• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bahasa Kadazandusun Makin Dihargai, Cadangan Program Pendidikan Di UMS Disambut Baik

Oleh
Farisha
6 Mac 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Pelajar Sabah Bakal Ada Pilihan Baru, Cadangan Program Pendidikan Bahasa Kadazandusun Di UMS

Bahasa Kadazandusun Makin Dihargai, Cadangan Program Pendidikan Di UMS Disambut Baik. Dalam usaha memperkasa bahasa etnik di Sabah, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mencadangkan agar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menawarkan Program Pendidikan Bahasa Kadazandusun (BKD) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pada masa ini, UMS sudah menawarkan kursus Bahasa Kadazandusun kepada pelajar yang berminat, namun program khusus bagi melatih guru-guru dalam bidang ini masih belum diwujudkan.

Bahasa Kadazandusun Makin Dihargai, Cadangan Program Pendidikan Di UMS Disambut Baik
 Bahasa Kadazandusun Makin Dihargai, Cadangan Program Pendidikan Di UMS Disambut Baik. Foto oleh J. Evachel John

“Program Bahasa Kadazandusun telah tersedia di UMS, tetapi Program Pendidikan Bahasa Kadazandusun bagi melatih guru-guru masih belum ditawarkan. Oleh itu, adalah wajar jika UMS memperkenalkan program ini seperti yang telah dilaksanakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),” katanya dalam ucapan perbahasan Peringkat Jawatankuasa di bawah KPT di Dewan Rakyat.

Cadangan ini mendapat sambutan positif daripada Timbalan Menteri Pendidikan KPT, Datuk Ts. Mustapha Sakmud, yang mengakui kepentingan usaha tersebut.

“Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa komited dalam memperkasa bahasa etnik, terutama di Sabah. Cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Tuaran ini sangat baik kerana ia akan memudahkan pelajar dari Sabah untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini,” katanya.

Kajian Pemberian Biasiswa kepada Pelajar dan Guru Bahasa Etnik

Selain itu, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau turut mencadangkan agar kerajaan menawarkan biasiswa kepada pelajar dan guru bahasa yang ingin melanjutkan pengajian dalam Bahasa Etnik di peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Menurut Datuk Ts. Mustapha, cadangan ini akan diteliti secara lebih mendalam oleh pihak kementerian.

“Kementerian akan mengkaji cadangan berkenaan pemberian biasiswa kepada pelajar Bahasa Kadazandusun (BKD), Bahasa Iban, dan Bahasa Semai di UPSI. Langkah ini penting bagi memastikan kesinambungan dan perkembangan bahasa etnik di negara ini,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Kepentingan Program Pendidikan Bahasa Kadazandusun

Bahasa Kadazandusun bukan sekadar satu mata pelajaran, tetapi juga warisan budaya yang perlu dipelihara dan dikembangkan. Dengan adanya program pendidikan khusus di UMS, lebih ramai tenaga pengajar berkelayakan dapat dilahirkan, sekaligus membantu memastikan bahasa ini terus berkembang dalam kalangan generasi muda.

Cadangan ini diharapkan dapat direalisasikan bagi menyokong usaha memperkasakan bahasa dan budaya etnik di Sabah serta Malaysia secara keseluruhannya.

Baca juga artikel yang menarik:

Spesies Semut Baharu Ditemui Di Sabah, Dinamakan Sempena Pensyarah UMS
Hampir Terlepas Pendaftaran UMS, Tular Anak Petani Sabah Kini Bakal Jejak Kaki Di Universiti
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar KV Keningau Raih Anugerah Penulis Artikel Terbaik Di Majalah Nusantara Pelajar KV Keningau Raih Anugerah Penulis Artikel Terbaik Di Majalah Nusantara
Next Article Hujan Berterusan Dijangka Melanda Sabah Dan Labuan Selama Dua Hari

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?