• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Balasan Aniaya Binatang, 4 Lelaki Dicekup Ketika Sedang Asyik Menyabung Ayam Semasa PKP Di Simunjan

Oleh
Ismail NA
10 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Jangan menyabung ayam.

Balasan Aniaya Binatang, 4 Lelaki Dicekup Ketika Sedang Asyik Menyabung Ayam Semasa PKP Di Simunjan. Ketika orang lain duduk di rumah dan sedang berusaha untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19, sekumpulan lelaki ini pula seolah-olah ‘kebal’ dari pandemik apabila sedang asyik menyabung ayam sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Jangan menyabung ayam.
  • Kesemua suspek dikompaun kerana melanggar SOP
  • Suspek sabung ayam lari setelah menghidu kehadiran anggota polis
  • Baca juga cerita berkaitan :

Menurut Ketua Polis Daerah Simunjan, DSP Nixon Joshua Ali dalam satu kenyataan hari ini, anggotanya bergegas ke lokasi tanah lapang yang dipercayai gelanggang sabung ayam di Kampung Jeragam, Sebuyau setelah menerima maklumat berkenaan aktiviti tersebut. Serbuan dilakukan pada jam 4.30 petang, 2 Jun yang lalu.

Kesemua suspek dikompaun kerana melanggar SOP

Hasil serbuan telah berjaya menangkap 4 individu lelaki yang berusia dalam lingkungan 50 hingga 76 tahun. Kesemua suspek dikenakan kompaun atas kesalahan melanggar SOP PKP, tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal.

Balasan Aniaya Binatang, 4 Lelaki Dicekup Ketika Sedang Asyik Menyabung Ayam Semasa PKP Di Simunjan
Balasan Aniaya Binatang, 4 Lelaki Dicekup Ketika Sedang Asyik Menyabung Ayam Semasa PKP Di Simunjan. Gambar hiasan

Pihak polis juga telah berjaya merampas 6 ekor ayam yang masih hidup, seekor ayam yang telah mati serta alat penimbang yang digunakan dalam kegiatan haram tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Penganiayaan Binatang 1963.

Dalam serbuan berasingan, pihak polis turut menyerbu sebuah lagi gelanggang sabung ayam di Kampung Tuba, Sebuyau pada 6 Jun yang lalu.

Suspek sabung ayam lari setelah menghidu kehadiran anggota polis

Malangnya, suspek yang terlibat dalam aktiviti tersebut dipercayai telah melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran anggota polis di lokasi sekitar jam 2.15 petang. Oleh yang demikian, pihak polis bertindak memusnahkan gelanggang sabung ayam tersebut.

Nixon turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan aktiviti sabung ayam atau mana-mana aktiviti yang melanggar SOP terutamanya semasa PKP ini. Sekiranya perkara seperti ini didapati berlaku secara berterusan, tindakan tegas akan diambil.

Aktiviti sabung ayam kebiasaannya dilakukan untuk tujuan judi haram. Bukan itu sahaja, aktiviti ini juga dianggap tidak berperikemanusiaan kerana menganiayai binatang yang tidak bersalah. Hindarkan diri anda daripada perbuatan seperti ini.

Baca juga cerita berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bahan Letupan Dibawa Meletup, Penunggang Motosikal Maut Manakala Pembonceng Cedera Parah Di Sibu
Next Article Lebih RM79,000 Lesap Dari Akaun Bank Seorang Wanita, Suspek Macau Scam Dipercayai Dari Miri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?