• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kajian Lokasi Strategik Lapangan Terbang Antarabangsa Baharu Sarawak Bakal Bermula Tahun Depan

Oleh
Husna Hazmi
7 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kajian akan dimulakan awal tahun hadapan

Kajian Lokasi Strategik Lapangan Terbang Antarabangsa Baharu Sarawak Bakal Bermula Tahun Depan. Sarawak bakal menerima satu lagi lonjakan pembangunan apabila kajian lokasi strategik untuk menentukan lokasi lapangan terbang antarabangsa baharu akan dimulakan awal tahun depan, menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin.

Dato Sri Lee menegaskan bahawa kajian ini akan dijalankan secara terperinci, mengambil kira laluan penerbangan dan faktor kritikal lain bagi memastikan projek ini mencapai potensi maksimum.

Kajian Lokasi Strategik Lapangan Terbang Antarabangsa Baharu Sarawak Bakal Bermula Tahun Depan
Kajian Lokasi Strategik Lapangan Terbang Antarabangsa Baharu Sarawak Bakal Bermula Tahun Depan

Membawa kesan ekonomi berganda kepada Sarawak

Lapangan terbang baharu di Kuching ini dijangka membawa kesan ekonomi berganda yang sangat besar kepada Sarawak, kata Dato Sri Lee ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-5 Kementerian Pengangkutan Sarawak pada 5 Disember lalu.

Projek ini bukan sekadar pembinaan lapangan terbang biasa, tetapi satu peluang besar untuk Sarawak meneroka pembangunan sebuah aerotropolis, iaitu bandar yang dibina berpusatkan lapangan terbang.

“Ini adalah detik penting buat Sarawak. Ia menandakan permulaan era baru dalam pembangunan dan kemajuan negeri kita,” tambah beliau dengan penuh semangat.

Kajian Lokasi Strategik Lapangan Terbang Antarabangsa Baharu Sarawak Bakal Bermula Tahun Depan
Sumber foto: Daily Express

Dato Sri Lee turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak berkepentingan yang telah memberikan sokongan kepada inisiatif ini dan menyeru kerjasama berterusan sepanjang proses pembangunan lapangan terbang tersebut.

Menurut beliau, lapangan terbang baharu ini dijangka membuka peluang pekerjaan baharu, meningkatkan sambungan, dan memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak ke tahap yang lebih tinggi, sekaligus mengukuhkan infrastruktur serta pengaruh rantau ini.

Wah, Sarawak bakal jadi pusat ekonomi yang lebih power lepas ni! Korang rasa di mana lokasi terbaik untuk lapangan terbang baharu ni? Kongsi pendapat korang di ruangan komen!

Lagi mengenai Lapangan Terbang Baharu Sarawak di sini:

Lengkap Dengan Teknologi Terkini, Projek Airport Kuching Baharu Boleh Tampung 15 Juta Penumpang
Lapangan Terbang Baharu Sarawak Bakal Jadi Tarikan Pelabur Antarabangsa
SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenapa Sarawak Sering Jadi Laluan Panas Sindiket Dadah Antarabangsa
Next Article JPA Wajibkan Semua Penjawat Awam Miliki BMI Sihat Mulai Tahun Depan JPA Wajibkan Semua Penjawat Awam Miliki BMI Sihat Mulai Tahun Depan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?