• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

5 Kedai Cucur Nyaman Untuk Minum Petang Di Kuching

Oleh
Ismail NA
30 Januari 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
5 Kedai Cucur Nyaman Untuk Minum Petang Di Kuching

Lepak makan cucur nang best. Tambah gik ngan air panas. Pergh.

5 Kedai Cucur Nyaman Untuk Minum Petang Di Kuching. Waktu petang merupakan waktu yang sangat best dan sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga. Tapi kalau tinggal kat Malaysia ni, tea time dia bukan setakat minum teh dan kek saja. Mestilah nak kena ada extra sikit.

Dalam artikel kali ini, meh kami nak tunjukkan kepada anda kat mana anda boleh makan cucur yang sedap kat Bandaraya Kuching.

5 Lokasi Cucur Nyaman untuk Minum Petang Santai di Kuching
5 Kedai Cucur Nyaman Untuk Minum Petang Di Kuching

1. Kafe RL Cucur Udang, Satok

Walau pun terletak di kawasan Satok, anda perlu meneroka kawasan rumah kedai di belakang KFC Satok kerana lokasinya agak tersorok. Tapi kalau anda dah sampai ke sini, apa lagi, order lah cucur campurnya. Dijamin puas hati.

5 Lokasi Cucur Nyaman untuk Minum Petang Santai di Kuching
Kredit : Foursquare

2. Cucur Time, Matang

Stall cucur campur ini lain pula ceritanya. Terletak di Lorong 6 Matang Jaya, stall cucur campur ini tidak pernah putus dengan kunjungan para pembeli yang ingin membeli cucur pusuk dan bubok (udang kering) yang merupakan bestseller stall ini. Kebiasaannya, cucur ini dimasak di dalam rumah. Kaunter di luar akan dijaga oleh seorang tukang ambil pesanan dengan menggunakan walkie talkie. Nak tahu mana satu stall ini, senang sahaja. Kalau anda dapat lihat kanopi belang-belang merah dengan kereta yang bersusun di tepi jalan, maksudnya anda dah sampai ke tempat yang dituju.

Stall cucur ini dahulunya dikenali dengan nama Sarawak Best Cucur Pusuk (The Famous Cucur), Matang.

Facebook: Cucur Time

5 Lokasi Cucur Nyaman untuk Minum Petang Santai di Kuching

3. Cucur Rodey Hj Man

Cucur ini terkenal dalam kalangan rakyat Kuching. Bukan sahaja kedai ini terkenal dengan cucur, tetapi juga mereka menyediakan menu gorengan lain seperti samosa. Kedai ini memiliki 2 cawangan iaitu di Jalan Astana dan Gita Semarak.

5 Lokasi Cucur Nyaman untuk Minum Petang Santai di Kuching
5 Lokasi Cucur Nyaman untuk Minum Petang Santai di Kuching

4. Cucur Kampung No. 6, Satok

Stall cucur ini pula boleh dikatakan stall segala macam cucur. Lebih daripada 10 jenis cucur yang berlainan boleh didapati di sini. Cucur yang paling unik ialah cucur Dahfa atau jajan kepingan ikan. Rangup dan sedap. Kalau anda sampai ke sini, membeli lah dengan berhemah ya. Jangan rambang mata pula.

5 Lokasi Cucur Nyaman untuk Minum Petang Santai di Kuching
Kredit : samadirik.net
5 Lokasi Cucur Nyaman untuk Minum Petang Santai di Kuching
Kredit : samadirik.net

5. Old Rex Cucur Udang Cafe

Old Rex Cucur Udang ini pula merupakan sebuah kopitiam yang dikira legend di Kuching sebab ia mendapat namanya daripada tempat asal ia bertapak iaitu di sekitar Old Rex Theatre. Rakyat Sarawak yang mengenali kedai cucur ini pasti tahu bahawa ia dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum dan agama. Tambahan pula, gorengan cucurnya tidak terlalu berminyak. Sebab itulah, ia digemari ramai sejak dari dulu lagi.

5 Lokasi Cucur Nyaman untuk Minum Petang Santai di Kuching
Kredit : The Makan Post

Dah ada pilihan mana nak beli cucur untuk santapan minum petang yang mana satu? Cubalah setiap satu untuk setiap hari. Pasti anda tidak akan buntu untuk memilih menu minum petang lagi. Semuanya nyaman dan berbaloi.

Like dan share post ini serta tag kawan-kawan anda atau ahli keluarga yang sukakan cucur untuk minum petang yang menyelerakan.

Usha juga tempat makan best yang lain di Kuching ini:

Port Terbaru Minum Petang, Nikmati Lok-lok Dan Aneka Kudapan Di Cucur Galacity
Ini Antara 5 Port Rojak Ayam Yang Nyaman Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article RM1,23 Juta Dadah Mahu Dihantar Ke Sarawak Berjaya Dirampas, Suami Isteri Dan Rakan Ditahan RM1.23 Juta Dadah Mahu Dihantar Ke Sarawak Berjaya Dirampas, Suami Isteri Dan Rakan Ditahan
Next Article Pelajar Kantoi Merokok, Bapa Ditahan Polis Selepas Bertempur Dengan Guru Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?