• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Sarawak Kekal Berfungsi, Keputusan Bubar DUN Tertakluk Kepada YDP Agong Dan TYT

Oleh
Ismail NA
25 Mei 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Kuasa pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak kini terletak di bawah Yang Di-pertuan Agong serta Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak.

Kerajaan Sarawak Kekal Berfungsi, Keputusan Bubar DUN Tertakluk Kepada YDP Agong Dan TYT. Mengikut Perlembagaan Negeri Sarawak, 6 Jun 2021 merupakan tarikh tamat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk penggal semasa. Oleh yang demikian, pada waktu normal, DUN ini haruslah dibubarkan dan pilihan raya mestilah diadakan dalam tempoh masa 60 hari selepas tarikh pembubaran.

Isi Isi Penting
  • Kuasa pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak kini terletak di bawah Yang Di-pertuan Agong serta Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak.
  • Tarikh pembubaran kelak adalah berdasarkan kebijaksanaan YDPA bersama TYT atas nasihat pelbagai pihak
  • Kerajaan Sarawak sedia ada akan kekal berfungsi seperti biasa
  • Baca juga perkembangan lain;

Namun demikian, melihat kepada situasi pandemik COVID-19 yang semakin meruncing, kerajaan Sarawak hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut. Kerajaan semasa iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui oleh YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-pertuan Agong hari ini secara maya.

Melalui perjumpaan tersebut, Ketua Menteri telah menyembah maklum akan pembubaran DUN Sarawak yang sepatutnya berlangsung pada 6 Jun 2021 ini. Turut hadir adalah Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Dr. James Jemut Masing, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Dato Sri Professor Dr. Sim Kui Hian dan Dato Sri Tiong King Sing.

Kerajaan Sarawak Kekal Berfungsi, Keputusan Bubar DUN Tertakluk Kepada YDP Agong Dan TYT
Kerajaan Sarawak Kekal Berfungsi, Keputusan Bubar DUN Tertakluk Kepada YDP Agong Dan TYT
Foto : Ihsan Pejabat Ketua Menteri Sarawak

Tarikh pembubaran kelak adalah berdasarkan kebijaksanaan YDPA bersama TYT atas nasihat pelbagai pihak

Namun demikian, susulan pengisytiharan Darurat pada 11 Januari 2021 sehingga 1 Ogos 2021, kuasa pembubaran tersebut tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasa YDPA setelah berunding dengan TYT berdasarkan Perkara 13 dan Perkara 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Maka, tarikh pembubaran yang difikirkan sesuai kelak adalah berdasarkan kebijaksanaan YDPA dan TYT Negeri Sarawak setelah menerima nasihat daripada pihak Peguam Negara, SPR, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

Kerajaan Sarawak Kekal Berfungsi, Keputusan Bubar DUN Tertakluk Kepada YDP Agong Dan TYT

Kerajaan Sarawak sedia ada akan kekal berfungsi seperti biasa

Buat sementara waktu ini, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDPA telah memberi saranan agar kerajaan negeri sedia ada berfungsi seperti biasa dengan kuasa di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 memandangkan keadaan COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Langkah ini semestinya adalah langkah yang betul dan tepat. Sebarang pilihan raya pastinya akan merisikokan pengorbanan dan usaha semua pihak untuk membendung pandemik ini daripada terus menular.

Baca juga perkembangan lain;

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya 2 Kali Setahun, Nantikan Fenomena Istiwa A’dzam 28 Mei Ini Untuk Anda Atur Kembali Arah Kiblat
Next Article Bagi Mencegah Varian Baharu COVID-19, Sarawak Laksanakan Sekatan Masuk Ke Atas 5 Negara

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?