• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

BAS.MY Kuching Beri Tambang Percuma Khas Untuk Golongan OKU, Warga Emas Dan Pelajar

Oleh
Nazihah AN
5 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Perkhidmatan BAS.MY Kuching Bermula 5 Mac, Laluan Pertama Menuju Serian

BAS.MY Kuching Memulakan Operasi 5 Mac – Laluan Pertama Ke Serian!

BAS.MY Kuching Beri Tambang Percuma Khas Untuk Golongan OKU, Warga Emas Dan Pelajar. Khabar baik buat warga Kuching! Perkhidmatan BAS.MY Kuching bakal beroperasi secara berfasa bermula 5 Mac 2025.

Pengumuman ini dibuat oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, menandakan satu langkah besar dalam usaha menambah baik sistem pengangkutan awam di Greater Kuching.

Laluan Pertama: Open Air Market ke Serian

Fasa pertama pelancaran BAS.MY Kuching akan melibatkan laluan Q10, yang menghubungkan Open Air Market ke Serian. Laluan ini akan menggunakan 6 buah bas baharu yang mesra OKU, dengan perjalanan sehala sejauh 67km dan merangkumi 48 hentian bas.

Perkhidmatan ini adalah sebahagian daripada Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, bertujuan untuk memberikan sistem pengangkutan awam yang lebih baik dan efisien kepada penduduk sekitar Kuching.

BAS.MY Kuching akan diperkenalkan secara berperingkat sehingga April 2025. Apabila siap sepenuhnya, sebanyak 56 buah bas baharu akan beroperasi dalam 10 laluan utama.

Bagi kemudahan pengguna, sistem pembayaran BAS.MY Kuching menyokong pelbagai kaedah pembayaran termasuk kad debit, kad kredit, e-wallet, dan tunai.

Penduduk Malaysia juga boleh menikmati pelan langganan Kad 30 Hari BAS.MY dengan harga RM50 sahaja, membolehkan perjalanan tanpa had selama 30 hari.

BAS.MY Kuching turut menyediakan tambang percuma untuk golongan OKU, warga emas (60 tahun ke atas), pelajar sekolah, dan mahasiswa. Mereka hanya perlu memohon Kad Konsesi BAS.MY daripada pihak pengendali untuk menikmati manfaat ini.

Pelaksanaan BAS.MY Kuching ini adalah hasil usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan LPKP Sarawak, yang komited dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih selesa, efisien, dan mudah diakses bagi penduduk Greater Kuching.

Dengan inisiatif ini, diharapkan lebih ramai warga Kuching akan beralih kepada pengangkutan awam yang lebih mesra pengguna dan menjimatkan kos!

Baca juga tentang perkhidmtan bas yang lain di Sarawak:

Jadual Lengkap Bas Merah RM2 Kuching – Laluan, Tambang dan Destinasi
Bas Baharu Penduduk Luar Bandar Sarawak, Perjalanan Ke Miri Kini Lebih Mudah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Peniaga Bazaar Ramadan Kota Sentosa Diingatkan Jual Makanan Dalam 4 Jam Peniaga Bazaar Ramadan Kota Sentosa Diingatkan Jual Makanan Dalam 4 Jam
Next Article Jambatan Kayu Rosak Di Telang Usan Dipulihkan, Laluan Ke 12 Kampung Kini Boleh Dilalui

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?