• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Bakal Suami Tidak Pandai Matematik, Pengantin Perempuan Sanggup Batalkan Perkahwinan

Oleh
Nazihah AN
28 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
pihak polis turut dipanggil untuk membantu mengantara keadaan.

Kadang-kadang perkara kecil seperti kemahiran matematik juga boleh menjadi sebab perkahwinan dibatalkan.

Bakal Suami Tidak Pandai Matematik, Pengantin Perempuan Sanggup Batalkan Perkahwinan. Setiap orang mempunyai jangkaan yang mereka harapkan daripada bakal pasangan mereka. Bahkan ada yang memilih dan berpegang pada senarai checklist mereka.

Baru-baru ini juga terdapat seorang pengantin perempuan yang nekad untuk membatalkan perkahwinannya apabila dapat tahu bahawa bakal suaminya tidak dapat mengira mata wang. Ini yang berlaku.

Bakal Suami Tidak Pandai Matematik, Pengantin Perempuan Sanggup Batalkan Perkahwinan
Bakal Suami Tidak Pandai Matematik, Pengantin Perempuan Sanggup Batalkan Perkahwinan. Gambar sekadar hiasan

Keluarga pengantin perempuan memutuskan untuk menguji bakal menantunya sejurus selepas mengetahui tentang kelakuan anehnya.

Seorang pengantin perempuan di Uttar Pradesh, India bergegas keluar dari majlis dan membatalkan perkahwinannya sendiri selepas mengetahui pengantin lelaki itu tidak mempunyai kemahiran matematik.

Pengantin perempuan, Rita Singh berusia 21 tahun dari Farrukhabad di India Utara berbuat demikian selepas pengantin lelaki gagal mengira beberapa keping wang kertas 10 rupee.

Menerusi laporan India Times, paderi yang bertanggungjawab dalam upacara itu memberitahu keluarga pengantin perempuan tentang kelakuan aneh pengantin lelaki tersebut. Mereka kemudian memutuskan untuk menguji bakal menantu mereka dengan memintanya mengira 30 wang kertas 10 rupee, tetapi gagal dicapainya.

Bakal Suami Tidak Pandai Matematik, Pengantin Perempuan Sanggup Batalkan Perkahwinan
Gambar sekadar hiasan

Pihak polis turut dipanggil untuk membantu mengantara keadaan.

Apabila mendapat tahu bakal suaminya gagal melakukan matematik mudah, pengantin perempuan bergegas keluar dari majlis perkahwinan. Keluarga pengantin perempuan berkata bahawa mereka tidak dimaklumkan tentang keadaan pengantin lelaki yang tidak dapat berintegrasi dalam kehidupan seperti orang lain.

Perkahwinan biasanya dilakukan dengan niat baik, dan kerana orang tengah adalah saudara terdekat, kami mempercayainya dan tidak bertemu lelaki itu. Apabila paderi memberitahu kami tentang kelakuannya yang pelik, kami memutuskan untuk mengujinya dan menawarkan wang kertas 30 Rs10 untuk dikira, yang tidak dapat dilakukannya. Rita enggan mengahwininya selepas mengetahui keadaannya,”

Mohit, abang kepada pengantin perempuan itu

Pembatalan perkahwinan oleh pengantin perempuan dan keluarganya kemudian mencetuskan perbalahan antara kedua-dua keluarga. Malah, pihak polis turut dipanggil untuk membantu mengantara keadaan. Akhirnya, pengantin perempuan tetap dengan keputusannya dan perkahwinan itu dibatalkan sepenuhnya.

Bakal Suami Tidak Pandai Matematik, Pengantin Perempuan Sanggup Batalkan Perkahwinan
Gambar sekadar hiasan

Lagi artikel menarik, anda boleh lihat pautan di bawah:

Curi Angpau Sebanyak RM10 Ribu, Anak Kembar Bertindak Untuk Saman Bapa
Hanya Tahu Memasak Mee Maggi Sahaja, Lelaki Ini Menceraikan Isterinya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelanggan Terkejut, Tikus Besar Kucing 'Bersarang' Di Celah Bungkusan Sayur Di Pasar Raya KK Pelanggan Terkejut, Tikus Besar Kucing ‘Bersarang’ Di Celah Bungkusan Sayur Di Pasar Raya KK
Next Article Ada Dua Jenis, Ketahui Beza Tarian Singa Gaya Selatan Dan Utara Ada Dua Jenis, Ketahui Beza Tarian Singa Gaya Selatan Dan Utara

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?