• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Bagi Merasmi Pembangunan Ibu Kota Baru Indonesia, Jokowi Ketuai Ritual Kendi Nusantara

Oleh
Nazihah AN
15 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Bagi Merasmi Pembangunan Ibu Kota Baru Indonesia, Jokowi Ketuai Ritual Kendi Nusantara

Upacara ritual Kendi Nusantara ini diadakan di Titik Kosong, Kalimantan Timur

Bagi Merasmi Pembangunan Ibu Kota Baru Indonesia, Jokowi Ketuai Ritual Kendi Nusantara. Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo, mengetuai upacara ritual Kendi Nusantara pada Ahad di Titik Kosong, Kota Nusantara, yang terletak di Kalimantan Timur.

Presiden Indonesia Joko Widodo, lebih dikenali sebagai Jokowi, telah menyempurnakan ritual ‘Kendi Nusantara’ di lokasi ibu kota baharu iaitu Nusantara dengan ‘menyatukan’ air dan tanah yang diambil dari 34 wilayah Indonesia.

Terdahulu, 34 Gabernor di seluruh Indonesia diminta untuk membawa air dan tanah dari 34 wilayah masing-masing. Gabernor Kalimantan Barat, Sutarmidji turut hadir serta dengan membawa air dan tanah dari garis 0 darjah khatulistiwa yang terletak di Kota Pontianak.

Bagi Merasmi Pembangunan Ibu Kota Baru Indonesia, Jokowi Ketuai Ritual Kendi Nusantara. Sumber gambar: Suara Ternate

Bagi Merasmi Pembangunan Ibu Kota Baru Indonesia, Jokowi Ketuai Ritual Kendi Nusantara
Sumber gambar : Detik.com

Ritual bersejarah itu menandakan permulaan pembangunan ibu kota baharu bagi negara Indonesia di Kalimantan Timur.

Setiap gabenor wilayah bergilir-gilir menuang air dan tanah yang mereka kumpulkan ke dalam tembaga, dan disempurnakan oleh Jokowi dengan menuangkan air dan tanah yang dibawa dari Kalimantan Timur, yang telah dibawa oleh gabenor daerah itu sendiri, Dr H Isran Noor.

Setelah upacara Kendi Nusantara selesai, aktiviti penanaman pokok dimulakan dengan menanam anak pokok yang dikumpul dari semua 34 wilayah di seluruh Indonesia.

Jokowi menanam pokok kayu merah (Shorea Leprosula) yang unik ditemui di Kalimantan Timur, dan isterinya Wanita Pertama Indonesia, Iriana Jokowi, menanam pokok Kapur (Dryobalanops Aromatica).

“Ini adalah merupakan kerja-kerja awal pembangunan Ibu Kota Nusantara dan tanah serta air disatukan di dalam Kendi tembaga akan menjadi simbol asas berdirinya Ibu Kota Baru Indonesia”
Ucapan Presiden Indonesia pada majlis tersebut.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah Mansuh Deklarasi e-Health, Hanya Perlu Tunjuk Status Vaksinasi Lengkap Di MySejahtera
Next Article Rimas Selalu Dimasukkan Dalam Group Spam Dan Pelik Di Telegram? Ini Cara Untuk Anda Hentikannya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?