• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bank Rakyat Tawar Bantuan Khas Enam Bulan Untuk Mangsa Banjir Di Sabah, Ini Cara Mohon

Oleh
Nazihah AN
4 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Bank Rakyat Tawar Bantuan Khas Enam Bulan Untuk Mangsa Banjir Di Sabah, Ini Cara Mohon

Mangsa banjir di Sabah boleh membuat permohonan bantuan khas moratorium

Bank Rakyat Tawar Bantuan Khas Enam Bulan Untuk Mangsa Banjir Di Sabah, Ini Cara Mohon. Bank Rakyat telah mengumumkan tawaran bantuan khas moratorium kepada pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas akibat bencana banjir di empat daerah di Sabah, termasuk Penampang, Putatan, Tuaran, dan Tamparuli.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr Mohammad Hanis Osman, menyatakan bahawa bantuan khas ini merangkumi kemudahan moratorium sehingga enam bulan. Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan dan kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan yang terjejas.

Bank Rakyat Tawar Bantuan Khas Enam Bulan Untuk Mangsa Banjir Di Sabah, Ini Cara Mohon

Bantuan ini untuk mangsa banjir di Penampang, Putatan, Tuaran, dan Tamparuli

“Sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang prihatin, kami mahu memberikan sedikit kelegaan kepada pelanggan kami yang terjejas oleh bencana ini. Langkah proaktif yang diambil oleh Bank Rakyat ini amat bertepatan dengan nilai keprihatinan dan ihsan dalam konsep Malaysia Madani. Ia bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan dan komitmen yang ditanggung pelanggan dalam waktu yang mencabar ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelanggan yang menghadapi kesukaran untuk membuat ansuran bayaran pembiayaan bagi produk yang dilanggan boleh memohon bantuan moratorium ini. Bantuan ini meliputi produk seperti Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i, dan Pajak Gadai-i.

Bank Rakyat Tawar Bantuan Khas Enam Bulan Untuk Mangsa Banjir Di Sabah, Ini Cara Mohon

Cara Memohon Moratorium Bank Rakyat untuk Mangsa Banjir di Sabah

Pelanggan yang terjejas boleh membuat permohonan moratorium melalui e-mel [email protected] dengan menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat terjejas, nombor telefon bimbit untuk dihubungi, jenis pembiayaan, serta salinan bil utiliti yang mengesahkan alamat pelanggan.

Bagi pelanggan perniagaan, mereka boleh terus mengunjungi Pusat Perbankan Perniagaan (BBC) yang berhampiran bagi mendapatkan bantuan.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web rasmi Bank Rakyat di http://www.bankrakyat.com.my/, menghubungi Pusat Panggilan di talian 1300 800 800, atau mengunjungi cawangan Bank Rakyat atau Susulan Berpusat (SB) yang berdekatan. Pelanggan juga digalakkan untuk mengikuti media sosial rasmi Bank Rakyat bagi mendapatkan maklumat terkini.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Sarawak Perkenal Bantuan Kesihatan RM500 Untuk Warga Emas Kategori B40 dan M40
Generasi Ketiga Warga Sarawak Lahir Luar Negeri Tidak Layak Terima Bantuan Kerajaan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kantoi Buat Sambungan Paip Haram, Dua Pasar Raya Besar Di Kunak Didenda RM10K Kantoi Buat Sambungan Paip Haram, Dua Pasar Raya Besar Di Kunak Didenda RM10K
Next Article Warga Emas Maut, Motosikal Terperosok Bawah Bas Di Bintulu Warga Emas Maut, Motosikal Terperosok Bawah Bas Di Bintulu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?