 73 kluster tidak merekodkan penambahan kes.

Bagi Mencegah Varian Baharu COVID-19, Sarawak Laksanakan Sekatan Masuk Ke Atas 5 Negara

PDRM telah mengeluarkan sebanyak 23 kompaun

Manakala, pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 23 kompaun di daerah Kuching (13), Bintulu (7), Padawan (2) dan Simunjan (1) kerana telah melanggar SOP seperti berikut:

  1. Keluar rumah selepas jam 8.00 malam (7)
  2. Berada dalam premis yang beroperasi lebih masa (6)
  3. Tidak mendaftar sebelum masuk premis (6)
  4. Tidak mengimbas MySejahtera (1)
  5. Keluar dari kawasan PKPD tanpa kebenaran (1)
  6. Tidak megemaskini buku daftar pelanggan (1)
  7. Premis beroperasi lebih masa (1)

Kita jaga kita.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Sarawak Kekal Berfungsi, Keputusan Bubar DUN Tertakluk Kepada YDP Agong Dan TYT
Next Article “Kain Buruk, Alas TV Tahun 70-an” Influencer Buat Jenaka Menghina Ngepan Iban Tampil Mohon Maaf

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?