• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Generasi Ketiga Warga Sarawak Lahir Luar Negeri Tidak Layak Terima Bantuan Kerajaan

Oleh
Nazihah AN
19 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Generasi Ketiga Warga Sarawak Lahir Luar Negeri Tidak Layak Terima Bantuan Kerajaan

Generasi ketiga keluarga Sarawak yang dilahirkan di luar negeri tidak layak menerima bantuan kerajaan

Generasi Ketiga Warga Sarawak Lahir Luar Negeri Tidak Layak Terima Bantuan Kerajaan. Generasi ketiga keluarga Sarawak yang dilahirkan di luar negeri tidak lagi mempunyai hak untuk menerima bantuan daripada kerajaan Sarawak, kata Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Dipetik dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas) sebagai berkata bahawa mereka (generasi ketiga) tidak lagi memegang status sebagai rakyat Sarawak.

Generasi Ketiga Warga Sarawak Lahir Luar Negeri Tidak Layak Terima Bantuan Kerajaan
Gambar sekadar hiasan

Generasi Ketiga Warga Sarawak Lahir Luar Negeri Tidak Layak Terima Bantuan Kerajaan

Oleh itu, beliau berkata ibu bapa Sarawak yang tinggal di luar negeri dan luar negara (generasi pertama) dengan anak-anak yang tidak dilahirkan di Sarawak (generasi kedua) perlu sedar akan perubahan ini yang boleh menyebabkan cucu-cicit mereka (generasi ketiga) hilang status sebagai rakyat Sarawak dan tidak mendapat manfaat daripada bantuan atau kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Sarawak.

“Jika dua generasi (selepas generasi pertama) tidak dilahirkan di Sarawak, maka generasi ketiga tidak lagi dianggap sebagai rakyat Sarawak.

“Walaupun anak-anak mempunyai kod ‘K’. Tetapi jika mereka dilahirkan di luar Sarawak, cucu-cicit mereka hanya layak menjadi rakyat Sarawak melalui perkahwinan dengan rakyat Sarawak (mereka dari keluarga Sarawak).

“(Jika tidak,) mereka hanya rakyat Malaysia tanpa status rakyat Sarawak, dan mereka tidak layak menerima pendidikan percuma di universiti milik kerajaan Sarawak atau bahkan bantuan bagi kemudahan kesihatan di negeri ini,” katanya semasa Majlis Makan Malam Vaisakhi yang dianjurkan oleh Persatuan Kuil Sikh Sarawak (SSTA) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

Generasi Ketiga Warga Sarawak Lahir Luar Negeri Tidak Layak Terima Bantuan Kerajaan

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Warga Emas Didenda RM10K Di Sandakan Padah Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Warga Emas Didenda RM10K Di Sandakan
Next Article Lelaki Mabuk Cuba Rampas Submesingan Di Balai Polis Ditahan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?