I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: “Kain Buruk, Alas TV Tahun 70-an” Influencer Buat Jenaka Menghina Ngepan Iban Tampil Mohon Maaf
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

“Kain Buruk, Alas TV Tahun 70-an” Influencer Buat Jenaka Menghina Ngepan Iban Tampil Mohon Maaf

Nur Afifah 27 Mei 2021
Kongsi
7 Min Bacaan
Kongsi

Influencer lelaki berkenaan dikatakan membuat jenaka yang tidak kena pada tempat.

“Kain Buruk, Alas TV Tahun 70-an” Influencer Buat Jenaka Menghina Ngepan Iban Tampil Mohon Maaf. Isu berkenaan budaya dan adat adalah sesuatu yang sememangnya sensitif dan tidak boleh dibuat jenaka kerana ia melambangkan identiti sesuatu bangsa. Perbuatan membuat jenaka yang tidak sensitif boleh dikatakan sebagai sesuatu yang menghina sesuatu kaum atau bangsa yang memilikinya, sekaligus menampakkan bahawa seseorang itu tidak menghormati sensitiviti kaum.

Semalam, tular satu muat naik video di IG Story milik sepasang suami isteri bergelar influencer yang dikatakan menghina pakaian tradisi wanita kaum Iban Sarawak iaitu Ngepan Iban. Melalui video yang berdurasi 1 minit itu, si suami mengusik isterinya yang sedang dipersiapkan dengan Ngepan Iban.

Namun demikian, jenaka yang dibuat oleh si suami sangat sensitif dan seolah-olah menghina pakaian tradisi tersebut.

"Kain Buruk, Alas TV Tahun 70-an" Influencer Buat Jenaka Menghina Ngepan Iban Tampil Mohon Maaf
“Kain Buruk, Alas TV Tahun 70-an” Influencer Buat Jenaka Menghina Ngepan Iban Tampil Mohon Maaf

“Kain buruk buat alas mesin basuh, alas TV tahun 70-an”

Antara ayat yang disebut oleh si suami adalah “kain buruk alas mesin basuh” yang merujuk kepada kain anyam Pua Kumbu, dan “alas TV tahun 70-an” yang merujuk kepada tango yang dipakai oleh isterinya. Bukan itu sahaja, si suami turut mengusik isterinya tentang duit syiling (merujuk kepada sementing buchai) yang tidak disimpan di dalam poket tetapi digunakan sebagai hiasan di pinggang. Lebih dari itu, si suami juga turut menggelar kain yang dililit pada pinggang isterinya sebagai tali pinggang pengakap.

So mamat melayu yang kawin dengan minah korea tu have the audacity hina pakaian tradisi org iban
Ni dh bukan cultural appropriation ni dah menghina.Golongan ni yang still fikir org sarawak duduk atas pokok, pakai cawat and held back..Fuck you @ryzalibrahim pic.twitter.com/GmmNX2RXoh

— fabianrossi (@fabian_rossi21) May 26, 2021

Ngepan Iban busana tradisi Iban yang sangat terperinci dan bernilai tinggi

Kata-kata ini jelas sekali memperlekehkan dan mempersendakan pakaian masyarakat Iban Sarawak yang sebenarnya sangat bermakna untuk masyarakat Iban, sarat dengan perincian dan aksesori yang tidak terhafal, bahkan oleh warga Iban sendiri.

Usikan tersebut juga diselangi dengan tawa-tawa nakal daripada mereka yang berada di bilik persalinan tersebut.

Berikutan muat naik videonya yang tular dan mendapat kecaman netizen tidak berapa lama kemudian, influencer berkenaan yang dinamakan sebagai Duriankimchi akhirnya menurunkan video tersebut dan lantas membuat permohonan maaf atas perbuatannya yang tidak disengajakan.

Namun demikian, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

View this post on Instagram

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

“Aksesori dia tu pun kalau original, lagi mahal daripada emas,” – Netizen

Netizen tetap mengutuk perbuatan influencer tersebut yang tidak sensitif dengan budaya di Malaysia. Bukan itu sahaja, si suami yang merupakan warganegara Malaysia juga sepatutnya menunjukkan contoh dan teladan yang terbaik, apatah lagi isterinya merupakan warga luar negara iaitu Korea. Sekurang-kurangnya memberikan info dan pendedahan yang baik kepada isterinya serta peminatnya untuk menghargai pakaian tradisi salah satu masyarakat peribumi di Malaysia.

Isu ini bukan sahaja menjadi bualan dan kecaman masyarakat Iban sahaja tetapi juga masyarakat lain di Semenanjung yang turut tidak bersetuju dengan tindakan influencer tersebut. Kontroversi ini menjadi bualan hangat netizen hari ini sehingga ia menjadi kata kunci sohor kini di laman media sosial Twitter. Tidak kurang juga coretan panjang segelintir individu yang bersuara tentang hal ini di laman Facebook.

"Kain Buruk, Alas TV Tahun 70-an" Influencer Buat Jenaka Menghina Ngepan Iban Tampil Mohon Maaf
Sumber : IG Francisca Luhong James
"Kain Buruk, Alas TV Tahun 70-an" Influencer Buat Jenaka Menghina Ngepan Iban Tampil Mohon Maaf
Sumber : IG lyssa.jean_

"Kain buruk, Langsir, Tikar mengkuang, Kain alas TV, Tali Pinggang Pengakap" adalah antara perkataan yang diungkapkan…

Posted by Jess Ibie on Wednesday, May 26, 2021

Ini gambar saya diapit oleh anak anak murid saya yang berbangsa iban sebelum mereka menari tarian ngajat dalam satu…

Posted by Cikgu Emmet Menulis on Wednesday, May 26, 2021

Rude gila. Iban people didn't make that beautiful piece of traditional clothing, for you to call it kain buruk. It's literally not that hard to respect each other's culture https://t.co/bzTUvtfHx9

— πŸ§šβ€β™€οΈ (@peaxhy_vibes06) May 26, 2021

im not an iban myself but i grew up seeing my friends and relatives wearing this majestic piece of attire which cost at least 10k for one set & his audacity to call this kain buruk or alas meja ????? yikes baju ni lagi mahal dari attitude dia https://t.co/5HJikevoYK

— night | GA on πŸ“Œ (@sunsetvernon) May 27, 2021

Ryzal Ibrahim just awakened the wrath of the headhunters' descendants. Insulting the Ngepan will be his biggest nightmare.

Nobody in the Land of Hornbill will ever forget today.

P/s My kain buruk Pua Kumbu made by my late ini' Merirai has benang emas woven into it. #Iban

— Joycee Phillipe (@JoyceePhillipe) May 26, 2021

sumpah sik lawak πŸ‘ŽπŸ»πŸ‘ŽπŸ»πŸ‘ŽπŸ» your words simply reflect you, so disrespectful πŸ‘ŽπŸ»πŸ‘ŽπŸ» im not an Iban but im living on the same land with them here. u gotta stfu when u know nothing on our culture https://t.co/eZZzOUJLGo

— Dia πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ (@nnadianasir) May 26, 2021

This is so rude and insensitive.

Malaysia is not all about Malays, Chinese and Indians. There are 27 other ethnic groups (Iban being one of the major groups) in Sarawak and 32 ethnic groups in Sabah. Learn to respect every culture. https://t.co/cdV9jbkMgF

— sr πŸ‡΅πŸ‡Έ (@sabrinaricky_) May 26, 2021

Perkara ini tentunya menjadi pengajaran buat semua influencer mahupun individu yang berpengaruh di luar sana agar sentiasa menjaga tutur kata dan sensitiviti. Perkara berkaitan dengan adat dan budaya kaum tidak seharusnya dijadikan jenaka, apatah lagi konten untuk meraih perhatian orang ramai di luar sana.

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut tentang Ngepan Iban Sarawak dan Kain Pua Kumbu di sini :

Nur Afifah 27 Mei 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bagi Mencegah Varian Baharu COVID-19, Sarawak Laksanakan Sekatan Masuk Ke Atas 5 Negara
Next Article Langgar SOP PKPB, Pemilik Gym Dan 12 Pelanggan Dikenakan Kompaun Langgar SOP PKPB, Pemilik Gym Dan 12 Pelanggan Dikenakan Kompaun

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Ajuk Trademark Penjual Di Indian Street, Ramai Boleh ‘Relate’ Dengan Video TikTok Lelaki Ini

11 Ogos 2022
'Terbang Duit', Kereta Bersusun Kena 'Clamp' Di Poli Kuching Ini Raih Perhatian Netizen
Cerita Borneo

‘Terbang Duit’ – Kereta Bersusun Kena ‘Clamp’ Di Poli Kuching Raih Perhatian Netizen

11 Ogos 2022
Cerita Borneo

10 Pantang Larang Masyarakat Cina Yang Perlu Anda Tahu Semasa Perayaan Hantu Lapar

11 Ogos 2022
Cerita Borneo

Pernah Dikenakan Sekatan, Kelab Bola Dari Borneo Ini Sudah 4 Bulan Tak Bayar Gaji Pemain

11 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?