• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kantoi Buat Sambungan Paip Haram, Dua Pasar Raya Besar Di Kunak Didenda RM10K

Oleh
Aina Musa
4 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Kantoi Buat Sambungan Paip Haram, Dua Pasar Raya Besar Di Kunak Didenda RM10K

Padah buat sambungan air secara haram

Kantoi Buat Sambungan Paip Haram, Dua Pasar Raya Besar Di Kunak Didenda RM10K. Dalam usaha memastikan pengurusan air yang cekap dan telus, Jabatan Air Kunak telah mengambil tindakan tegas terhadap dua pasar raya di daerah ini. Kedua-dua premis berkenaan didapati melakukan kesalahan berkaitan penyambungan air dan dikenakan denda RM10,000 setiap satu.

Operasi yang dijalankan pada 3 Julai 2024 itu bermula seawal jam 9 pagi dan melibatkan penguatkuasa Jabatan Air Kunak. Menurut Pegawai Kerja Air Daerah Kunak, Mohd Suhaizan Mohd Yunus, pihaknya bertindak hasil maklumat orang awam berhubung aktiviti penyambungan air secara haram di kawasan Pekan Kunak.

Kantoi Buat Sambungan Paip Haram, Dua Pasar Raya Besar Di Kunak Didenda RM10K. Sumber: Utusan Borneo

“Hasil pemeriksaan, sebuah pasar raya didapati melakukan penyambungan terus dari paip utama milik Jabatan Air Kunak menggunakan paip berukuran dua inci,” kata Mohd Suhaizan dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menjelaskan, paip tersebut disalurkan terus ke lot kedai dalam premis berkenaan tanpa melalui meter yang sepatutnya digunakan untuk pengiraan bil air. Kesalahan ini melanggar Seksyen 49(b) Akta Perkhidmatan Bekalan Air 1997.

Selain itu, operasi sama turut membongkar kesalahan di sebuah lagi pasar raya berbeza.

Premis berkenaan didapati menggunakan pam air untuk mendapatkan bekalan air yang lebih.

Tindakan ini juga dianggap satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan denda mengikut Seksyen 59 akta yang sama.

Mohd Suhaizan menyeru kepada semua pengguna air di daerah Kunak agar menggunakan bekalan air dengan berhemah dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak teragak-agak untuk melaporkan aktiviti penyambungan haram atau kebocoran paip dengan menghubungi terus ke talian careline 088-326888.

Baca lagi artikel menarik:

JANS Potong 679 Sambungan Paip Haram Di Kota Kinabalu Sejak Januari Tahun Ini
Jabatan Air Sabah Potong 24 Paip Sambungan Haram Di UMS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kembangkan Sayap Ke Borneo, Christy Ng Umum Pembukaan Kedai Pertama Di Sabah
Next Article Bank Rakyat Tawar Bantuan Khas Enam Bulan Untuk Mangsa Banjir Di Sabah, Ini Cara Mohon Bank Rakyat Tawar Bantuan Khas Enam Bulan Untuk Mangsa Banjir Di Sabah, Ini Cara Mohon

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?