• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Bangga Pegang Sepanduk Sokong LGBT, Netizen ‘Sekolahkan’ Geng Pelangi Ini

Oleh
ILB - AI
31 Julai 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Bangga Pegang Sepanduk Sokong LGBT, Netizen 'Sekolahkan' Geng Pelangi Ini

Orang Ramai Terkejut 7 Lelaki Bangga Pegang Sepanduk Sokong LGBT

Bangga Pegang Sepanduk Sokong LGBT, Netizen ‘Sekolahkan’ Geng Pelangi Ini. Kecoh di media sosial apabila kira-kira tujuh individu dilihat mengadakan perhimpunan aman Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di sebuah kawasan berhadapan pusat beli-belah di ibu negara.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok, @humble_chef15, difahamkan perhimpunan tersebut diadakan semalam sambil dikawal ketat oleh pihak polis yang dilihat berada di kawasan tersebut.

Bangga Pegang Sepanduk Sokong LGBT, Netizen 'Sekolahkan' Geng Pelangi Ini
Bangga Pegang Sepanduk Sokong LGBT, Netizen ‘Sekolahkan’ Geng Pelangi Ini. Kredit: Twitter

Apalah nak jadi?

Walau bagaimanapun, timbul rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai apabila mempersoalkan perhimpunan sebegitu yang dibenar untuk diadakan secara terang-terangan.

Individu-individu tersebut yang juga semuanya lelaki itu dilihat memegang sepanduk bertulis ‘Gay bukan satu jenayah. Jadi gay bukanlah jenayah’ dan ‘Tiada siapa yang boleh adili manusia kecuali Tuhan’ sambil melaungkan sesuatu.

Ada juga sepanduk dipegang bertulis ‘Ahmadi Agama keamanan dan cahaya mengutuk diskriminasi dan kezaliman terhadap orang-orang LGBT di Malaysia’.

Difahamkan, perhimpunan itu diadakan selepas kecoh adegan biadab vokalis kumpulan The 1975 yang dikecam kerana menghina undang-undang negara berkaitan LGBT di Litar Antarabangsa Sepang, 22 Julai lalu.

Sehingga kini video perhimpunan LGBT di pusat beli-belah itu mendapat 103,800 tontonan, 878 tanda suka dan 1,314 perkongsian.

Bangga Pegang Sepanduk Sokong LGBT, Netizen 'Sekolahkan' Geng Pelangi Ini

Setelah menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengutuk tindakan sekumpulan individu ini.

“Memang pihak berkuasa tidak boleh buat apa-apa ke.. makin berani golongan ni,” komen Sara.

“Patutlah nampak ramai orang semalam dekat depan pusat beli-belah ini dalam pukul 5 petang. Rupanya pasal ini”

“Mereka berani terang-terangan meminta sesuatu yang diharamkan dalam undang-undang Malaysia. Polis tolong ambil tindakan segera”

Baca lagi artikel menarik:

The Good Vibes Bertukar Suram, The 1975 Buat Onar Pertikai Undang-Undang LGBT Siap Bercium Atas Pentas
Tolak LGBTQ+, Malaysia Berada Di Tempat Kedua Paling Teruk Di Dunia Untuk Hak Asasi Kumpulan Transgender
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelbagai Jenis Makanan, Ini Adalah Antara Makanan Halal Dan Non-Halal Di Kuching Food Fest
Next Article Terokai Keindahan Kepelbagaian Budaya Dan Adat Bumi Kenyalang Di Hari Muzium Antarabangsa

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?