• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bapa Didakwa Lakukan Serangan Seksual Terhadap Anak Tiri Bawah Umur Di Kuching

Oleh
Husna Hazmi
14 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Tertuduh didakwa atas 3 pertuduhan serangan seksual terhadap anak tirinya sendiri.

Bapa Didakwa Lakukan Serangan Seksual Terhadap Anak Tiri Bawah Umur Di Kuching. Dilaporkan seorang lelaki yang merupakan penjawat awam telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuching pada hari ini atas tiga pertuduhan melakukan serangan seksual secara fizikal terhadap anak tirinya yang berusia 8 tahun.

Tertuduh yang berusia 47 tahun itu telah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Bapa Didakwa Lakukan Serangan Seksual Terhadap Anak Tiri Bawah Umur Di Kuching
Bapa Didakwa Lakukan Serangan Seksual Terhadap Anak Tiri Bawah Umur Di Kuching

Didakwa mengikut Seksyen 14(a) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak, 2017

Ketiga-tiga pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak, 2017, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta yang sama. Jika disabit kesalahan, hukuman penjara sehingga 20 tahun boleh dikenakan.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh telah didakwa melakukan serangan seksual terhadap anak tirinya di sebuah rumah di Matang manakala pertuduhan yang ketiga pula tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama di hutan bakau di Matang.

Bapa Didakwa Lakukan Serangan Seksual Terhadap Anak Tiri Bawah Umur Di Kuching
Sumber foto: The Borneo Post

Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin

Ketiga-tiga kesalahan telah didakwa antara bulan Januari dan 6 Oktober tahun ini. Pendakwa raya Norshafatihah Nor Azmi juga telah memohon agar jaminan tidak diberikan kepada tertuduh atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah amat serius.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu bagaimanapun telah meminta untuk dibebaskan dengan ikat jamin namun permohonan ditolak oleh Hakim Afidah. Beliau juga telah menetapkan tarikh 14 November untuk pengurusan kes.

Kes serangan seksual ke atas kanak-kanak semakin berleluasa dan membimbangkan:

‘Bodek’ Anak Bawah Umur Lakukan Seks, Bapa Direman 5 Hari Di Kuching
Lakukan Amang Seksual Terhadap Anak Kandung Bawah Umur, Bapa Dipenjara 10 Tahun Di Kuching
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Warga Kuching Wajib Cuba Menu Double Patty Melt Dan Toasty Oblong Dari Toasty Diner Ini Warga Kuching Wajib Cuba Menu Double Patty Melt Dan Toasty Oblong Dari Toasty Diner Ini
Next Article Gara-Gara Syak 'Disantau', Lelaki Ini Pecah Cermin Kereta Saudaranya Sebagai Balasan Gara-Gara Syak ‘Disantau’, Lelaki Ini Pecah Cermin Kereta Saudaranya Sebagai Balasan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?