• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar Kantoi Merokok, Bapa Ditahan Polis Selepas Bertempur Dengan Guru Di Sabah

Oleh
Farisha
30 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Pelajar merokok sebelum peperiksaan SPM, bapa ditahan selepas pergaduhan dengan guru

Pelajar Kantoi Merokok, Bapa Ditahan Polis Selepas Bertempur Dengan Guru Di Sabah. Seorang lelaki yang merupakan bapa kepada seorang pelajar telah ditahan kerana didakwa bertindak agresif terhadap seorang guru. Insiden itu berlaku di sebuah sekolah berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pada hari Isnin yang lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, lelaki tersebut ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah selepas guru sekolah itu tampil membuat laporan polis.

Pelajar Kantoi Merokok, Bapa Ditahan Polis Selepas Bertempur Dengan Guru Di Sabah
Pelajar Kantoi Merokok, Bapa Ditahan Polis Selepas Bertempur Dengan Guru Di Sabah. Gambar hiasan. Sumber: majoriti

Menurut laporan, pelajar lelaki yang merupakan anak kepada suspek sedang menduduki peperiksaan SPM semasa insiden itu berlaku. Namun, pelajar tersebut tidak ditahan.

Video insiden itu dipercayai mula tersebar di media sosial pada pukul 9 pagi hari Selasa. Video tersebut menunjukkan guru berkenaan menangkap seorang pelajar yang didakwa merokok di tandas sekolah sebelum peperiksaan.

Keadaan menjadi tegang apabila bapanya datang ke sekolah dan memaksa sekolah untuk membenarkan anaknya menduduki SPM

Bagaimanapun, pelajar lelaki tersebut kemudiannya dipercayai menelefon bapanya yang kemudian datang ke sekolah untuk bersemuka dengan guru terbabit.

Insiden berkenaan menjadi lebih tegang selepas bapa kepada pelajar itu berkeras memaksa pihak sekolah agar membenarkan anak lelakinya menduduki peperiksaan.

Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Raisin Saidin ketika dihubungi mengesahkan bahawa pelajar terbabit ditangkap merokok di sekolah. Beliau menambah, perbuatan tersebut sememangnya tidak dibenarkan di perkarangan sekolah.

Pelajar itu telah dibuang sekolah tetapi dibenarkan kembali ke sekolah untuk SPM

Dalam pada itu, difahamkan pelajar itu juga telah dibuang sekolah pada Disember tahun lepas.

Walaupun begitu, pelajar tersebut dibenarkan kembali ke sekolah dan menduduki peperiksaan SPM. Insiden tersebut juga tidak mengganggu proses peperiksaan di sekolah berkenaan.

Pihak berkuasa menggesa orang ramai agar tidak membuat spekulasi berkenaan insiden ini bagi memastikan para pelajar dan ibu bapa dapat memberi tumpuan kepada peperiksaan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Macam Gusti WWE, Pencuri Motosikal Tergamam Dipukul Owner Di Sabah
18 Bulan Penjara, Denda RM3,000 Jika Goda Isteri Orang Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 5 Kedai Cucur Nyaman Untuk Minum Petang Di Kuching 5 Kedai Cucur Nyaman Untuk Minum Petang Di Kuching
Next Article Ketahui Sejarah Asal Usul Bandar Sibu, Bandar Peneroka Pertama Aktiviti Pertanian Di Sarawak Ketahui Sejarah Asal Usul Bandar Sibu, Bandar Peneroka Pertama Aktiviti Pertanian Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?