I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Tunggu Lebih 2 Jam, Netizen Bengang Servis Buruk Pakej Berbuka Pusat Konvensyen Di Kuching
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tunggu Lebih 2 Jam, Netizen Bengang Servis Buruk Pakej Berbuka Pusat Konvensyen Di Kuching

Nur Afifah 14 April 2021
Kongsi
6 Min Bacaan
Kongsi

Bak kata pepatah, jodoh datang lambat tak mengapa, jangan makanan yang datang lambat.

Tunggu Lebih 2 Jam, Netizen Bengang Servis Buruk Pakej Berbuka Pusat Konvensyen Di Kuching. Semalam merupakan hari pertama umat Muslim di Malaysia dan seluruh dunia menyambut bulan Ramadan. Dengan kedatangan bulan ini, maka seluruh umat Islam juga menunaikan ibadah puasa. Tetapi, pada hari pertama puasa di Sarawak, ada pula kejadian yang seumpama mimpi ngeri buat sesetengah individu terutamanya di Kuching.

Menerusi laman sosial Facebook, tular tangkap layar komen-komen bengang daripada netizen berkenaan dengan servis tidak memuaskan sebuah pusat konvensyen di sini. Pusat konvensyen tersebut sememangnya terkenal dengan pakej berbuka puasa yang eksklusif dan mempunyai pilihan yang banyak. Namun, suasananya tidak begitu semalam. Apatah lagi, semalam merupakan hari pertama umat Muslim di Sarawak melakukan ibadah puasa. Mestilah lapar sepanjang hari, kan?

Terima komen bengang daripada netizen yang telah berlapar sepanjang hari

Perkara ini tular menerusi ruangan komen laman pusat konvensyen tersebut yang dibanjiri dengan komen netizen yang kecewa dengan servis pakej tersebut. Lebih malang, ada di antara netizen yang telah menunggu seawal jam 6 petang namun baru dihidangkan makanan 2 jam kemudian iaitu sekitar jam 8 malam. Sehingga artikel ini diterbitkan, hantaran tersebut telah menerima lebih 700 komen dan 300 perkongsian.

Kebanyakannya adalah komen bengang daripada netizen.

Tunggu Lebih 2 Jam, Netizen Bengang Servis Buruk Pakej Berbuka Pusat Konvensyen Di Kuching
Tunggu Lebih 2 Jam, Netizen Bengang Servis Buruk Pakej Berbuka Pusat Konvensyen Di Kuching
Sumber : Facebook
Tunggu Lebih 2 Jam, Netizen Bengang Servis Buruk Pakej Berbuka Pusat Konvensyen Di Kuching
Sumber : Facebook
Tunggu Lebih 2 Jam, Netizen Bengang Servis Buruk Pakej Berbuka Pusat Konvensyen Di Kuching
Sumber : Facebook
Tunggu Lebih 2 Jam, Netizen Bengang Servis Buruk Pakej Berbuka Pusat Konvensyen Di Kuching
Sumber : Facebook

“Sampai sebelum pukul 6 tapi sampai sekarang (2 jam kemudian) makan nasi putih dengan obor-obor sahaja. Kasihan kat diri sendiri yang nak makan macam-macam tapi menahan hati sebab makanan tak sampai-sampai,”

Netizen

“Kepada sahabat semua, jangan tempah makanan di sini selamanya. Anda akan mengalami mimpi ngeri di sini. Pukul 8.15 malam baru dapat makan nasi. Itu pun terpaksa meminta daripada chef. Macam minta sedekah,”

Netizen
Tunggu Lebih 2 Jam, Netizen Bengang Servis Buruk Pakej Berbuka Pusat Konvensyen Di Kuching
Sumber : Facebook
Tunggu Lebih 2 Jam, Netizen Bengang Servis Buruk Pakej Berbuka Pusat Konvensyen Di Kuching
Sumber : Facebook
Tunggu Lebih 2 Jam, Netizen Bengang Servis Buruk Pakej Berbuka Pusat Konvensyen Di Kuching
Sumber : Facebook
Tunggu Lebih 2 Jam, Netizen Bengang Servis Buruk Pakej Berbuka Pusat Konvensyen Di Kuching
Sumber : Facebook

“…dari kaunter tiket sudah ada masalah, staf pula terpinga-pinga mencari meja. Lepas itu, mereka pun tidak bercakap apa-apa menyebabkan kita pun turut terpinga-pinga. Sekurang-kurangnya sediakan kurma atau makanan pembuka selera di atas meja. Harap ada penambah baikan selepas ini,”

Netizen
Tunggu Lebih 2 Jam, Netizen Bengang Servis Buruk Pakej Berbuka Pusat Konvensyen Di Kuching
Sumber : Facebook

“Tolong buat sesuatu. Dari apa yang saya lihat, staf semua cukup tetapi mereka seperti hilang arah. Tak praktikal. Ambik pesanan guna kertas, tunggu lama-lama, rupanya kertas pesanan untuk pesanan meja kami hilang. Terpaksa buat pesanan baru sekitar jam 8 malam.

Kami faham bahawa ini merupakan hari pertama tetapi sekurang-kurangnya sediakan segelas air di atas meja sehingga jam 7.30 petang. Kasihan tengok orang tua dan kanak-kanak yang berpuasa. Bila minta air kosong mahupun kurma sahaja, mereka tak mahu bagi. Ikut giliran katanya.

Tapi saya lihat orang yang buat pesanan lebih lambat dari kami dapat dulu. Dah tanya dengan pengurus kenapa tetapi tak ada alasan kukuh mengapa servis sangat lambat padahal makanan dah sedia di tengah.

Sesiapa yang ada pergi esok, tolong bagi perkembangan, ada penambah baikan atau tidak,”

Netizen

Pusat konvensyen tersebut buat kaedah berhidang berbanding buffet sebelum ini disebabkan SOP

Untuk pengetahuan anda, pusat konvensyen ini sememangnya menganjurkan pakej berbuka setiap tahun tetapi tahun ini, ia dilakukan sedikit berbeza di mana semua hidangan akan dihidangkan di atas meja berbanding pakej buffet sebelum ini. Ini kerana SOP yang telah ditetapkan oleh JPBNS yang tidak membenarkan kaedah buffet dilakukan sekiranya sesebuah penganjur seperti pihak hotel, restoran dan dewan ingin membuka pakej berbuka puasa.

Bukan itu sahaja, individu yang ingin menyertai pakej berbuka puasa ini juga hendaklah terdiri daripada kumpulan individu dan ahli keluarga terdekat. Mereka perlu melakukan tempahan dan tidak dibenarkan secara walk-in.

Namun demikian, menurut netizen, kecelaruan ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan pusat konvensyen tersebut telah berpengalaman mengendalikan jumlah hidangan yang begitu besar. Bukan sahaja semasa mereka membuka pakej berbuka puasa saban tahun tetapi juga semasa program besar yang bertaraf antarabangsa.

Tunggu Lebih 2 Jam, Netizen Bengang Servis Buruk Pakej Berbuka Pusat Konvensyen Di Kuching

Netizen harap ada penambah baikan dan perkembangan pada hari seterusnya

Susulan ‘mimpi ngeri’ ini, ada juga segelintir netizen yang ingin melihat penambah baikan dilakukan oleh pusat konvensyen tersebut memandangkan pakej tersebut dibuka sehingga penghujung bulan Ramadan.

Sumber : Facebook

Sampai sebegitu sekali ya. Kalau anda berada di tempat pelanggan ini, apa agaknya perasaan anda? Harapnya lepas ini ada penambah baikan dilakukan oleh pihak pusat konvensyen ini. Harga yang diletakkan pun bukannya murah.

Kalau masak sendiri, boleh kenyang sampai esok pagi kot. Huhu.

Untuk lebih banyak artikel menarik, anda juga boleh klik pautan di bawah :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Acara Lontar Peluru Wakil Sarawak, Jonah Chang Rigan Akan Bertanding Di Sukan SEA Vietnam Baru 18 Tahun Tapi Atlet Lontar Peluru Sarawak Ini Bakal Wakili Malaysia Di Sukan SEA Vietnam
Next Article "Saya Bekerja Keras Untuk Negara Ini Dan Bertanding Di 7 Paralimpik Tapi Inilah Balasan Saya," Ini Kisah Mariappan Perumal “Saya Bekerja Keras Di 7 Paralimpik Untuk Negara Tapi Ini Balasan Saya,” Ini Kisah Mariappan Perumal

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?