• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemuda Dari Pakan Yang Tular Hadiri Temuduga Ke IPTA Dalam Hutan Akhirnya Berjaya Dapat Tawaran

Oleh
Husna Hazmi
3 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Tahniah Diucapkan!

Pemuda Dari Pakan Yang Tular Hadiri Temuduga Ke IPTA Dalam Hutan Akhirnya Berjaya Dapat Tawaran. Kisah seorang pemuda dari Pakan, Sarawak yang tular baru-baru ini menjalani temuduga kemasukan universiti online dalam hutan demi capaian internet akhirnya membuah hasil setelah dia diterima memasuki IPTA idamannya iaitu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pemuda Dari Pakan Yang Tular Hadiri Temuduga Ke IPTA Dalam Hutan Akhirnya Berjaya Dapat Tawaran
Pemuda Dari Pakan Yang Tular Hadiri Temuduga Ke IPTA Dalam Hutan Akhirnya Berjaya Dapat Tawaran

Secara rasmi merupakan pelajar UPSI

Ketekunan pemuda ini demi mencapai impiannya untuk menjadi seorang guru telah mendapat perhatian Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, yang mengesahkan Frank kini secara rasmi merupakan pelajar universiti tersebut.

Frank Steward Panting Sa yang berusia 21 tahun itu merupakan anak kepada seorang petani dan merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Augustine di Betong.

Frank juga berasa amat gembira dan terharu setelah menerima berita baik di mana dirinya diterima untuk menyambung pelajaran di UPSI peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) bagi sesi 2022/2023 yang bakal bermula bulan ini.

“Saya berharap dapat mengikuti pembelajaran dengan baik dan menjadi pendidik yang berjasa kepada negara suatu hari nanti.

“Peluang melanjutkan pelajaran ini bukan sahaja untuk saya, malah keluarga terutama ayah yang banyak berkorban bagi memastikan saya dan adik-beradik lain menerima pendidikan terbaik, walaupun kami tinggal di kawasan pedalaman,” katanya.

Pemuda Dari Pakan Yang Tular Hadiri Temuduga Ke IPTA Dalam Hutan Akhirnya Berjaya Dapat Tawaran

Ayahnya berusaha mendirikan khemah di kawasan Bukit Kelingkang

Kisah Frank Steward menghadiri temuduga dalam talian itu tular di media sosial baru-baru ini selepas ayahnya berusaha mendirikan khemah di kawasan Bukit Kelingkang yang didaki mereka selama 2 jam demi memastikan anaknya itu mendapat capaian internet ketika menghadiri temuduga secara dalam talian.

Kegigihan petani itu dikongsi seorang lagi anaknya, Mario, yang juga abang kepada Frank Steward, menerusi media sosial hingga menarik perhatian ramai netizen di luar sana.

Prof Datuk Dr Md Amin juga berkata bahawa, tawaran itu memberi peluang untuk Frank menjadi seorang pendidik yang akan kembali berkhidmat di negeri kelahiran, sekali gus dapat membantu mengubah nasib dan masa depan keluarga.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Frank Steward yang memilih UPSI sebagai destinasi pengajian peringkat ijazah pertamanya dan berharap dapat belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi pelajar cemerlang,” katanya.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bahan Mentah Dibiar Terdedah, Peti Sejuk Berkulat, 16 Premis Di Bintulu Diarah Tutup Kerana Terlampau Kotor Bahan Mentah Dibiar Terdedah, Peti Sejuk Berkulat, 16 Premis Di Bintulu Diarah Tutup Kerana Terlampau Kotor
Next Article Tembikar Dalam Keadaan Sempurna, Lagi Artifak Dijumpai Di Pekarangan Balai Polis Sentral Kuching Tembikar Dalam Keadaan Sempurna, Lagi Artifak Dijumpai Di Pekarangan Balai Polis Sentral Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?