• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rimas Selalu Dimasukkan Dalam Group Spam Dan Pelik Di Telegram? Ini Cara Untuk Anda Hentikannya

Oleh
Ismail NA
15 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Angol bah!

Rimas Selalu Dimasukkan Dalam Group Spam Dan Pelik Di Telegram? Ini Cara Untuk Anda Hentikannya. Anda perasan tak, kadang-kadang anda dimasukkan ke dalam group Telegram yang ‘entah apa-apa’? Memang rimas dibuatnya! Apa lagi kalau anda buka notifikasi, ingatkan mesej penting yang masuk, rupanya penuh dengan spam dan pesanan yang langsung tidak berkaitan dengan kita.

Isi Isi Penting
  • Angol bah!
  • Hanya perlu tukar di tetapan Telegram
  • Panduan bergambar untuk pengguna Android
  • Panduan bergambar untuk pengguna iOS
  • Lagi panduan berguna untuk anda:

Perkara ini membuatkan kita berfikir sejenak tentang langganan dalam talian yang pernah kita lakukan sebelum ini. Tahukah anda bahawa sebenarnya privasi dan keselamatan data anda di tahap yang berbahaya sekiranya anda mudah untuk ditambah ke dalam group yang tidak anda kenali.

Hanya perlu tukar di tetapan Telegram

Sebenarnya ada cara yang cukup mudah untuk menghentikan penambahan anda ke dalam group pelik-pelik dan spammer ini. Tak perlu block sesiapa, hanya perlu cari tetapan atau setting di aplikasi Telegram sahaja.

Dalam artikel kali ini, kami kongsikan cara bagaimana anda boleh menghalang daripada dimasukkan secara membuta tuli oleh orang tidak anda kenali di group Telegram. Ikuti langkah mudah seperti berikut;

CARA HENTIKAN KEMASUKAN TANPA SEDAR KE GROUP TELEGRAM
Buka aplikasi Telegram
Cari ‘Setting’ atau ‘Tetapan’
Masuk ke ‘Privacy and Security’ atau ‘Privasi dan Sekuriti’
Tekan ‘Groups’ atau ‘Grup’
Jika anda merupakan pengguna iOS, bahagian ini dinamakan sebagai ‘Groups and Channels’ atau ‘Grup dan Saluran’.
Tukar tetapan daripada ‘Everybody’ kepada ‘My Contacts’
Selesai!

Panduan bergambar untuk pengguna Android

Rimas Selalu Dimasukkan Dalam Group Spam Dan Pelik Di Telegram? Ini Cara Untuk Anda Hentikannya
Rimas Selalu Dimasukkan Dalam Group Spam Dan Pelik Di Telegram? Ini Cara Untuk Anda Hentikannya
Rimas Selalu Dimasukkan Dalam Group Spam Dan Pelik Di Telegram? Ini Cara Untuk Anda Hentikannya
Rimas Selalu Dimasukkan Dalam Group Spam Dan Pelik Di Telegram? Ini Cara Untuk Anda Hentikannya

Panduan bergambar untuk pengguna iOS

Rimas Selalu Dimasukkan Dalam Group Spam Dan Pelik Di Telegram? Ini Cara Untuk Anda Hentikannya
Rimas Selalu Dimasukkan Dalam Group Spam Dan Pelik Di Telegram? Ini Cara Untuk Anda Hentikannya
Rimas Selalu Dimasukkan Dalam Group Spam Dan Pelik Di Telegram? Ini Cara Untuk Anda Hentikannya

Difahamkan, Telegram telah menetapkan tetapan lalai atau ‘default’ dalam mod ‘Everybody’ untuk kemasukan anda ke dalam group di aplikasi ini. Ini bermakna sesiapa sahaja yang berada di aplikasi Telegram boleh menambah anda ke dalam group mereka tanpa perlu meminta kebenaran daripada anda.

Jadi, selagi anda tak tukar tetapan tersebut, memang sampai ke sudah lah Telegram anda dipenuhi dengan group yang tidak masuk akal.

Semoga panduan ringkas ini berguna untuk anda menikmati aplikasi Telegram dengan lebih aman dan murni.

Lagi panduan berguna untuk anda:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bagi Merasmi Pembangunan Ibu Kota Baru Indonesia, Jokowi Ketuai Ritual Kendi Nusantara Bagi Merasmi Pembangunan Ibu Kota Baru Indonesia, Jokowi Ketuai Ritual Kendi Nusantara
Next Article Berlaku Pada Hari Yang Sama, Dua Kereta Di KK Jadi Mangsa Pecah Masuk Di Tempat Paling Selamat Berlaku Pada Hari Yang Sama, Dua Kereta Di KK Jadi Mangsa Pecah Masuk Di Tempat Paling Selamat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?