Ratu Elizabeth II mengakhiri hayatnya pada usia 96 tahun pada 8 September 2022
Jika Bukan Kerana Peristiwa Ini, Ratu Elizabeth II Tidak Akan Pernah Naik Takhta Monarki British. Selepas 70 tahun dan 214 hari sebagai ratu yang memerintah United Kingdom, Ratu Elizabeth II mangkat pada 8 September 2022, menjadikan Ratu Elizabeth II ratu British paling lama memerintah dalam sejarah.
Tetapi tahukah anda bahawa jika bukan sebab satu peristiwa, Ratu Elizabeth II tidak akan menjadi ratu?

Bapa Ratu Elizabeth II sepatutnya barisan kedua untuk menaiki takhta
Sejarah bagaimana keluarga terdekat Ratu Elizabeth II menjadi the reigning family bermula daripada bapanya, Raja George VI dan bapa saudaranya, Putera Edward VII.
Dilahirkan sebagai anak kedua dalam keluarga, Putera George VI boleh dianggap sebagai Putera Harry kepada Putera William jika dibandingkan dengan zaman moden. Sebagai anak lelaki kedua, baginda ialah barisan kedua untuk menaiki takhta, dengan Putera Edward VIII sebagai pewaris utama.

Meskipun anak sulung, Putera Edward VIII tidak pernah dijangka menjadi raja yang berwibawa oleh bapanya sendiri, Raja George V (datuk kepada Ratu Elizabeth II).
Malah, baginda pernah menyatakan tentang Putera Edward VIII,
Budak itu akan merosakkan dirinya dalam 12 bulan selepas kematian saya.”

Apabila Raja George V mangkat, Putera Edward VIII dijangka untuk mewarisi takhta
Apabila Raja George V mangkat pada 6 Februari 1952, Putera Edward VIII, sebagai anak sulung, dijangka untuk mewarisi takhta.
Setelah kemangkatan bapanya, Putera Edward VIII mewarisi takhta dan secara rasmi digelar Raja Edward VIII tetapi gelaran ini hanya dipegang tidak sampai setahun.

Pada masa pemerintahannya, Raja Edward VIII dikelilingi dengan kontroversi kerana hasrat baginda untuk berkahwin dengan orang biasa, seorang wanita Amerika bernama Wallis Simpson.
Perkara ini dianggap kontroversi bukan sahaja kerana Wallis Simpson bukan warganegara Britain, tetapi beliau juga pernah bercerai dua kali.
Pada zaman itu, ia dianggap tidak boleh diterima secara moral kerana perkahwinan semula selepas perceraian ditentang oleh Gereja England dan sebagai Raja, Raja Edward VIII ialah ketua gereja dan dijangka untuk menyokong ajaran gereja pada masa itu.

Menerima tentangan bukan sahaja daripada Kabinet British tetapi daripada kerajaan lain
Selain Gereja England, hasrat Raja Edward VIII untuk mengahwini Wallis Simpson juga tidak diterima oleh Kabinet British.
Meskipun mencadangkan penyelesaian alternatif di mana baginda kekal sebagai raja dan Wallis Simpson tidak akan menjadi ratu permaisuri, cadangan itu ditolak oleh Kabinet British dan kerajaan-kerajaan lain.
Walaupun mengetahui bahawa mengahwini Wallis Simpson bertentangan dengan nasihat menterinya akan menyebabkan kerajaan meletak jawatan, menyebabkan krisis perlembagaan, baginda masih tidak sanggup melepaskan wanita dicintainya.
Malah, baginda menyatakan bahawa baginda akan turun takhta jika baginda tidak boleh berkahwin dengan Wallis Simpson.

Menandatangani surat rasmi turun takhta pada 10 Disember 1936
Dengan tiada pilihan lain lagi, Raja Edward VIII memutuskan untuk turun takhta bagi berkahwin dengan Wallis Simpson.
Pada 10 Disember 1936, hanya kurang daripada 12 bulan sejak menaiki takhta pada 20 Januari 1936, Raja Edward VIII menandatangani surat rasmi turun takhta di hadapan tiga adik lelakinya, termasuk bapa Ratu Elizabeth II – dengan berkesan melepaskan status ‘raja’ dan ‘putera’ baginda serta melepaskan hak takhta kepada keturunan baginda.

Baginda juga terkenal dengan keputusannya untuk turun takhta dalam siaran radio BBC yang disiarkan seluruh dunia, menyatakan,
Saya mendapati ia adalah mustahil untuk memikul beban tanggungjawab yang berat dan melaksanakan tugas saya sebagai Raja seperti yang saya ingin lakukan tanpa bantuan dan sokongan wanita yang saya cintai.”
Edward VIII dan Wallis Simpson kemudian berkahwin dan menetap di Perancis. Pasangan itu kekal berkahwin sehingga kemangkatannya pada tahun 1972.

Bapa Ratu Elizabeth II menggantikan tugasan, dijadikan Raja England
Setelah Edward VIII turun takhta, adik lelakinya, Putera George VI, menggantikan takhta sebagai Raja George VI.
Peristiwa ini turut menjadikan anak sulungnya, Puteri Elizabeth, menjadi pewaris takhta dan perkara ini menjadi kenyataan apabila baginda menaiki takhta pada 6 Februari 1952 selepas kemangkatan Raja George VI.

Bagi Edward VIII dan isterinya, Wallis Simpson, mereka dianugerahkan gelaran Duke dan Duchess of Windsor oleh keluarga diraja Britain.
Walau bagaimanapun, gelaran ini tidak akan digunakan lagi kerana ia akan selama-lamanya dikenal pasti dengan keputusan Edward VIII untuk turun takhta pada tahun 1936 untuk berkahwin dengan Wallis Simpson.
