• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Baju Bidayuh Moden Diperagakan DJ Terkenal Undang Reaksi Tidak Enak Netizen

Oleh
ILB - AI
10 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Busana tradisional, ciri khas kaum di Sarawak.

Baju Bidayuh Moden Diperagakan DJ Terkenal Undang Reaksi Tidak Enak Netizen. Malaysia khususnya negeri Bumi Kenyalang memiliki banyak suku kaum yang memiliki ciri khasnya tersendiri termasuk pakaian tradisional. Antaranya baju adat kaum Bidayuh untuk wanita di Sarawak yang dikenali sebagai jipo pendek dan skirt bidang.

Jika kita amati, busana tradisional banyak diperagakan di pentas pertandingan Ratu Cantik terutamanya pada musim perayaan. Jarang kita melihat busana tradisional ini dikenakan oleh orang awam pada hari biasa. Ini bukan bermakna kita tidak berbangga dengan warisan kesenian kita. Mungkin ada sebab tertentu ianya sukar dijadikan pakaian harian, kan?

Baju Bidayuh Moden Diperagakan DJ Terkenal Undang Reaksi Tidak Enak Netizen
Baju Bidayuh Moden Diperagakan DJ Terkenal Undang Reaksi Tidak Enak Netizen. Sumber gambar: issuu

Busana diubahsuai menjadi keriuhan netizen

Kita mesti bangga jika busana tradisional kita dikenakan oleh seseorang yang terkenal dan memiliki nama yang gah dalam bidangnya kerana dapat memberi pendedahan lebih terhadap busana itu sendiri. Namun, pasti ada yang tidak berkenan dari sudut pandang yang berbeza. Hal yang telah menjadi keriuhan di laman sosial apabila seorang DJ telah mengenakan busana tradisional namun dengan sedikit perubahan atau diubahsuai mengikut kebiasaan pemakaiannya.

DJ Soda dan busana Bidayuh, reaksi netizen berbeza-beza.

Pada mulanya, salah satu akaun peribadi Facebook milik Ahsan Ismail telah berkongsi gambar DJ Soda yang mengenakan busana tradisional Bidayuh. Cukup cantik dan manis beliau mengenakan pakaian tersebut. Namun, seperti kebiasaan. Netizen dengan pantas melakukan tugas mereka. Meneliti, memerhati dan mengkritik. Ada yang memuji ada juga yang mengeji.

Baju Bidayuh Moden Diperagakan DJ Terkenal Undang Reaksi Tidak Enak Netizen
Sumber gambar: FB Ahsan Ismail

Baju tradisional jika diubahsuai memang kita akan jangka ada pihak yang tidak sependapat. Seperti yang dikongsi oleh pemilik akaun Facebook Tracey Udos Hughes tentang tangkapan skrin perkongsian netizen yang tidak berpuas hati tentang isu ini. Melalui tangkapan skrin tersebut dapat kita lihat bahawa netizen ini tidak berpuas hati busana tradisional Bidayuh diubahsuai dan berharap pereka busana tersebut dikecam.

Baju Bidayuh Moden Diperagakan DJ Terkenal Undang Reaksi Tidak Enak Netizen
Sumber gambar: FB Tracey Udos Hughes

Bukan itu sahaja, perkongsian netizen ini juga turut membandingkan situasi ini dengan situasi Sajad, individu kontroversi Malaysia itu yang mengenakan pakaian Orang Ulu dan tidak mempersendakan pakaian tersebut.

Ada yang mengkritik, ada juga yang menerima. Bagi netizen yang menerima, mereka beranggapan bahawa rakyat kita sendiri juga ada melakukan ubahsuai terhadap busana tradisional. Kalau sebegini, adakah ini isu ubahsuai atau isu pakaian diubahsuai dan dikenakan oleh orang bukan dari kaum tersebut yang menjadi permasalahan, kan?

Baju Bidayuh Moden Diperagakan DJ Terkenal Undang Reaksi Tidak Enak Netizen
Sumber gambar: FB Christy Winnie

Kita seharusnya berbangga orang luar mahu dan tidak malu mengenakan busana tradisional kita. Sekurang-kurangnya dengan pengalamannya mengenakan busana dan hal itu diterima masyarakat, ianya dapat menjadi memori untuk dirinya sekaligus menarik orang luar yang lain untuk merasai pengalaman yang sama.

Di Borneo, pakaian tradisional salah satu identiti unik untuk melambangkan kaum masing-masing. Jadi, boleh baca artikel selanjutnya untuk mengenali lagi keunikkan yang ada di Borneo:

Kumpulan Ini Tampil Kreatif Dengan Lathi Challenge, Promosikan Pakaian Tradisional Sarawak

Guru Dari Sabah Ini Ambil Inisiatif Pelihara Pakaian Etnik Rinongkitan Berusia 100 Tahun
SUMBER :issuuFB Ahsan Ismailhttps://www.facebook.com/100001178943604/posts/pfbid0wuoCDWE2x5UurZpXa7JpLgSJ1TiPW4fcC3WxvnQZYePVBKBBdUWpEx2CVJpVUkPCl/FB Christy Winnie
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jika Bukan Kerana Peristiwa Ini, Ratu Elizabeth II Tidak Akan Pernah Naik Takhta Monarki British Jika Bukan Kerana Peristiwa Ini, Ratu Elizabeth II Tidak Akan Pernah Naik Takhta Monarki British
Next Article 'Tekstil Iban' Bawa Tuah Edric Ong Tempa Nama Sehingga Ke London Fashion Week ‘Tekstil Iban’ Bawa Tuah Edric Ong Tempa Nama Sehingga Ke London Fashion Week

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?