• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Lebih RM79,000 Lesap Dari Akaun Bank Seorang Wanita, Suspek Macau Scam Dipercayai Dari Miri

Oleh
Nazihah AN
10 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak polis

Lebih RM79,000 Lesap Dari Akaun Bank Seorang Wanita, Suspek Macau Scam Dipercayai Dari Miri. Dilaporkan bahawa seorang wanita di Ipoh kerugian sebanyak RM79,600 setelah ditipu oleh seorang anggota sindiket Macau Scam, yang mendakwa dirinya sebagai pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah.

Isi Isi Penting
  • Diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak polis
  • Mangsa menerima panggilan di tempat kerja
  • Selepas memindahkan wang deposit, suspek tidak dapat dihubungi lagi
  • Lagi di sini:

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa berusia 51 tahun ditipu oleh suspek didapati terlibat dalam penggubahan wang haram melalui panggilan telefon menggunakan nombor telefon IPK Sabah di talian 088-454222.

Lebih RM79,000 Lesap Dari Akaun Bank Seorang Wanita, Suspek Macau Scam Dipercayai Dari Miri
Lebih RM79,000 Lesap Dari Akaun Bank Seorang Wanita, Suspek Macau Scam Dipercayai Dari Miri

Mangsa menerima panggilan di tempat kerja

“Pada 4 Jun, ketika mangsa berada di tempat kerjanya, dia menerima panggilan telefon dari suspek yang memberitahunya bahawa jika dia ingin menyelesaikan masalah, dia diminta untuk melakukan pembayaran dengan segera.”

“Dari 4 Jun hingga 6 Jun, mangsa telah mengeluarkan sebanyak RM65,000 dari akaun simpanan dan meminjam 14,600 dari empat rakannya. Mangsa telah memindahkan wang tersebut di mesin deposit tunai sebanyak lapan kali dengan nilai keseluruhannya berjumlah RM79,600 di cawangan bank di Teluk Intan.” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Lebih RM79,000 Lesap Dari Akaun Bank Seorang Wanita, Suspek Macau Scam Dipercayai Dari Miri

Selepas memindahkan wang deposit, suspek tidak dapat dihubungi lagi

Menurut Ahmad Adnan, setelah mangsa memindahkan semua wang seperti yang disuruh oleh suspek, dia mendapati bahawa nombor telefon suspek tidak lagi dapat dihubungi. Beliau juga menjelaskan bahawa modus operandi suspek adalah membuat panggilan mangsa dengan menggunakan IPK Sabah untuk meyakinkannya bahawa panggilan tersebut adalah dari pihak polis.

Suspek juga mengirim nombor akaun bank untuk memindahkan wang melalui aplikasi WhatsApp menggunakan nombor telefon bimbit 011-12715059. Pemeriksaan yang dilakukan didapati bahawa lokasi telefon dan panggilan WhatsApp dibuat oleh suspek Macau Scam dari Miri, Sarawak katanya.

Tambah beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Balasan Aniaya Binatang, 4 Lelaki Dicekup Ketika Sedang Asyik Menyabung Ayam Semasa PKP Di Simunjan
Next Article Memperkenalkan Lautan Selatan, Lautan Kelima Yang Diiktiraf Sebagai Lautan Utama Dunia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?